30. Kesedihan

96 13 0
                                    

Pagi itu, setelah kerja di dapur istana selesai, dia tidak bergegas pulang. Sebaliknya dia singgah di sebuah kolam berdekatan kawasan istana.

Dia ingin menenangkan perasaan di hati. Sesekali tangannya menyeluk saku yang berisi dua kantung emas pemberian Arjuna.

Hatinya dicuit hiba. Sampai hati Arjuna tinggalkan Mawar! Aku tidak mahu wang ini, aku mahu kau, Juna!

Dia menyeka air mata yang mengalir perlahan. Sesekali dia merenung sepasang itik yang berenang riang beriringan.

Alangkah gembiranya kiranya sepasang itik itu adalah dia dan Arjuna. Keluhan terbit dari bibirnya.

"Assalamualaikum."

Mawar tersentak. Air mata disapu perlahan. Dia menoleh untuk melihat gerangan yang menegur.

Matanya membulat.

Di hadapannya berdiri seorang lelaki tampan dengan baju pagoda nipis, seluar paras betis dan cangkul. Macam pernah dilihat gerangan lelaki ini.

"Ini Mawar bukan?" Lelaki itu bersuara lagi apabila melihat Mawar kekal dalam posisi tadi. Tidak terkutik.

Tapi di mana ya? Ini bukankah....

"T..tuanku!"

Baginda kelihatan tidak kekok berpakaian seperti rakyat biasa. Malah nampak selesa tanpa diiringi pengawal seperti kebiasaan.

Mawar segera merafak sembah. Apa gerangan baginda putera pagi - pagi begini di sini?

"Panggil aku Darma sahaja."

Mawar tersentak. Seperti ada batu menghempap dirinya ketika ini. Biar benar?

"Isk, tidak boleh tuanku. Mati patik jika didengari orang lain."

"Tak mengapa. Lagipula kita berada di luar istana bukan? Aku tidak mahu orang sekeliling mengenaliku."

Mawar kelihatan teragak-agak. Dia hanya tersenyum nipis.

"Mengapa tuanku berpakaian seperti ini?" Dahi Mawar berkerut seribu.

Darma menunduk melihat pakaiannya dan tergelak besar. Pasti wanita itu hairan melihat pakaiannya saat itu.

Comot!

"Mengapa tuanku ketawa? Salahkah pertanyaan patik tadi?"

Darma berdehem sambil menepuk kaki seluar yg dipenuhi dgn kemuncup. Berkubang dalam semak barangkali.

" Aku mendapat berita terdapat masalah di sini. Jadi aku ambil keputusan untuk menyamar sebagai rakyat biasa untuk melihat keadaan."

Mawar mengangguk faham. Dalam diam dia amat kagum dengan putera raja yang seorang itu. Berjiwa rakyat.

"Kau kelihatan seperti dalam kesedihan. Kalau tidak keberatan, apa yang menganggu fikiranmu?"

Mawar menghela nafas.

"Tidak mengapa jika kau tidak bersedia untuk bercerita denganku. Jika kau perlukan teman, aku sedia mendengar."

Wanita itu hanya mengangguk lembut.

"Ah, sudah lama aku berada di luar istana gamaknya. Malam ini ada majlis keramaian di negeri seberang. Aku harus berangkat ke istana dengan segera."

Damar bingkas bangun dan menepuk seluarnya yang berdebu. Mawar hanya mendongak melihat lelaki tinggi lampai itu.

"Mari, aku hantar kau pulang. Kebetulan kita berdua melalui jalan yang sama."

Damar menghulurkan tangan bagi membantu Mawar bangun. Entah mengapa huluran tangan itu membuatkan Mawar menjadi sebak.

"Eh, mengapa kau menangis, Mawar?" Soal Damar panik. Adakah dia sudah mengguris hati wanita itu?

"Aku tidak tahu mahu cerita sama siapa. Aku buntu." Ujar wanita itu dalam linangan air mata.

Damar terkesima. Dia keliru dengan perasaannya kini. Meski wajah itu basah dengan air mata, namun masih lagi cantik di matanya.

"Ceritalah."

"Apa Darma mahu bergegas pulang?"

"Ah, lambat sikit tidak mengapa. Nanti pasti ada pengawal yang mencariku."

Mawar merenung air kolam yang berkocak perlahan.Entah mengapa dia berasa selesa bersama putera kacak itu.

Mengucap Mawar! Kau masih isteri Juna!
Entah mengapa ada perasaan halus menyapa jiwanya tika ini.

🦋🦋🦋

"Mengapa Juna memanggil Mawar kemari? Rindu ya?" Suara halus itu memecahkan kesunyian antara mereka.

Lelaki itu hanya diam tidak membalas. Sesekali dibaling batu-batu kecil ke dalam kolam jernih itu.

" Mengapa Juna diam? Juna marah pada Mawar ya?" Gadis itu bertambah hairan. Dia ada berbuat lelaki itu kecil hatikah?

Rasanya baru mereka berbual mesra kelmarin. Tiada bibit pertengkaran seingatnya.

"Mawar ada menyimpan apa-apa rahsia kah daripada Juna?" Soal Arjuna dengan getaran.

Sabar Juna. Bibirnya diketap kuat menahan perasaan marah yang bersarang di dada.

"Mawar tidak menyimpan apa-apa rahsia daripadamu. Bukankah kita sudah berjanji tidak ada rahsia antara kita?"

Lelaki itu merengus geram. Tubuhnya menggigil menahan amarah. Gadis itu masih tidak mahu berterus terang.

"Kau pasti Mawar?!"

Mawar tergamam. Air mata bergenang seketika. Arjuna tidak pernah meninggikan suaranya selama tujuh purnama tetapi hari ini...

"Benar Juna. Mawar tidak pernah berahsia denganmu. Percayalah!"

"Kau tipu aku Mawar! Kau dan ayah perbodohkan aku hidup-hidup!"

"A—-Apa yang.."

"Diam perempuan! Bagi aku habis bicara dahulu!" Jerkah lelaki itu dengan wajah merah menyala. Ternyata kemarahannya sudah meletus.

Hatinya bagaikan dipanah petir. Mawar jatuh terduduk. Tidak menyangka suaminya bakal berubah sebegini.

Mana Arjuna yang melayannya dengan lemah lembut?

"Hebat sungguh permainan kau ya? Kau dan ayah tipu aku semata-mata ingin mengaut hartaku bukan?"

"Iyalah, pemuda lain semuanya bekerja kampung sahaja. Hanya aku dan beberapa kerat sahaja bekerja dalam istana."

Matanya tajam menikam mata coklat gadis itu. Rasa benci membuak-buak dalam raga.

" Manalah kau pandang mereka yang tidak berharta bukan? Pinangan Ali si penoreh getah itu kau tolak, bukan? Kamil si nelayan juga kau buat perkara yang sama."

Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.

"Bila aku yang datang merisik, pastilah kau terima bukan? Rupanya kau hanya berpura-pura selama ini. Semua penduduk suka padamu kerana sikapmu yang lemah lembut dan sopan. Namun sebenarnya hati kau kotor!"

Mawar kematian kata. Dia ingin membela diri namun suaranya tersekat di kerongkongnya. Hanya tangisan kedengaran di halwa telinga.

" Aku bodoh! Aku kira akulah lelaki yang paling beruntung dalam kampung ini kerana berjaya memperisterikanmu. Aku kira inilah perkahwinan pertama dan terakhir aku! Tapi ternyata aku salah!"

Lelaki itu sudah tidak betah duduk di situ. Sebelum dia mengapakan Mawar baik dia beredar. Dia tidak mahu jadi lelaki dayus yang sanggup mengasari wanita.

" Selamat tinggal Mawar. Aku harap kau berubah. Wang dan darjat tidak mampu memberi bahagia. Tetapi hati yang tulus ikhlas."

"Juna! Jangan tinggalkan Mawar! Semua tuduhan itu salah, Juna! Mawar ikhlas cintakan Juna!"

Jeritan kecil itu tidak memberi apa-apa makna. Langkah Arjuna semakin laju dan kemudian hilang dari pandangan. Hanya tinggal seorang gadis yang mengogoi keseorangan di tepi kolam.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now