20 : Let me love you

329 77 0
                                    

"Kang Ryeon! Jangan lari!" Ryeon melanggar bahu aku kasar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kang Ryeon! Jangan lari!" Ryeon melanggar bahu aku kasar. Suasana rumah Puan Kang telah menarik perhatian aku. Puan Kang terlihat sangat tertekan. Entah mengapa, hati aku tertarik untuk menolong.

"Puan ok? Apa berlaku?" sempat pula mulut aku bertanya begitu. Itu privasi, bagaimana aku boleh berani untuk bertanya soalan begitu diwaktu sebegini?

"Saya ok. Cuma, Ryeon.." aku menghembus lemah. Beg aku diletak ditepi pintu rumah. Aku amat memahami Ryeon. Apa yang dia buat itu boleh merisaukan orang lain.

"Tidak mengapa. Biar saya tengokkan dia." jawab aku. Langkah di atur turun ke bawah. Hari sudah semakin larut malam dan sejuk. Kemungkinan untuk hujan itu ada.

"Mana dia pergi?" omel aku. Puas aku mencari di merata tempat namun tidak dijumpai. Sesak nafas aku berlari dengan angin malam yang sejuk dan diingin ini.

"Kenapa hidup aku begini?" bunyi rintihan seorang wanita mengejutkan aku. Jauh dihujung taman, Ryeon sedang baring sambil memeluk bantal milik nya

Comel.

"Aku mahu tidur di sini saja." Ryeon menyembamkan muka nya ke permukaan bantal. Aku berjalan merapati Ryeon.

"Sejuk lah tidur di sini. Degil." getus aku. Tangan aku memeluk pinggang Ryeon lalu menggendong nya dibelakang aku.

"Sungchan? Kenapa kau tak balik lagi." tangan Ryeon merayap diwajah aku. Badan aku terkaku mendengar pertuturan daripada Ryeon. Daripada aku berdiri terpacak di sini, baik aku hantar Ryeon balik ke rumah aku terlebih dahulu.

"Tak guna."

**************

"Sungchannie! Awal sampai..." Ryeon menggosok hidung nya. Disebabkan dia terkena kesejukan diluar pada malam itu, dia terkena demam selsema. Berani buat, berani tanggung.

"Selsema? Patut kau tak payah datang kerja. Biar Mina ganti tempat kau saja." arah Sungchan. Ryeon menggeleng. Mina sudah ambil shift pada waktu siang.

"Tidak mengapa. Aku baik-baik sahaja." jawab Ryeon. Sungchan tersenyum manis lalu menyerahkan sebiji gula-gula kegemaran Ryeon.

"Woah. Terima kasih." plastik gula-gula itu dibuka lalu dibuang ke dalam tong sampah. Ryeon tersenyum gembira lalu masuk ke dapur untuk mengambil penyapu dan penyodok.

"Selamat datang. Boleh saya ambil—" Sungchan terkedu. Jaemin meletakkan beg sandang nya di atas meja. Ryeon keluar daripada pintu dapur dengan senyuman yang mulai pudar.

"Jaemin. Tak balik lagi ke? Kau buat apa lagi ni?" tanya Ryeon. Jaemin mengeluarkan laptop dan memasang earphone ke dua belah telinga nya.

"Jaemin mahukan ais americano saja. Pergi buat wei." arah Ryeon. Sungchan seakan tidak percaya namun Ryeon meyakinkan nya.

"Jangan risau. Jaemin hanya minum Americano. Aku jiran dia jadi aku tahu apa yang dia minum." kata Ryeon. Sungchan mengangguk faham lalu memandang Jaemin dan Ryeon bersilih ganti.

"Jangan cakap, mereka juga pernah tidur berdua?" getus hati kecil Sungchan.






fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now