6 : running 2 you

408 90 11
                                    

"Heol? Apakah? Ini apa miska?" Ryeon menggaru-garu kepala yang tidak gatal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Heol? Apakah? Ini apa miska?" Ryeon menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kenapa terlalu banyak sampah di atas meja nya? Angkara siapa?

"Yah! Siapa kotorkan meja aku bagitahu cepat!" jeritan Ryeon tidak dibalas oleh sesiapa. Masing-masing membuat kerja seperti tidak tahu menahu apa-apa.

"Haish!" meja Ryeon ditendang berkali-kali. Sampah sarap yang bertaburan dikutip secara terpaksa. Jika guru disiplin nampak, mana tak kena dimerit lagi.

"Sungchan datang!" bunyi bisikan para pelajar mengejutkan Ryeon. Sungchan melangkah ke arah Ryeon lalu duduk berdiri dibelakang gadis itu.

"Apa kau nak?" tanya Ryeon kasar. Dia tidak ada masa mahu melayan orang.

"Siapa buat bende macam ni bagitahu aku!" suara jeritan Sungchan mengejutkan seisi kelas. Ryeon menekup mulut Sungchan lalu membawa dia keluar.

"Yah! Kenapa kau jerit-jerit macam beruk ni?" bisik Ryeon. Sungchan mengeluh sambil bercekak pinggang. Kedua belah tangan Ryeon di pandang lama.

"Tatoo ni, kalau cikgu nampak..mampos kau tau. Kau boleh kena buang sekolah." kata Sungchan. Ryeon menyorokkan tangan nya disebalik baju.

"Doakan lah tak kantoi. Support member sikitt." kata Ryeon sambil tersenyum sinis. Sungchan menggelengkan kepala nya. Mata Ryeon membuntang apabila melihat guru kelas yang semakin hampir ke arah nya.

"YAH! APA KAMU BERDUA BUAT TU HAH?!"

❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇

"Peperiksaan untuk kemasukan universiti semakin dekat. Jadi, pastikan kamu semua membuat persiapan." kata-kata daripada guru kelas aku membuatkan aku semakin malas. Masih tak bertaubat aku ni.

"Yah, jom pergi beli makann dekat cafe." ajak Krystal. Aku menggeleng tidak mahu. Baik aku tidur jika tidak aku akan mengantuk dalam kelas matematik nanti.

"Wah, kelas kosong. Ini yang kita mahukan." aku bangun lalu menepuk tangan. Bangga dapat tidur dengan aman di dalam kelas.

"Hai." aku menoleh pantas. Sejak bila ada orang di dalam kelas ini? Bukan semua sudah keluar ke? Adakah mata aku terlalu rabun kerana kelas ini terlalu besar?

"Eh. Kau! Bila masa kau satu kelas dengan aku?" tanya aku. Tak sedar pula jiran sebelah ini sekelas dengan aku. Almaklumlah, aku malas mahu mengambil tahu pasal lelaki.

"Terima kasih." kad pengangkutan aku diberikan. Aku lihat tanda nama lelaki itu di atas meja. Malu pula mahu bertanya nama sejak bergaduh pagi tadi.

"Ouh, Na Jaemin." aku mengangguk-angguk. Secara tiba-tiba lelaki itu memandang aku dengan pandangan yang tajam.

"Lempeng jagung tu sedap. Aku berterima kasih kepada mak kau."  kata Jaemin. Aku tersenyum senget lalu menunduk. Rasa kekok pula melihat lelaki itu senyum. Sebelum ini hanya muka masam sahaja yang ditayang.

"Kau..tinggal sendiri ke?" tanya aku. Jaemin mengangguk. Mata nya melekat memandang skrin telefon pintar nya. Mata sembam lelaki itu semakin besar daripada semalam.

"Jangan kacau aku. Pergi mampos." kata Jaemin. Terangkat bahu aku. Tapi takpe, lepas ini aku tidak mahu terserempak dengan lelaki bengong itu.



fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now