4 : First love

475 101 14
                                    

"Yah! Kang Ryeon! Tolong ibu angkat kotak barang dapur kat belakang!" jerit Puan Kang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yah! Kang Ryeon! Tolong ibu angkat kotak barang dapur kat belakang!" jerit Puan Kang. Ryeon mengeluh kuat lalu kembali masuk ke dalam rumah. Hari ini merupakan hari mereka akan berpindah rumah apartment. Syukur Puan Kang dapat memohon rumah sewa yang murah.

"Rumah tu besar ke? Masih dekat dengan sekolah?" tanya Ryeon. Seokmin mengangguk. Cuma, terpaksalah si abang menghantar adik nya ke sekolah dengan menaiki kereta. Kalau berjalan kaki, takut lambat sampai sekolah.

"Kau ikut uncle ni hantar barang-barang kat rumah sana dulu. Lori tak muat dh ni. Aku naik lori lagi satu." kata Seokmin. Ryeon mengangguk lalu masuk ke dalam lori besar itu.

Perjalanan memakan masa selama 30 minit. Ryeon hanya melihat kawasan perumahan yang berdekatan dengan rumah nya. Tidaklah terlalu sesak dan tidak lah terlalu sempit kawasan rumah lama nya. Kawasan nya cantik dan bersih.

"Tingkat 3 ye." Ryeon mengambil barang nya lalu berlari naik ke tingkat atas. Terbuntang mata dan mulut nya melihat rumah yang agak mewah.

"1103."pin kod pintu rumah ditekan. Ryeon menjerit kecil lalu masuk ke dalam setiap bilik. Terlupa pula si Ryeon mahu menolong pakcik Sajat mengangkat barang-barang.

"Alamak! Kesian pakcik sajat angkat barang sorang-sorang." Ryeon meletakkan beg nya di ruang tamu lalu berlari keluar daripada rumah.

❇❇❇❇❇❇❇❇❇

"Haihh. Berat lah kotak tu ibu. Biar Seokmin bawa kan." kotak yang berisi pinggan mangkuk kaca di ambil oleh Seokmin. Ryeon hanya melihat adegan abang nya sambil tersenyum sinis.

"Daripada duduk melayan telefon tu, baik kau hantar makanan ke jiran sebelah. Kita ni baru pindah, jadi apa kata kau berkenalan dengan jiran? Manatahu ada budak sebaya kau." ujar Seokmin. Ryeon berfikir sejenak lalu melangkah ke dapur.

"Aingg. Ibu buat lempeng jagung. Ada ke suruh bagi jiran sebelah. Kalau tak cukup untuk aku bagaimana?" bebel Ryeon. Dengan baik hati nya, Ryeon membungkus lempeng jagung yang dibuat oleh ibu nya.

"Ada juga jiran sebelah ingat kau penyangak. Dengan tatu kat leher dan tangan. Haih, anak pungut sungguh." perlian Seokmin itu hanya dibalas dengan jelingan tajam. Malas mahu bertengkar dengan abang sulung.

"Ada 2 rumah depan aku. sebelah ada satu. Abang kata jiran sebelah, jadi bagi kat jiran sebelah ni lah kan?" Ryeon menyarungkan selipar nya lalu melangkah ke rumah sejarak 3 jengkal. Amat dekat bukan?

"Assalamualaikum, ahli kubur. Saya jiran sebelah anda dengan murah hati nya nak sedekah lempeng jagung. Buka lah pintu ini." loceng rumah itu ditekan berkali-kali namun tiada balasan. Nak kata tiada orang, macam iya juga.

"Yes." Ryeon menoleh. Terpaku melihat lelaki yang berambut hitam dan bermata tajam bak helang. Anak mata lelaki itu tidak henti-henti melihat Ryeon daripada atas hingga ke bawah.

"Erk, lempeng jagung? Saya baru pindah jadi, saya bagi sikit—"

"Baiklah. Terima kasih atas keprihatinan anda." pintu rumah itu dihempas. Tersembur air liur Ryeon dilayan sebegitu rupa. Tidak bolehkah balas dengan cara yang baik?

"Takpe takpe. Lelaki hensem kena menang dulu. Lepasni, aku pula yang akan menang. Kau tunggu ahli kubur. Kau tunggu yee."





fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now