"Jangan geletek lemak aku lah. Aku ni berlemak. Kau ape tau." aku cuba untuk meloloskan diri daripada Sungchan. Tidak henti-henti lelaki itu memeluk aku daripada semalam.
Kata nya sayang.
"Jeno sudah balik ke?" Sungchan masih memeluk aku walaupun sedang berjalan. Jeno perlu pulang ke rumah kerana nenek nya sedang sakit dirumah. Hanya aku dan Sungchan bekerja sehingga lewat malam.
"Baik awak balik sekarang. Jika tidak pengetua marah." kata aku. Sungchan memandang aku dengan satu senyuman manis.
"Tidak sangka teman wanita saya sudah bersikap lembut. Saya janji akan buat awak jadi lagi ayu lagi." punggung Sungchan ditendang oleh aku. Lelaki itu mengerang kesakitan.
"Sayang, jangan marah-marah. Nanti pinggan retak. Cepat, cuci pinggan tu." arah Sungchan. Telinga aku membahang mendengar setiap ayat yang dituturkan oleh lelaki itu
Tolonglah, jangan biarkan aku pengsan di sini.
"Mana cincin yang saya beri? Tidak pakai punn." kata Sungchan. Aku mengeluarkan cincin tersebut di dalam poket apron aku. Bukan tidak mahu pakai, tapi aku takut rosak kerana tangan aku terlalu banyak mencuci pinggan.
"Pakai." arah Sungchan. Aku berdecit lalu memakai cincin itu semula.
"Cantik"
****************
"Masuk rumah terus tidur ye. Jangan main permainan video sehingga lewat malam.""Ya, saya faham."
"Jangan lup cuci rambut, mandi esok pagi tu. Bangun awal."
"Ye ye. Saya buat."
"Kalau tak boleh tido, call aku." Ryeon memberhentikan langkah nya lalu mengeluh lemah. Sungchan setia mengikut dia hingga dihadapan pintu rumah.
"Pergi lah balik. Awak tentu penat."
"Awak masuk dulu. Baru saya balik." kata Sungchan sambil menunjuk peace. Ryeon bercekak pinggang lalu meletakkan beg sandang nya dihadapan pintu.
"Kenapa tidak mahu masuk? Mahu saya kekal bersama awak ke?" sekali lagi telinga Ryeon berdesing. Sungchan ketawa lalu mengambil beg Ryeon yang berada dilantai.
"Sudah, pergi masuk dan berehat. Have a great night." kata Sungchan. Ryeon mencebik lalu memeluk Sungchan erat.
"Terima kasih bro. Good night too." bahu Sungchan ditepuk kuat. Mana tak menangis lelaki itu kerana asyik dipukul. Kuat pula pukulan itu.
Ryeon mengeluh lalu masuk ke dalam bilik. Stokin dan sweater nya dibuka. Tuala putih yang tergantung dibelakang pintu diambil. Langkah di atur ke bilik air.
Ryeon sudah kemaruk dengan cinta Sungchan. Lelaki itu 24 jam gemar berkepit dengan nya tidak henti. Manja sungguh kalah anak bongsu jiran atas.
Setelah selesai mandi, Ryeon melihat jam di dinding. Sudah pukul 10.30 malam. Tiada tanda-tanda si ibu mahu pulang. Nampak nya terpaksa Ryeon masa sendiri.
Air sejuk diteguk rakus. Sekeping biskut digigit dengan rakus. Segala jenis snek di dalam almari di bawa keluar. Entah kenapa, angin pada malam itu lain rasa nya.
"Kenapa..aku rasa sesuatu yang buruk bakal terjadi?"
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan