36 : Baby Only You

266 69 5
                                    

"Perut awak ni tong ke apa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Perut awak ni tong ke apa. Banyak nya beli makanan." kata Jaemin sambil menolak troli. Ryeon terus menerus memasukkan pelbagai jenis makanan di dalam troli tanpa memandang Jaemin sekali pun.

"Awaknya, habislah duit saya niiii." kata Jaemin. Ryeon menoleh sambil menampar wajah Jaemin lembut.

"Awakkan kaya. Ingat saya tidak tahuuu." kata Ryeon sambil senyum geram. Setelah beberapa minit kemudian, baru Jaemin sedar akan sesuatu.

"Siapa ajar awak tukar bahasa ni? Sudah bertaubat ke." Jaemin menoleh memandang Ryeon. Wanita itu tidak mennjawab apa-apa seolah mahu melarikan diri daripada soalan itu.

"Ei, jangalah lari. Atototototo." Jaemin memeluk lengan Ryeon dengan erat namun cepat-cepat ditepis. Mungkin Ryeon agak malu memandangkan mereka di tempat awam.

"Saya nak balik rumah ibu. Awak balik lah rumah seorang diri." kata Ryeon. Jaemin mencebik sambil menggeleng. Parah betul ada isteri yang keras kepala ini.

"Mahu ikut! Saya akan ikut awak ke mana saja. Awak takkan terlepas." Jaemin mengecilkan mata nya diikuti Ryeon.

"Apa-apa saja lah."

**************************

"Cubalah pakai baju yang bersifat keperempuanan sikit dik oii. Kau pakai macam penyangak tepi jalan." kata Seokmin. Ryeon menjeling lalu membetulkan kedudukan tempat duduk nya. Kata nya cara duduk nya tidak sopan.

"Bla lah kau. Aku nak tengok tv." kata Ryeon. Puant alat kawalan jauh ditekan-tekan. Mulut nya sibuk mengunyah buah oren yang baru dibawa balik oleh ibu nya.

"Asyik makan oren je. Tidak mahu makan nasi ke?" tanya Jaemin sambil membawa pinggan ditangan. Baru sahaja lelaki itu membersihkan dapur kerana Puan Kang sedang terbaring di katil akibat kepenatan.

"Oklah. Saya mahu mandi. Bye!" Ryeon melompat lalu berlari ke bilik. Almari baju nya dibuka. Pelik melihat segala pakaian tidur seperti dress malam. Sudah tentu itu bukan lah cita rasa Ryeon malah dia membenci memakai pakaian sebegitu.

"Mana baju-baju aku. Ibu sudah buang ka?" rungut Ryeon. Rambut nya dikusutkan akibat marah. Tidak mahu lah memakai pakaian sebegitu jika tidak mesti dia akan diketawakan.

"Abang! Pinjam baju!" jeritan Ryeon mengejutkan Jaemin yang baru masuk ke dalam bilik. Ryeon mengambil sehelai t-shirt dan seluar hitam di dalam beg Jaemin.

"Takkan lah dia tidak ada baju.." Jaemin membuka almari baju Ryeon. Terletus gelak tawa nya melihat pakaian yang tersadai di dalam lemari tersebut.

"Kau suka aku beli kasut converse tu. Mengapa? Kau memang berminat kumpul kasut-kasut bertali ke?" tanya Jaemin sambil menarik selimut nya. Ryeon terlompat-lompat lalu mencabut stokin di kaki.

"Sungchan..suka pakai kasut converse. Jadi, kasut itu membuatkan aku mengingati dia." kata Ryeon lalu dia masuk ke dalam bilik air. Jaemin berdecit kecil sambil menghembus nafas berat.

"Ryeon, hanya kau sahaja yang aku sayang. Tak boleh ke kau balas balik? Hanya aku dan kau. Sungchan tu tiada dalam dunia ni. Tak boleh ke kau percaya realiti yang sedang berlaku ini? Aku suami kau." suara Jaemin sedikit tegas. Suasana di dalam bilik senyap dan sunyi sehingga lah bunyi pancuran air kedengaran.

"Susah betul aku mahu memenangi hati dia." getus Jaemin.









fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now