23 : Lipstick

287 75 0
                                    

"Dah tak nak pergi sekolah ke kau ni?" tanya Krystal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah tak nak pergi sekolah ke kau ni?" tanya Krystal. Ryeon menggeleng laju. Periksa sudah habis, baik keluar mencari kerja daripada terperap disekolah seperti tiada kegunaan.

"Jeno, kau jaga kaunter!" jerit Ryeon. Lelaki itu terkocoh-kocoh ke kaunter untuk melayan pelanggan. Apron memasak dibuka akibat terlalu kotor. Tidak mahulah pelanggan lihat dan terasa geli.

"Kau balik sekali dengan Sungchan ke? Tidak mahu aku tumpangkan?" tanya Krystal sambil menyisip lemonade yang dipesan. Ryeon mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Jadi betullah kau dengan Sungchan ada hubungan? Terus terang jelah wei." Krystal memukul bahu sahabat nya kuat. Ryeon mengundur kebelakang akibat kesakitan.

"Apa bende kau merepek ni? Aku dengan dia kawan saja. Lagipun dia tidak berkata apa-apa, jadi hubungan diantara kami hanya sahabat biasa saja lah." kata Ryeon menafikan hal tersebut.

Padahal, Sungchan sudah beritahu perkara sebenar. Semua nya terletak ditangan Ryeon.

"Kau tahu atau tidak yang Sungchan itu anak pengetua?"

"Apa bende kau merepek ni? Ibu bapa dia diluar negara bekerja." balas Ryeon. Krystal menggeleng lalu menepuk dahi nya. Bahu Ryeon dipegang erat.

"Sungchan tu anak pengetua woi! Tak sangka lepas ni kawan aku kawin dengan orang kaya. Ahhhh." Krystal menumbuk bahu Ryeon. Wanita itu terkebil-kebil seorang diri.

"Kenapa Sungchan tipu aku?"

***************

"Uwah." mata aku terbeliak melihat gincu yang berwarna peach itu. Tidak pernah aku memakai bende sebegitu. Almaklumlah, aku tidak berminat akan hal berkaitan perempuan. Krystal memberikan gincu ini sempena hadiah hari jadi aku.

"Uwu, lawa-lawa." aku terlompat-lompat seorang diri. Daripada pagi aku masih belum mandi, jadi baik aku mandi sekarang.

"Jaemin jaemin! Tumpang bilik air." aku memanjat tembok yang memisahkan bilik aku dan bilik Jaemin. Disebabkan ibu belum bayar bil air, jadi bekalan terpotong seharian.

Payah payah.

Jaemin memandang aku terkejut. Tuala yang tergantung dikepala aku di rampas. Jaemin mendekati aku perlahan sambil menatap bibir aku lama.

"Sejak bila kau pakai make up?" tanya Jaemin. Aku tersedar daripada lamunan. Kesan gincu dibibir aku ditanggalkan namun Jaemin dengan pantas menghalang tindakan aku.

"Kau memang sengaja heh?" satu tamparan hinggap diwajah Jaemin. Aku mahu pergi kerja sempat dia membebel. Suka hati akulah mahu pakai apa pun.

"Tepi. Aku mahu mandi." kata aku. Berus gigi dan sabun diambil daripada lantai. Jaemin memberi aku laluan untuk ke bilik air.

"Ryeon." aku menoleh. Jaemin membersihkan taik mata yang meletak di hujung mata aku. Kesan gincu yang comot itu dibersihkan menggunakan minyak rambut nya. Aku keliru dengan setiap tindak tanduk lelaki itu yang mula berubah sedikit demi sedikit.

"Kau cantik. Teruskan perubahan itu." bisik Jaemin ke telinga aku.





fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now