13 : Night Air

348 84 11
                                    

Bunyi derapan lelaki seseorang memecahkan kesunyian kawasan taman perumahan pada malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi derapan lelaki seseorang memecahkan kesunyian kawasan taman perumahan pada malam itu. Kesejukan pada hari itu tidak mematahkan semangat sang lelaki yang ingin mengejar cinta hati nya.

Berbunyi agak klise bukan?

Bunyi alunan deringan panggilan telefon langsung tidak dijawab walaupun telah berbunyi banyak kali. Semua itu tidak penting pada pandangan lelaki itu.

Dia belajar kerana terpaksa, dijadikan pelajar harapan atas kerana ibu-bapa nya merupakan pengetua di sekolah. Malu atas semua rasuah yang dilakukan oleh keluarga.

"Ryeon." hadiah hari lahir Ryeon bukanlah sekadar hadiah biasa. Lelaki itu tahu Ryeon suka melukis, jadi sebuah set lukisan cat yang bernilai agak tinggi untuk dihadiahkan.

"Aku tak suka kek" suara Ryeon mengejutkan lelaki itu. Dilihat Ryeon dan Jaemin disebalik pokok besar yang mnghalang jalan nya. Sungchan menggenggam hujung baju nya.

"Ah, Kang Ryeong takkan sesekali menolak hadiah orang!" Ryeon merangkul leher Jaemin dengan erat

Sungchan? Hanya mampu melihat adegan pasangan itu bergurau senda sesama sendiri. Ia cukup menyakitkan, tapi apakan daya.

Sungchan mengambil nafas seketika. Terasa api kemarahan nya semakin marak apabila teringat tindakan Ryeon merangkul leher Jaemin. Aura kelakian nya tercabar.

"Angin aku malam ini tidak berapa baik"

❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇

Aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Earphone dimasukkan ke dalam telinga kerana malas mahu mendengar suara terpekik terlolong seperti nampak hantu.

Entahlah, aku tidak pernah menunjuk kekayaan sebenar aku. Cukup aku berpakaian biasa sahaja. Mengapa semua orang tergila-gila kan aku? Kerana paras rupa? Itu seperti tidak logik kerana mata aku semakin sembam.

Aku terarah kepada seorang remaja perempuan bersama anak pengetua sekolah. Wajah remaja perempuan itu manis dicalit sebuah senyuman comel. Ditangan nya terdapat senarai pelajar harapan sekolah.

Saat perempuan itu pergi, Sungchan mengoyakkan kertas yang dipegang oleh Ryeon tadi. Orang yang lalu lalang memandang Sungchan pelik. Aku tidak berlengah lalu memegang tangan Sungchan agar menghentikan perbuatan nya.

"Sukalah kau? Ryeon dah berminat pada kau?" tanya Sungchan. Kening aku berkerut memproses ayat-ayat Sungchan.

"Kau stress sebab perempuan? Chill bro. Jangan jadi playboy." kata aku. Sungchan memegang kolar baju aku.

"Kalau dia suka pun, ada masalah dengan kau ke? Korang berdua hanya kawan." kata aku. Sungchan berdecit kecil lalu melepaskan genggaman nya. Kolar baju aku yang kotor dibersihkan sedikit.

"Lagi satu, kau kena ingat kau masuk senarai pelajar harapan adalah sebab mak ayah kau. Kau fikir, sepandai mana pun kau....orang lain masih boleh sanjung ka? Tidak sama sekali." kata aku sambil menjeling tajam.

Hati Sungchan berderau pantas. Jika, satu sekolah tahu apa yang disorokkan selama ini, sudah pasti dia akan dicaci teruk. Aku faham benar dengan karenah dia.


fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now