Bunyi panggilan telefon yang tidak henti-henti membuatkan aku pasrah. Aku mengeluarkan telefon pintar di dalam beg sekolah aku. Apa lagi yang ibu mahu aku tidak pasti. Tidak henti-henti menelefon.
"Yah! Sungchan! Kenapa kamu tolak peperiksaan awam tu!"
"Sebab Sungchan tak boleh. Stop, ibu." panggilan dimatkan semula. Aku mengambil bas untuk pulang ke rumah aku sendiri.
Aku secara jujur tidak selesa tinggal di rumah bersama ibu bapa kerana terlalu banyak tekanan yang ada. Dipaksa untuk melakukan perkara yang aku tidak suka.
"Nak makan apa malam ni." aku melihat pesanan food delivery yang masih ada ada malam ini. Syukur, nasi goreng kegemaran aku masih dibuka.
Baru teringat, hari jadi Ryeon hari Khamis ni...
"Ryeon tak suka kek. Jadi, baik aku cari hadiah saja." aku mencari segala hadiah yang aku rasa bersesuaian dengan Ryeon. Pwrempuan itu seorang yang bersifat ganas dan suka melukis. Boleh lihat seni lukisan yang ada pada tattoo nya.
"Cincin? Ngeh, perempuan tu terlalu cuai untuk menjaga barang yang kecil itu." kata aku. Setelah dilihat semula, aku terjumpa sesuatu yang mungkin boleh menarik perhatian Ryeon.
"Ok, aku beli ni."
❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇
"Kita beli ni." jari jaemin menunjuk ke arah kek coklat yang berhias dengan buah beri. Aku meneguk air liur kelat melihat coklat yang gelap dan pekat itu. Kerongkong tekak ini terasa gatal pula.
Sejujurnya, aku tidak menyukai kek.
"Jom balik. Dah lewat." kata Jaemin. Aku mengangguk sambil tersenyum senget. Tolonglah, takkan aku mahu menolak pemberian yang amat mahal ini.
Tiada sebarang perbualan. Senyap sunyi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Patutkah aku memberitahu yang aku tidak suka kek?
"Pasal pertandingan itu, kita bincang minggu depan? Aku masih ada ujian yang belum selesai." kata Jaemin. Aku mengangguk setuju.
"Kena ke jujur heh? Kang dia merajuk pula. Dah lah kek mahal tu." omel aku. Mata ku memandang Jaemin bersilih ganti. Oh tuhan, bantulah hamba mu ini.
"Sebenarnya..." langkah Jaemin berhenti. Aku boleh merasakan satu aura yang bakal keluar dalam diri Jaemin. Nak kata seram, tidak juga.
"Aku tak suka kek." mata Jaemin berkelip memandang aku. Tiada satu bunyi yang keluar daripada mulut kami berdua melainkan bunyi hembusan nafas.
"Takpe. Ibu kau suka kan? Aku tahu." kata Jaemin. Aku memukul dahi sendiri. Jahat pula menolak hadiah daripada orang. Baik aku bagi pada ibu saja.
"Ah! Kang Ryeon takkan menolak hadiah daripada orang!" leher Jaemin dirangkul oleh aku dengan erat. Jaemin memandang aku tajam lalu menepis tangan aku.
"Rimas." jawab Jaemin. Aku memuncungkan bibir lalu berjalan mengikuti Jaemin daripada belakang.
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan