"Sungchan!" Ryeon terjaga daripada tidur nya. Kepala nya berdenyut-denyut seperti mahu pecah. Perut nya berbalut dan kaki nya patah. Ryeon memandang sekeliling nya.
"Ibuuu." sahutan itu tidak dibalas apa-apa. Ryeon keliru dengan apa yang terjadi. Air mata nya tidak berhenti mengalir kerana keliru tentang keberadaan nya.
"Ryeon." Puan Kang masuk ke dalam wad dengan air mata yang mengalir deras. Ryeon memeluk ibu nya erat seolah meminta kekuatan. Apa yang terjadi ini membuatkan dia terkejut.
"Kepala Ryeon sakit." ucap Ryeon. Puan Kang hanya mampu menangis melihat nasib anak nya yang terlantar sakit di hospital selama 2 bulan.
"Sungchan? Mana Sungchan?" tanya Ryeon. Puan Kang terkebil-kebil mendengar pertanyaan Ryeon.
"Siapa Sungchan sayang? Ibu tidak kenal." ucapan Puan Kang mengejutkan Ryeon. Jarum air ditangan nya di cabut. Mata nya memerhatikan kedua belah tangan nya.
"Mana cincin tu? Ibu! Mana cincin Ryeon!" jeritan Ryeon tidak dibalas apa-apa. Beberapa orang jururawat masuk ke dalam wad untuk memeriksa keadaan Ryeon.
"Mana Sungchan? Mana Sungchan?" Ryeon meronta berkali-kali. Puan Kang hanya menangis melihat keadaan anak perempuan nya yang semakin teruk.
Ryeon mula berhenti meronta apabila doktor memasukkan ubat tidur ke dalam saluran darah nya.
****************
"Hai Ryeon!" Krystal duduk disebelah katil sahabat nya. Ryeon bangun perlahan lalu duduk menghadap sahabat nya. Sudah lama tidak bersua muka sejak Ryeon kemalangan.
"Kau makin pulih." satu senyuman pahit terbit diwajah Krystal. Ryeon menunduk lalu mengeluh lemah.
"Aku nak jumpa Sungchan. Aku tidak kira." kata Ryeon. Kening Krystal berkerut pelik mendengar nama tersebut.
"Kita tiada nama Sungchan dalam rekod sekolah wei. Sungchan tak wujud." kata Krystal dengan tegas. Dia tidak mahu sahabat nya terbayang bende yang bukan-bukan.
"Kenapa semua tak percaya apa aku cakap? Sungchan tu ada. Sungchan tu wujud. Kenapa semua orang kata aku hanya berkhayal?" air mata Ryeon hampir menitis. Krystal menyerahkan segelas air kepada gadis itu.
"Kau kena sihat. Majlis perkahwinan kau akan berlangsung minggu depan." kata-kata Krystal itu membuatkan mata Ryeon terbuntang luas. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari nya.
"Kawin? Dengan siapa? Kenapa aku tidak tahu?" kata Ryeon. Seorang lelaki masuk ke dalam bilik Ryeon sambil membawa bunga. Ryeon memandang Krystal dan lelaki itu bersilih ganti.
"Maaf, tapi siapa lelaki ni? Aku tidak kenal." berderau darah Krystal mendengar ayat Ryeon. Lelaki itu mencampak bunga ke lantai lalu memegang erat bahu Ryeon.
"Awak tak ingat saya? Ryeon, ini saya. Na Jaemin." bahu Ryeon digoncang perlahan. Gadis iu menepis tangan Jaemin kasar seolah tidak menerima kehadiran lelaki itu.
"Kau siapa nak sentuh aku? Kau bukan Sungchan. Aku tidak kenal siapa kau."
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan