Bukk!
Arjuna mengaduh kuat. Jala berisi ikan terlucut ke pasir halus. Mata kanannya berdenyut dan pedih. Giginya diketap geram.Gerangan siapa yang berani menumbuknya tanpa amaran? Biadap sungguh!
Wajahnya diangkat laju. Bengkak pada pipi kanan diabaikan. Matanya dikecilkan untuk mengecam wajah lelaki dihadapannya.
Putera Darma??
"Apa tuanku...."
Belum sempat dihabiskan ayat, sebiji tumbukan mengena pada perutnya. Dia menunduk senak.
Mengapa lelaki ini menyerangnya?
"Apa salah aku Darma? Mengapa kau menyerang aku?" Anak mata lelaki itu direnung lama. Kelihatan tajam anak mata putera itu menikam wajahnya.
"Maafkan aku kerana berhenti menjalankan tugas sebagai pembantumu. Ada hal peribadi yang lebih penting harus aku selesaikan." Nadanya direndahkan.
Masih ada sisa hormat walau dia diserang tanpa amaran. Lelaki di hadapannya itu pernah bergelar majikannya dan melayannya seperti saudara sendiri. Dia tidak akan lupa budi baik putera itu.
"Mengapa kau ceraikan Mawar!? Kau sudah hilang akalkah?"
Arjuna terpempan. Dadanya memberat apabila mendengar nama itu.
"Itu yang terbaik untuk kami. Apa kena mengena denganmu pula?" Keningnya terjungkit.
Arjuna kenal rapat dengan Mawarkah?
Muka Darma sudah memerah seperti udang terbakar. Marah benar lelaki itu nampaknya. Ada rahsia yang dia tidak tahukah selama ini?
"Mengapa kau terburu-buru membuat keputusan? Kau tidak sayangkah pada isterimu itu?" Soal Darma garang.
Leher baju pagoda yang bertukar warna itu dicekak kuat. Entah kenapa dia terasa mahu pecahkan saja muka lelaki sawo matang dihadapannya itu.
Bibirnya diketap menahan sabar. Dia bukannya seorang yang suka bertindak melulu.
"Cuba kau berada di tempatku, Darma. Kau akan faham apa yang aku lalui sekarang. Ditipu hidup-hidup oleh ayah mertua dan isteri kerana harta semata! Hati siapa yang tidak sakit!" Nadanya menjadi tinggi apabila berbicara soal itu.
Langkah diatur ke tepi batuan besar di pesisir pantai. Ombak yang menggulung dan menghempas pantai ditenung lama.
Darma yang mendengar hanya menghela nafas panjang. Dia sengaja memberi peluang lelaki itu untuk menjelaskan hal sebenar.
"Kau tidak menyiasat terlebih dahulu? Kau percaya bulat-bulat tentang apa yang dengari dari mulut orang?"
Arjuna membetulkan duduknya. Sesekali kaki dicecah ke dalam air. Sejurus, tenang sedikit hatinya yang disimbah api kemarahan sebentar tadi.
Begitu juga Darma. Dia sudah tidak menghambur marah seperti tadi. Dia sudah agak tenang dengan suasana pesisir pantai.
"Ceritalah Arjuna. Mungkin aku akan mendengar perspektif lain darimu. Kebenaran adalah menyingkap kisah dari kedua belah pihak. Itu yang aku percaya."
Darma bersuara tenang. Pandangannya dilepaskan merenung langit membiru cantik. Sesekali burung camar terbang riang memeriahkan lagi suasana tepi pantai itu.
Arjuna menggosok lehernya menunjukkan rasa kekoknya. Diikutkan hati, dia malas mengimbau kembali kenangan perit itu. Namun mungkin ada hikmahnya kedatangan bekas majikannya ke sini?
Nafas dihela panjang sebelum memulakan biacara...
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...