"Chempaka! Jangan berlari. Nanti jatuh!"
Si kecil itu laju meluru ke arah seorang lelaki yang leka merenung langit di bangsal kecil tepi sawah.
"Baba..."
Arjuna tersentak apabila merasakan kakinya dipeluk erat. Anak kecil berpipi labuh merenungnya dengan wajah teruja.
"Eh, Chempaka?" Anak kecil itu dibawa dalam pelukan.
"Assalamualaikum. Maaf Mawar datang tak bilang dulu." suara lembut menegurnya dari belakang.
" Oh, tak mengapa. Hari ini tak menjualkah?"
"Mawar cuti hari ni. Ni ada nasi lemak dan kuih bakar untuk abang."
"Macam tahu-tahu saja abang belum makan." Sengih lelaki itu menyambut plastik nasi lemak.
"Mawar tahu abang pasti tak makan lagi. Selalu abang makan tengahari terus kan?"
Bungkusan nasi lemak dibuka. Aroma menyelerakan hinggap di hidung. Teh panas dalam termos dituang ke dalam penutup.
Rindu dia dengan masakan Mawar. Akhirnya hari ni dia dapat jamah masakan bekas isterinya itu.
"Terima kasih Mawar sebab ingat abang. Ingat dah tak sudi nak ambil tahu."
Tenang lelaki kurus itu menyuap nasi. Cempaka yang dilepaskan atas tanah, leka bermain dengan anak kucing yang datang entah dari mana.
"Mawar..sebenarnya nak minta maaf...."
"Mawar tak ada salah apa. Abang yang salah. Tinggalkan Mawar begitu saja tanpa dengar dulu penjelasan."
"Abang tak marah bila Mawar tak mahu rujuk?"
Arjuna menghadiahkan senyuman manis kepada wanita itu. Penutup termos dicapai dan diteguk air teh yang sudah suam.
"Abang tak marah. Mawar berhak bahagia. Dua tahun abang menghilang, Mawar mengandung dan lahirkan Cempaka tanpa abang. Mesti Mawar marah pada abang kan?"
Nafas dihela panjang.
"Abang buntu sebenarnya. Abang tak dapat bezakan mana satu fitnah dan kebenaran. Hati abang terkilan, sedih bila dengar cerita yang Mawar pernah mengandung anak luar nikah. Jadi untuk elakkan abang berkasar dengan Mawar. abang putuskan untuk bawa diri. Cari ketenangan."
"Tak apalah abang. Semua sudah berlalu. Yang penting sekarang kita sama-sama besarkan Cempaka ya?"
"Abang janji akan tebus balik kesalahan abang."
Mereka berdua bersabung pandang dan tersenyum.
Mawar sayang abang. Bisik hati kecilnya.
Tapi dia masih perlukan masa. Sudah lama dia maafkan lelaki itu. Tapi dia hatinya yang hancur sukar untuk dicantumkan kembali.
Mungkin ambil masa.
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
أدب تاريخيBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...