"Hoi, kau tidak apa-apa?"
Arjuna mencuit darma yang termenung jauh itu. Tasik yang membeku itu dipandang lama. Kelihatan beberapa orang awam Negeri Alamanda meluncur ais.
"Aku..aku okay."
"Kau hendak baju sejuk aku ni?" Arjuna pelawa. Mujur dia ada bawa baju sejuk lebih. Suhu di Negeri itu kini berada di paras beku.
Nak beku rasanya.. eeeii..
Darma menggeleng. Dia memeluk tubuh untuk menghilangkan kesejukan yang menusuk dalam tulang hitam.
Menyesal pula dia ke situ. Mati-mati dia ingatkan sejuk di sini seperti musim sejuk di Cahaya Bulan atau Temasek.
Ternyata jangkaannya salah!
Kini dengan otak-otaknya sekali rasa mahu membeku! Arghhh!
"Kalian okay? Mari aku bawa kalian ke rumahku." Suara halus menyapa gegendang telinga mereka.
Eh? Puteri Bakawali?
"Jangan terkejut wahai saudara. Aku mendapat berita bahawa kamu berdua sudah sampai. Aku sedia maklum bahawa negeri kalian negeri Tropika bukan? Panas dan lembab sepanjang tahun?"
Puteri bakawali kelihatan anggun dengan baju sejuk labuh dan rambut diikat ekor kuda.
"Eh tidak mengapa, tuan puteri. Kami sengaja tidak mewarwarkan kedatangan kami ke sini. Kami tahu pasti tuan puteri sibuk dengan urusan kerajaan."
Puteri itu sekadar tersenyum.
"Aku tidaklah terlalu sibuk seperti ayahandaku. Adalah juga waktu senggang. Mari ke istanaku. Ayahanda dan bondaku sedang menunggu."
Arjuna dan Darma hanya mengangkat bahu. Hendak ditolak, sudah dipelawa oleh tuan puteri:
" Baiklah tuan puteri." Darma tersengih sambil bangkit dari tompokan salji yang membukit atas tanah.
Lagi lama dia di situ, takut dia bertukar jadi beruang kutub sahaja nanti!
"Wah, kereta kuda! Besarnya!" Jerit Arjuna kuat.
Puteri Bakawali cuma tersenyum manis.
"Maafkan sahabat patik ya, tuan puteri. Wayar otaknya terputus rasanya."
"Eh, tak mengapa. memang jarang kereta kuda dipakai sekarang. Kebanyakan negeri sudah memakai kereta beroda. Hanya ayahanda beta masih enggan memakai kereta beroda. Pencemaran alam katanya."
"Oh, sama seperti di negara kami tuan puteri.Tuanku juga masih tidak membenarkan kereta jenis itu di sana. Baginda amat cintakan alam sekitar." Darma tersenyum kacak.
Berdebar pula apabila bersabung mata dengan mata bundar puteri itu. Seindah bulan purnama di malam hari! Eh Darma! Kau ke sini bukan mahu cari jodoh! Kau ada misi!
"Kau ada hati sama tuan puteri ya?" Arjuna menjongket kening.
"Kepala abah kau! Aku sedang sejuk ni, jangan sampai aku sumbat salji dalam otakmu ini!"
Darma menjeling lelaki yang tersenyum penuh makna itu. Eh budak ni! Orang sedang kesejukan, sempat lagi dia bergurau?
Kereta kuda Puteri Bakawali mula bergerak. Perjalanan mereka melalui jalan yang diturap cantik dengan pokok menghijau di kiri kanan.
"Musim sejuk sudah hampir berakhir. Salji sudah mula mencair." Terang Puteri Bakawali lagi: Kereta kuda mereka melalui kawasan perdagangan. Ada gerai menjual baju sejuk dan juga papan luncur.
Sesekali cahaya matahari mencuri masuk ke dalam kereta kuda itu. Kebanyakan rakyat hanya selesa berjalan kaki sahaja. Mereka akan menggunakan kereta kuda jika membawa muatan sahaja.
"Rakyat di sini memang berjalan kaki ya?" Darma membuka mulut. Rakyat di sini kelihatan gembira dan harmoni.
Beberapa depa mereka berjalan terdapat deretan gerai menjual masakan panas. Sangat sesuai untuk iklim mereka yang bersalji itu.
"Bunga, boleh belikan mereka berdua coklat panas?" Pinta Puteri Bakawali lembut kepada pembantunya. Seuncang emas dihulur kepada gadis kecil molek itu.
"Boleh tuan puteri. Sebentar ya." Gadis berpakaian putih dan kuning itu kemudian turun apabila kereta kuda berhenti di tepi jalan.
"Eh susah-susah saja Tuan Puteri.
"Eh tak mengapa. Saya tahu kamu tidak biasa dengan cuaca sejuk negeri kami. Lagipula perjalanan menuju ke istana jauh lagi."
"Sekurang-kurangnya kamu berdua boleh melegakan rasa sejuk dengan air coklat hangat sementara kita tiba ke istana."
"Terima kasih, tuan puteri. Prihatin sungguh pada kami ya." Darma tersenyum.
"Mestilah. Kamu berdua kan tetamu. Harus saya layan dengan baik. Tak usahlah bertuan puteri dengan saya. Panggil Bakawali sahaja."
Darma dan Arjuna tersenyum. Bagus didikan tuanku. Pasti Puteri Baiduri juga berakhlak baik seperti kekandanya ini.
"Segan pula kami , tuan puteri."
Bakawali membesarkan matanya apabila Darma masih menggelarnya dengan gelaran itu.
"Err.. maksud saya Bakawali."
Barulah Bakawali kembali tersenyum manis. Rambut perang gadis itu kelihatan bercahaya disinari cahaya matahari.
"Tidak kusangka rupanya bidadari itu wujud..." Darma berbisik halus. Siapa sahaja tidak terpukau dengan kecantikan puteri itu.
Memang perfect!
"Hah, mengapa Darma?" Bakawali seperti terdengar lelaki tampan itu berbisik sendiri.
Alamak? Dia terlepas cakapkah? Seingatnya dia bermonolog dalam hati? Aduhh gawat..gawat..
Arjuna yang memerhati dari tadi hanya tersenyum sinis. Jual mahal konon dia ni. Kalau suka, bagitahu sahajalah!
Bakawali sangat anggun dengan perwatakannya. Darma pula memang kacak orangnya. Sekilas pandang pun sudah ada aura putera raja.
Sesuai sangat mereka berdua ni.
"Tak ada apa, Tuan put... err Bakawali. Ulat bulu naik daun tu. Pantang tengok perempuan cantik. Bakawali masih single? Ada putera ingin mencari calon isteri.."
"Aduhh." Arjuna mengaduh apabila kakinya dipijak kuat. Darma kelihatan merenung tajam padanya tanda amaran.
Dia kisah apa? hahaha
"Eh, Arjuna tidak apa-apa?" Bakawali kelihatan risau.
"Aduhh, saya okay Bakawali. Ada gajah hempap kaki saya."
"Merepeklah kau ni. Maaf Bakawali. Dia memang suka merepek. Tadi ulat bulu, sekarang gajah pula. Abaikan saja lelaki sewel ini."
Bakawali hanya tersengih lucu sambil menikmati udara segar. Rumah-rumah kecil yang diliputi salji putih cantik tersusun di tepi jalan. Kelihatan juga kanak-kanak bermain salji dengan riang.
" Kau sebut lagi pasal tu, aku tinggal kau tengah jalan." Darma membesarkan matanya.
Arjuna hanya ketawa besar.
"Aku mahu carikan suri hati untukmu. Rugi kalau kau tolak. Bukan semua puteri sempurna seperti dia. Jarang berlaku."
"Shh pandailah aku hendak cari nanti. Sibuk saja kau ini!"
"Alah, mengaku sajalah kau sudah jatuh hati. Perangaimu sangat aneh kebelakangan ini."
Arjuna hanya ketawa melihat Darma yang beriak serius itu. Jual mahal, kalau Bakawali jatuh ke tangan putera lain, berputih matalah nanti!
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...