Flashback
Kisah Putera Tuah&Puteri Baiduri"Nah, adinda." Seorang lelaki tampan menghulurkan sejambak bunga kepada seorang puteri yang memeluk tubuh di depan kolam istana kerajaan itu.
Namun puteri berkenaan tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Wajahnya masam dengan kerutan di dahi.
"Adinda kalau marah pun cantik..."
"Diamlah kanda! Janji mahu berjumpa jam 5. Sekarang sudah jam 6 lebih tahu!"
Putera berambut beralun hitam pekat itu sekadar ketawa kecil. Merajuk pula kesayanganya itu.
"Ampun tuanku putera. Patik datang bawa barang seperti yang tuanku minta." Seorang lelaki bertubuh tegap, berpakaian kemas memegang dua bungkusan besar.
"Terima kasih, hulubalang Iman. Ambillah satu plastik itu buat kamu dan sahabat kamu ya."
"Terima kasih tuanku. Eh, banyak sangat ni tuanku. Sahabat hamba yang bertugas hari ni cuma 5 orang sahaja."
Putera itu sekadar tersenyum.
"Kamu beri pada semua yang ada dari pintu pagar sehingga ke dapur istana. Beta belanja."
Lelaki itu hanya mengangguk sebelum meminta diri.
"Nah, bungkusan ini untuk adinda."
Puteri Baiduri hanya mencebik dan tidak memberi respon kepada huluran tangan kekar itu.
"Adinda tak mahu!" Dia berlalu ke kerusi di tepi taman diraja. Suasana hari itu redup sahaja. Matahari bagaikan malu-malu mahu menonjolkan dirinya.
"Betul adinda tidak mahu? Baiklah, kekanda makan seorang sahajalah."
Putera Tuah tersengih lalu mengambil sepotong kek dalam bungkusan besar itu. Dia sengaja makan dengan ekspresi menonjolkan kesedapan kek vanilla itu.
Memang sedap pun! Kek itu ditempah khas olehnya dari sebuah kedai kek terkemuka di negeri itu. Hatta rakyat dari negeri lain turut datang ke sini untuk merasai kek yang tersohor itu.
" Eh, itu adinda punya!"
Sekelip mata kek yang sudah digigit dirampas dari tangannya.
Eh! Dia rampas macamtu saja?
Lelaki itu hanya menggeleng melihat gadis itu yang selamba makan keknya. Nasib sayang. Kalau tak mahu diluku kepala gadis itu.
haha.
"Kanda sudah gila?" Jerit gadis itu apabila melihat isi bungkusan besar itu.
Ada 50 jenis kek potong lain perisa tersusun rapi."Buat apa membazir? Beli 2 atau 3 sudah cukup adinda rasa."
Lelaki itu hanya tersenyum manis. Dia hanya diam mengunyah kek pandan dan Puteri hanya menggeleng.
Siapalah hendak makan kek ini semua.
" Adinda ambil mana yang adinda mahu. Yang selebihnya adinda beri sahaja pada dayang dan hulubalang di istana adinda."
Puteri itu tersenyum menampakkan lesung pipit menawan. Itu yang buat dia jatuh hati pada putera ini.
Lelaki itu sangat pemurah orangnya. Setiap minggu ada sahaja makanan atau barangan yang akan diberi dari Istana Gerhana kepada Istana Alamanda.
Malah Negeri Gerhana mempunyai purata 0% rakyat miskin kerana kebijaksanaan ayahanda putera Tuah.
"Adinda sudah tidak merajuk bukan?"
Kacak sungguh apabila putera ini tersenyum. Haip, Baiduri, Jangan terlampau memuji sangat.
Buat biasa-biasa saja. Dia belum lagi menjadi suamimu. Jaga adabmu. Bisik hatinya perlahan.
" Siapa kata? Merajuk tetap merajuk ya! Terima kasih atas bunga dan kek ini. Selamat tinggal."
Gadis berambut perang paras pinggang itu berlalu dengan pantas masuk ke laman istana.
Aik? Merajuk tapi bunga dan kek ambil pula ya? Macam-macam perangai perempuan ni ya. Pening dia dibuatnya!
Putera Tuah menggeleng sambil tersenyum. Apa-apalah wahai baiduri sayang. Asalkan adinda bahagia!
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...