" Sudahlah adinda. Kanda yakin anakanda kita akan sembuh seperti sediakala kelak." Raja Almara menepuk bahu permaisurinya perlahan.
Puteri Baiduri kelihatan termenung panjang ke luar tingkap. Renungannya seolah-olah boleh menembusi langit biru itu.
"Tuanku usah khuatir. Patik percaya yang tuan puteri akan beransur sembuh jika dirawat di sini. Tabibnya antara yang terkenal di seluruh negeri."
Permaisuri hanya mengesat air matanya lalu tersenyum. Diwajahnya masih beriak risau.
"Jika kamu berkata begitu, ringanlah sedikit beban dihati beta."
Arjuna dan Darma hanya tegak berdiri berhampiran ketua kerajaan negeri beriklim sejuk itu.
"Ayahanda kamu sihat, Darma?"
Lelaki berambut ikal itu tersentak.
"Maksud tuanku? Patik tidak faham."
Lelaki bermisai nipis itu hanya ketawa kecil.
"Kamu anakanda Sultan Pasha bukan? Wajahmu amat mirip dengannya. Masakan aku tidak kenal sahabat lamaku."
Arjuna berusaha menyembunyikan senyumannya. Ha, kan tembelang sudah pecah! Manakala Darma masih beriak tenang dengan debaran di dada.
Sekali Raja Almara itu sahabat lama Sultan Pasha! Kecil sungguh dunia ini ya?
"Err ampunkan patik tuanku. Tuanku kenal dengan Sultan Pasha?"
Raja berjubah kuning itu tergelak besar mendengarnya.
"Sudah tentu, Darma. Masakan beta tidak kenal dengan partner in crime beta. Kening dan hidungmu itu mirip ayahandamu ketika muda dahulu."
"Betulkah?"
"Iya Darma. Ayahandamu tidak suka belajar. Baginda akan mencari berbagai helah untuk tidak hadir ke sekolah diraja. Namun begitu beliau amat pintar. Meski sering tidak hadir, markah ujiannya adalah yang tertinggi."
Darma cuma tersengih.
"Alhamdulillah, tuanku. Ayahanda dan bonda sihat seadanya."
Raja itu hanya tersenyum mendengarnya.
"Bagaimana dengan pengembaraan kamu? Seronok?"
"Sangat menyeronokkan tuanku. Pelbagai ragam dan budaya telah kami teroka."
Baginda hanya mengangguk. Susuk dua orang anak muda ini mengingatkan dia kepada persahabatan dia dan Sultan Pasha 50 tahun lalu.
Ketika itu masih muda dan gagah. Mereka juga seperti anak muda ini, suka mengembara untuk mendapatkan pengalaman.
"Tuanku kenal rapatkah dengan ayahanda? Sudah lamakah tuanku tidak berjumpanya?"
"Kami bersahabat sejak kecil dan membesar bersama-sama. Mengembara bersama, Namun terpisah ketika masing-masing sudah mendirikan rumah tangga."
"Kali terakhir beta berjumpanya ketika kamu masih bayi."
"Jadi tuanku tahulah tentang kisah silam patik?"
Wajah tenang ketua kerajaan itu berubah.
"Beta tidaklah tahu sangat. Cuma beta tahu siapa yang iri hati dengan ayahandamu. Beta juga tidak tahu bahawasanya orang itu benar- benar terlibat."
"Boleh tuanku cerita? Antara sebab patik mengembara adalah untuk mencari bekas dayang, hulubalang juga sahabat ayahanda yang tahu kisah disebaliknya."
"Kamu pasti? Kebenaran ini amat pahit untuk ditelan. Ia melibatkan orang dalam istana juga."
"Patik perlu merungkaikan semua ini, tuanku. Sudah lama orang tersebut terlepas, Bonda juga gering sejak patik hilang 30 tahun lalu. Patik harus berbuat sesuatu. Apatahlagi sejak dilantik menjadi pemangku sultan ini. Patik harus ambil peluang ini."
Raja Almara mengurut janggutnya. Baginda kelihatan terdiam beberapa saat sebelum menepuk bahu anak muda itu.
"Mari ikut beta ke istana. Kita perlukan tempat yang lebih tertutup untuk berbicara mengenai hal ini."
Arjuna dan Darma hanya mengangguk. Betul juga. Suasana rumah rawatan diraja itu terlalu terbuka.
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...