"Anda rasa saya ada masa untuk berfikir tentang kerja sekolah? Tiada kan?" Ryeon melentokkan kepala nya di atas meja tanda malas. Mahu masuk kelas pun malas, apatah lagi menyiapkan kerja sekolah.
"Cepatlahh. Cikgu nak kumpul buku hari ni. Ni buku aku, cepat tiru. Siapkan." kata Krystal. Ryeon tersenyum sinis lalu mengeluarkan buku latihan nya.
"Malam ni aku nak pergi library. Kau nak ikut-"
"Tak mahu. Kau pergilah. Aku tak free lah." ujar Ryeon. Padahal, banyak je masa dia selepas kelas. Entah ke mana mahu melilau tidak tahu lah. Ryeon memang tidak suka menjejakkan kaki ke perpustakaan.
"Hari ni, tak nak ponteng kee. Pelik je kau tak ponteng hari ni." kata Krystal. Sudah pukul 1.30 petang namun tiada tanda-tanda Ryeon akan pergi ke mana-mana.
"Abang aku dah bagi warning terpaksa lah aku dengar cakap dia. Kalau tak...abang aku bagitahu mak aku." balas Ryeon. Semalam, ibu nya hampir tahu apa yang dia buat selama ini. Mulut Seokmin itu mana mahu ditutup. Mesti sentiasa membuka cerita punya.
Kelas kembali senyap apabila Guru Matapelajaran kimia masuk ke dalam kelas. Ryeon terpaksa bersengka mata menahan ngantuk di waktu petang yang panas itu.
❇❇❇❇❇❇❇❇
Kota Seoul tidak pernah senyap setiap kali waktu malam dan siang. Ada sahaja pelancong yang datang untuk berjalan-jalan disekitar menikmati angin malam Seoul yang sejuk dan nyaman. Aku berjalan disekitar taman permainan yang besar dan luas.
Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Fikir aku mahu balik? Ah, itu hanya satu gurauan. Perkhidmatan bas juga telah tamat, jadi aku terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah.
"Haih penatlah." aku berjalan terhuyu-hayang akibat terlalu mengantuk. Nasib baik esok cuti jadi bolehlah aku tidur sepuas hati di rumah.
"Adu. Maaf." aku secara tidak sengaja terlanggar beg seseorang. Aku sudah cuak. Adakah manusia yang berjalan-jalan dikawasan perumahan yang gelap dan sunyi ni?
Adakah..hantu?
"Hai. Kenapa awak tak balik lagi ni?" tanya Sungchan. Lega hati aku. Ingatkan hantu atau penjenayah tadi.
"Ah, awak rupa nya. Takdelah, saya saja jalan-jalan." jawab aku. Sungchan menunduk lalu memerhatikan wajah aku lama. Aku semakin terdorong kebelakang lalu terjatuh.
"Bukan..mabuk kan?" tanya Sungchan. Aku menggeleng laju. Muka aku ini terlalu kebudak-budakan, jadi mahu masuk kelab malam itu mustahil.
"Hm, jomlah kita balik. Hari sudah terlalu lewat." kata Sungchan. Aku mengangguk lalu bangun membetulkan skirt sekolah. Terasa agak kekok berjalan berdua dengan pelajar lelaki..yang boleh dikatakan ada rupa.
"Awak kenapa tak balik? Awak pergi mana?" tanya aku. Batu kerikil ditepi jalan aku sepak satu persatu. Sungchan ketawa kecil lalu menyambung bicara nya.
"Saya pergi tuisyen." jawab Sungchan. Tuisyen apa pada pukul 3 pagi ini? Sudah gila ka? Kalau aku, sudah lama aku melarikan diri daripada belajar hingga lewat malam.
"Ei, tak penat ke? Kenapa kau belajar kuat sangat? Kalau belajar kuat nanti kau sakit." marah aku. Aku agak anti dengan orang yang belajar sehingga lewat malam. Haritu, aku sudah ceramah kepada Krystal akibat tertido di dalam perpustakaan.
"Dey, jangan ketawa lah. Hm, apa kata esok kau ikut aku nak? Kita pergi suatu tempat menarik!" cadang aku. Tidak elok belajar sepanjang masa. Ada masa, kena berjalan-jalan untuk menghirup udara segar.
Ceh, memandai saja aku.
Sungchan berjalan mendekati aku. Ah, apa lagi lelaki ini mahu kan? Tidak sah sekiranya tidak membuatkan hati aku tercabut. Aku mengundur kebelakang lalu terduduk di atas bangku bersebelahan pokok besar.
"Ok, esok. Saya..tunggu awak"
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan