Sinar cahaya matahari menusuk ke dalam iris mata aku. Terasa berat badan untuk bangun. Apa yang berlaku pada malam itu membuatkan aku tertanya-tanya. Apa yang telah aku alami ini?"Kau gila Jaemin."
Sekotak jus oren dibawa keluar daripada peti sejuk. Sekeping roti dimasukkan di dalam. mesin pembakar. Diwaktu pagi ini, aku tidaklah gemar makan-makanan yang berat.
Kenapa klise sangat perkara yang aku alami sehingga perlu minta Ryeon berbuat begitu? Ah, mungkin aku sudah gila. Boleh jadi tidak betul nampak nya.
"Jaemin! Jaemin!" pintu rumah aku diketuk. Aku dengan rasa mamai membuka pintu rumah. Ryeon meluru masuk lalu meletakkan semangkuk nasi goreng di atas meja.
"Mak aku masak. Itu lebihan." kata Ryeon. Kening aku terangkat melihat nasi goreng teluar mata yang masih panas.
"Sejak bila kau masuk rumah aku ketuk pintu?" tanya aku lalu melangkah ke dapur. Ryeon sudah tergaru-garu kepala. Nampak nya masih belum mandi lagi.
"Kenapa? Kau kan selalu kunci pintu beranda bilik kau sebelum tidur? Manatahu, kau masih belum bangun lagi?" kata Ryeon. Betul juga. Aku menutup pintu beranda agar tiada haiwan masuk.
"Kalau macam tu, aku tidak akan kunci lagi." aku merapati Ryeon hingga ke hujung meja. Perempuan itu tidaklah terlalu pendek hingga aku perlu menunduk.
"Kenapa?" aku duduk di atas meja makan sambil berdecit kecil. Anggap tangan saja dipenuhi dengan tatoo tapi jauh disebalik nya, Ryeon seorang yang banyak tanya.
"Supaya senang kau masuk bilik aku."
********************
Nama Jung Sungchan tidak asing lagi daripada mata pelajar Sekolah Tinggi Yeonhwa. Rupa paras lelaki yang kacak dan kaya raya.
Buku disusun ke dalam beg sekolah. Ryeon sudah keluar daripada kelas. Hati aku tercuit melihat gelagat kebudak-budakan perempuan itu.
"Yah. Na Jaemin." buku lukisan dicampak kepada aku. Ternyata itu buku lukisan yang aku berikan kepada Ryeon.
"Ini lukisan Hyeonji kan? Kau fikir aku tidak tahu? Kau nak menipu dalam pertandingan?" aku ketawa kecil lalu mengambil buku lukisan yang terjatuh dilantai. Beberapa helaian kertas sudah koyak.
"Kau mintak tolong sepupu kau lukiskan untuk kau? Kau mahu aku report pada Madam Lee?" tanya Sungchan. Mata aku dijulingkan tanda menyampah.
"Kau tak pernah masuk camput hal aku. Sekarang kenapa perlu tahu apa aku lakukan? Kerana Ryeon?" tangan Sungchan menggenggam penumbuk di tangan.
"Sedarlah yang engkau tidak setanding dgn aku. Aku boleh dapatkan Ryeon dengan mudah." mata Sungchan membuntang mendengar ayat tersebut. Aku tersenyum sinis lalu meninggalkan Sungchan seorang diri.
Aku terhenti dihadapan pondok sekolah. Tidak sedar pula hujan turun dengan lebat. Sekarang terpaksa aku menunggu sehingga hujan reda.
"Gila. Aku memang sudah jatuh hati pada Ryeon."
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan