"Siapa pula yang membuat onar di luar itu?" Mawar membisik sendirian sambil melipat kain. Sesekali dia menjenguk ke luar bilik.
"Si bedebah itulah. Dia mahukan Melati kembali." Bisik satu susuk tubuh disebelahnya.
"Ya Allah, Orkid. Terkejut Mawar dibuatnya. Sejak bila kau berada di sini?"
Mawar mengurut dadanya perlahan. Rasanya dia tidak melihat kelibat Orkid masuk ke kamarnya itu.
"Hehe maaf. Sudah ku ketuk pintu kamarmu, Mawar. Mindamu yang melayang jauh."
"Biar benar? Oh maaf aku sedikit terganggu.."
"Terganggu?"
"Aku seperti terdengar seperti orang melaung kuat di luar. Kau tahukah gerangan siapa, Orkid?"
"Oh, Suaminya Melati. Khabarnya dia ligat mencari isterinya di mana-mana. Kita perlu lebih berhati-hati. Bagaimana keadaanya?"
Orkid menghampiri Melati yang nyenyak tidur di atas tilam nipis.
"Alhamdulillah, dia sudah semakin membaik. Cuma tidak begitu gagah untuk berjalan sendiri."
Orkid mengangguk sambil menghela nafas lega. Tubuh genit itu agak cengkung. Terbit rasa bersalah kerana membiarkan sahabatnya menderita keseorangan.
Usah khuatir, Melati. Kami akan pastikan Berahim tidak dapat mengesanmu di sini dan tidak berani mengapakanmu lagi.
Aku dan Mawar berjanji!
🌟🌟🌟
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...