Kelahiran putera bhg 2

50 2 0
                                    

Imbas kembali
Kelahiran Putera Darma Andika

-Tengku Kamariah
-Tengku  Kalsum
-Permaisuri Tengku Karina (bonda Andika)

"Arghh!?" Sakit hatinya melihat senyuman Tengku Karina tadi. Sealan mengejek. Wajah comel si kecil pun dijeling dengan rasa meluat.

Habis semua hiasan di atas meja berselerak. Tengku Kamariah mengurut dada terkejut. Dia kembali mengait baju kecil yang hampir siap.

"Adinda! Mengapa ni? Habis barang adinda pecah itu!" Tegurnya terkejut.

Tengku Kalsum yang membelakanginya menoleh dengan wajah masam. Rambut hitam ikalnya berbuai ditiup angin melalui balkoni yang terbuka luas itu.

"Benci adinda melihat wajah Karina! Macamlah adinda tidak tahu dia mengejek kerana kita tidak punyai zuriat. Tahulah sudah melahirkan, mengejek kita pula."

Tengku Kamariah hanya menggeleng. Bila masa pula Tengku Karina mengejek mereka? Setahunya adinda bongsu mereka itu merendah diri orangnya. Cuma Kalsum yang salah sangka.

"Apa yang kamu cakap ni? Sudahlah, aku sudah siap mengait. Mari teman aku menggubah hadiah untuk anakanda saudara kecil kita."

Tengku Kamariah bangkit dari kerusi dan menghala ke timbunan barangan bayi yang diimport dari luar negara.

Dia tersenyum. Bayangan wajah comel si kecil terbayang di matanya. Naluri keibuannya tercuit. Sementelah perkahwinannya bersama Tengku bendahara Ismail selama 10 tahun tidak dikurniakan cahaya mata lagi.

"Tak mahulah, adinda! Adinda mahu ke Taman bunga!" Tengku Kalsum laju melangkah dan menghempas pintu bilik bacaan istana itu.

Dia yang bersimpuh hanya menggeleng. Hubungan Tengku Kalsum dan Tengku Karina memang tidak baik sejak kecil. Selalu sahaja berkelahi.

Ada sahaja yang tidak kena.

Takkan Kalsum cemburu pula?

"Adalah tu rezeki kita nanti Kalsum. Usah cemburu dengan Karina. Sudah rezeki dia untuk menimang cahaya mata dahulu."

Bisiknya sendirian umpama adindanya masih ada bersamanya dalam bilik yang agak besar itu.

Beberapa orang dayang turut bersimpuh berhampiran Tengku Kamariah untuk membantu.

"Kamu lekatkan sahaja ya. Biar saya yang balut nanti."

"Baik tengku."

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now