5 : face to face

444 96 9
                                    

"Wah, sudah bangun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah, sudah bangun. Masih awal lagi." Seokmin keluar daripada bilik dengan rambut yang serabai dan jambang yang masih belum dicukur. Ryeon sudah bersiap mahu ke sekolah.

"Takpe. Aku naik bas." jawab Ryeon. Langkah diatur turun daripada apartmen. Suasana sekeliling sunyi sepi. Mungkin ada yang masih dibuai mimpi atau baru sahaja bangun.

Ryeon berjalan sambil bermain dengan telefon nya. Setiap aplikasi dibuka dan diperiksa satu persatu. Malam tadi Ryeon tertido awal sehingga tidak perasan berpuluh notifikasi di dalam telefon nya.

"Hai." Ryeon melambai tangan nya. Naik bulu roma nya apabila duduk di sebelah jiran nya. Sememangnya aura lelaki itu lain macam.

"Ahli kubur, kau tinggal sorang je ke dekat rumah tu?" tanya Ryeon. Kening remaja lelaki itu berkerut pelik. Tatkala bas telah sampai, lelaki itu bangun lalu melangkah masuk. Tangan nya sibuk menyelok poket seluar mencari sesuatu.

"Pakcik, saya bayar untuk 2 orang." kata Ryeon dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir nya.

"Tch, cakap terima kasih pun tidak mahu. Bisu kah lelaki ini?" getus Ryeon. Dia mengambil tempat duduk dibelakang lelaki tersebut.

"Kau bisu ke ahli kubur?" tanya Ryeon. Senyap, masih tiada balasan. Mungkin lelaki ini merajuk atau tidak suka bergaul.

"Jom singgah cafe sebelum masuk kelas. Aku nak beli kopi." ajak Ryeon. Lelaki itu menoleh sambil menjongketkan kening nya.

"Ya, aku belanja."

❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇

"Ahh, terima kasih!" jerit aku. Sarapan pagi yang terhidang ialah roti bakar dan hot mocha. Lelaki diingin dihadapan aku hanya melihat aku makan dengan gelojoh. Tidak lapar kah lelaki ini?

"Yah, cepat lah. Takkan kau nak minum americano je." tanya aku. Hanya satu jelingan yang diberikan kepada aku. Amboi, lelaki tidak kenang budi.

"Ahli kubur, kau sekolah sama dengan aku heh? Kau kelas mana?" tanya aku. Lelaki itu menghiraukan soalan aku lantas bangun sambil membawa americano di tangan kiri nya.

"Yah, jangan la—" aku secara tidak sengaja memegang tangan kurus kering lelaki itu. Mana tak cuak aku apabila tangan aku ditepis kasar.

"Kenapa kau kena panggil aku ahli kubur sedangkan kau boleh tanya nama aku apa." balas lelaki itu. Ya tohan, suara nya garau amat. Telan mikrofon ka?

"Ouh! Nama aku Ryeon. Nama kau apa? Kejap, aku nak ambik beg." kata aku. Setelah aku kembali semula, lelaki itu telah hilang.

"Ainggg. Mana lelaki tu pergi?" omel aku sambil menggaru kepala. Setelah 2 minit mencari, akhir nya aku jumpa lelaki itu dihadapan stesen bas.

"Oi! Kenapa tinggalkan aku?!" jerit aku. Lelaki itu membuat rolling eyes tanda menyampah. Eh, orang nak tolong boleh pula dia menyampah?

"Aku boleh pergi sendiri lah. Jangan ikut aku." balas lelaki itu dengan kasar. Aku terus mengeluarkan sesuatu di dalam beg.

"Nah! Amik kad pengangkutan ni." kad pengangkutan itu dicampak tepat ke wajah lelaki tersebut. Ala, aku boleh sahaja pergi sekolah dengan berjalan kaki.

"Abislah, nanti abang marah aku sebab hilangkan kad pengangkutan dia." omel aku.





fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now