Bertemu semula

64 5 0
                                    

Suasana pagi itu nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

"Nenek! Rindunya Orkid pada nenek!" Seorang gadis kecil molek berbaju kurung melompat memeluk leher Nek Mah.

Nek Mah yang sedang menuang kopi tersentak.

"Haishh budak ini. Kalau tumpah kopi ni, kamu lap ya." Orang tua itu menggeleng.

Gadis itu tersengih tanpa rasa bersalah. Dia mengambil teko dari tangan neneknya dan menyambung tugas neneknya menuang kopi ke dalam tiga cawan yang masih kosong.

"Jemput makan." Nek Mah menepuk bahu kawan cucunya perlahan. Mawar kelihatan muram. Entah mengapa.

Terhidang nasi lemak, kuih cara dan juga empat cawan kopi atas tikar mengkuang itu.

Pondok kecil di persimpangan jalan kecil itu merupakan penyelamat bagi sesetengah pengembara. Nek Mah dengan senang hati mengalu-alukan sesiapa sahaja singgah.

"Apa kamu buat di sini, Mawar? Kamu bekerja di istana seloka bukan?" Darma bersuara. Gadis itu pernah dilihat bersama dayang di istana tempoh hari kalau tak silap.

Wajah serius Arjuna yang meletakkan teko berisi kopi dijeling sekilas. Lelaki ini dah kenapa?

Jarang dia beriak serius begitu. Oh, baru dia teringat. Mawar itu bekas isterinya. Mereka kan sedang ada konflik rumah tangga.

"Saya mengikut sahabat saya untuk pulang ke sini. Nek Mah merupakan nenek angkatnya."

Seorang gadis ayu berkain batik muncul dengan bekas air basuh tangan.

"Iya betul tu. Namaku Orkid. Aku merupakan sahabat Mawar ketika dia menetap di perkampungan bangsawan dulu."

"Aku sahaja mempelawa Mawar bersamaku untuk menghiburkan hatinya yang lara."

Darma hanya mengangguk. Oh begitu.

"Kau sudah berhenti menjadi dayang istana kah?"

Mawar hanya mengangguk tanpa suara. Wajahnya nampak muram. Sesekali gadis itu mencuri pandang Arjuna yang sedang merenung dinding rumah.

Entah apa yang ditenung hingga nak tembus pun tak tahulah.

"Hei, kau mahu ke mana? Mari makan dahulu. Ada nasi lemak ni" Dia menegur Arjuna yang bingkas bangun.

"Aku tak ada selera. Aku mahu ambil angin sekejap. Panas di sini." Mendatar nada lelaki itu menyarung selipar.

Orkid dilihat menyiku perlahan gadis manis itu. Mereka bersabung pandang. Lalu gadis berambut perang itu bangun.

"Saya minta izin ke tandas ya."

Mawar tersenyum. Namun kelihatan hambar. Anak mata hazel itu menyimpan sesuatu yang tersirat.

Ikan bilis dan kacang digaul sebati dengan nasi sebelum disuap perlahan.

"Biarlah mereka menyelesaikan kekusutan ini. Mereka juga berhak bahagia bukan?" Darma bersuara.

"Tapi kan Darma.." Orkid merenung lelaki tampan dihadapannya itu. Tangannya menguis nasi di pinggan.

"Tapi apa orkid?" Terjongket kening lelaki itu. Cawan kopi dicapai pula.

"Arjuna nampak marah benar tadi. Kecut perutku melihat wajahnya serius seperti itu."

Darma hanya meledakkan tawa. Arjuna serius? Garang? Lambat lagi...

"Dia seornag yang ceria dan periang. Aku yakin keadaan yang memaksa dia beriak begitu. Memang mereka patut bersemuk sejak enam purnama lalu. Selesaikan terus masalah ini. Bukannya lari dari masalah."

Gadis bertocang itu hanya mengangguk mengerti.

"Mawar sedaya upaya mencari berita tentang Juna. Ramai juga penduduk kampung dirisiknya untuk mengetahui keberadaan Arjuna. Namun hampa."

Cawan kosong diletak dengan cermat.

Darma memandang Orkid sekilas sebelum merenung susuk Nek Mah yang tangkas menyapu laman rumah yang penuh dengan daun kering.

Tadi sudah dipelawa Arjuna untuk menolong, namun ditegahnya. Akhirnya lelaki itu hanya berdiri sambil berbual bersama orang tua itu.

Mawar dilihat terpegun berdiri tidak jauh dari situ. Mungkin dia tidak berani untuk mendekat.

"Juna juga salah, Orkid. Dia tidak patut melarikan diri begini. Seharusnya dia berdepan depan isterinya itu. Meluahkan apa yang terbuku, mencari jalan untuk meleraikan kekusutan yang ada."

"Entahlah Darma."

"Assalamualaikum!" Suara halus menyapa mereka.

"Eh kakak!" Orkid menjerit halus sebelum memeluk susuk itu.

Darma membulatkan mata melihat susuk tubuh kecil molek itu.

"Puteri Bakawali?"

"Eh? Putera Darma?"

Gadis itu juga kelihatan terkejut.

Orkid hanya tersengih.

"Kalian sudah kenal ya? Baguslah!"

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now