"Mawar itu sebenarnya masih isteri orang."
Arjuna memanggung kepala.
"Iya. Dia kan isteri saya."
Lelaki separuh abad itu mengeluh lembut.
"Maksud aku, semasa kamu menikahi Mawar, dia berstatus isteri orang!"
Dia serentak berdiri. Terkejut mendengar ulah lelaki berpakaian bangsawan itu.
" Temenggung jangan bilang sembarangan! Ini soal perkahwinan saya!"
Wajah tampannya berubah rona. Dari tenang kepada amarah. Mujur lelaki di hadapannya ini sebaya ayahandanya, jika tidak sudah lebam biji mata rasanya!
"Kau tak percayakan kata-kataku? Mari aku tunjukkan kamu sesuatu."
Beberapa keping gambar dikeluarkan dari celah album lama di atas meja.
"Kau tengoklah sendiri gambar ini dan menilainya dengan akalmu."
Gambar yang lusuh dicapai dengan kasar sebelum dia terkujat sendiri. Bagaikan ada sebatang pokok yang menghempap tubuhnya saat ini.
Tangannya mengigil saat anak matanya menyorot figura dalam gambar lama itu. Kelihatan Mawar dan seorang pemuda yang tidak jelas wajahnya dalam busana pengantin.
Matanya terpandang tarikh di sudut gambar. 18 Sept 1852? Berarti sudah 4 tahun usia gambar ini.
Jiwanya berkecamuk. Otaknya bercelaru memikirkan semua itu. Mengapa Mawar tidak pernah memberitahunya?
Di mana lelaki ini sekarang? Mengapa wajah lelaki itu seperti sengaja dikaburkan?
Gambar lusuh itu terlepas ke lantai. Anak matanya hanya terpaku ke rak gergasi perpustakaan diraja.
Temenggung bingkas bangun dan menepuk bahu lelaki muda itu.
"Terpulang pada kau, mahu percaya atau tidak. Aku hanya berkata yang benar sahaja. Aku pergi dahulu ya. Assalamualaikum."
Hanya bibirnya terkumat kamit menjawab salam temenggung itu. Hatinya sudah punah memikirkan semua itu.
Sampai hati Mawar buat abang begini ya? Mengapa sayang perlu berbohong?
Tidak semena-mena pandangannya bertukar gelap. Dia rebah ke lantai karpet berkualiti tinggi itu.
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...