Suasana Pasar pagi sesak dan meriah pada hari itu. Para peniaga ada yang sibuk melayan pelanggan, ada juga yang bersandar menghisap rokok menunggu pelanggan."Kau nak beli apa di sini?" Arjuna mengigit mee goreng yang dibungkus dalam plastik. Nak bersila makan tepi jalan, macam tak sopan pula.
Macamlah makan sambil berjalan, sopan ya Juna😂 Dia tersengih sendiri.
Lelaki berbadan tegap di sebelahnya sekadar membiarkan pertanyaan itu ditiup angin lalu. Dia leka melihat gelagat orang ramai membeli barang.
"Aku teringin makan laksa lah. Mari duduk sana." Ajakan Darma disambut dengan wajah teruja.
Darma hanya menggeleng apabila sahabatnya itu terlebih dahulu duduk di meja. Eh budak ni, aku yang ajak, dia yang laju! Haih.
"Laksa tiga! Teh ais dua!"
"Baik encik." Pelayan lelaki berlalu meninggalkan meja dua pemuda itu.
Darma bulatkan mata. Tiga? Bela saka agaknya budak ni!
Dia memandang Juna yang mengigit sisa mee goreng terakhir dan membuang plastik ke dalam tong sampah kecil berhampiran.
"Hehe aku laparlah. Sejak sampai istana semalam aku tak makan." Terang dia menayang gigi putihnya.
"Kau jadi kawin semula dengan Mawar?"
Hampir terjatuh Juna dari kerusi apabila mendengar soalan cepumas dari lelaki itu.
Dua gelas teh ais dihidang atas meja. Dia mencapai dan menghirup teh ais hingga setengah gelas. Sensasi sejuk menuruni kerongkongnya saat ini.
"Boleh bagi aku soalan lain, Darma? Bila Puteh nak beranak atau malam
ni kita nak makan apa?"Puteh adalah kucing betina kesayangan Arjuna. Ia sangat manja dan mesra dengan sesiapa sahaja. Hanya menunggu masa untuk bersalin si bulus itu.
Darma hanya tergelak kecil. Bahu sahabatnya ditepuk kuat.
"Sejak bila kau jadi sensitif? Sudah bertukar jantina?"
"Kalau aku jadi wanita, kau orang pertama aku goda, abang Darma Andika."
"Eee bodoh!"
"Abang bila mahu masuk meminang adinda, hmm." Matanya dikelipkan berkali-kali. Manakala Darma mencebikkan bibir tanda meluat.
"Geli bodoh! Berambus kau!"
"HAHAHA!"
Mereka berdua berdekah dengan drama yang direka sendiri. Seketika keadaan jeda apabila dua mangkuk laksa yang berasap terhidang depan mata.
"Terima kasih, dik." Darma tersenyum kepada pelayan itu.
"Aku serius ni. Kau mahu hidup bujang atau mahu beristeri?" Darma mencicip sedikit kuah laksa.
"Mengapa? Kau sudah tak sabar nak halau aku dari rumahkah?" Juna menjeling sahabatnya itu.
"Hish bukan macam tu. Sunyilah aku bodoh kalau kau tiada!"
Kalau bonda dengar memang kena pulas telinga sang putera ini. Mujur mereka berada di luar istana. Bonda sangat benci pada kata-kata kesat apatahlagi dalam istana.
"Aku selesa begini, Darma. Meski begitu, aku masih sayangkan Mawar. Namun kami sepakat mahu berkawan baik dan membesarkan Seroja bersama-sama. "
"Kau apa cerita? Macamlah aku tak tahu kau angau dengan Bakawali tu kan? Sampai kau peluk gambarnya saat kau tidur!" Sambung Arjuna. Semangkuk sudah licin, dia mencapai mangkuk kedua nya.
"Eh sial, itu gambar ibu akulah!" Telur rebus digigit perlahan oleh Darma. Dia menjeling tajam sahabatnya yang kuat mengusik itu.
Ibu Fatimah, ibu angkat yang telah membesarkannya senyap-senyap dengan bantuan Tengku Kamariah dan bonda kandungnya sendiri.
Juna hanya tergelak. Sengaja mahu mengusik putera itu.
"Lama kita tak lepak macam ni kan sejak kau sibuk dengan hal istana."
Darma hanya mengangguk. Dia agak sibuk seminggu dua ini. Ayanhanda telah memberi mandat penuh untuknya. Hari ini pun dia cuba mencuri masa. Malam ini dia perlu menghadiri makan malam istana negara seberang, Negeri Beringin.
"Maaflah kawan. Sebab itu aku curi masa hari ni. Otak aku tepu dengan banyak perkara. Huh."
Baru dia sedar bagaimana kuatnya ayahanda yang di usia senja menggalas tanggungjawab besar itu. Dia harus melatih diri jadi seperti ayahanda. Banyak lagi yang harus dia pelajari.
"Jom ikut aku makan malam di istana Beringin malam ini."
Kening Arjuna terangkat.
" Kecil tapak tangan, padang istana hamba tadahkan."
"Eh dia ni. Bersiap awal ya. Kau sudahlah bersiap macam perempuan! Terhegeh-hegeh!"
Darma menjeling menyampah sahabatnya itu. Teh ais disedut licin. Kalimah Alhamdulillah disebut perlahan.
"Ehe, untuk abang Darma, apa pun hamba sanggup!"
"Ei, aku tumbuk lebam juga budak ni!"
Juna sengih dan bingkas berlalu ke meja gerai untuk membayar. Baik dia lari sebelum betul-betul kena debik!
haha.
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Tiểu thuyết Lịch sửBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...