"Ini kediaman Mawar ya. Kamu akan tinggal bersama Seri, Jelita dan Manis."
Mawar tersenyum kepada tiga orang gadis yang berdiri di hadapannya.
"Aku Seri. Selamat berkenalan!" Seorang gadis berselendang menyapa riang.
"Namaku Manis." Sapa gadis berkebaya yang tunduk menekur lantai di sisi Seri. Sepertinya dia seorang pemalu.
"Aku pula Jelita. Kita berdua bakal berkongsi bilik! Akhirnya aku punya teman setelah 2 bulan tidur keseorangan!"
Mereka yang ada di situ serentak menghamburkan tawa. Gadis cantik berambut perang itu kelihatan ramah.
"Selamat datang, Mawar! Bertambah lagi seorang sahabat kami!" Seri mendepa tangan sebelum berpusing-pusing.
Manis hanya tersengih sambil menggeleng. Masak benar dengan sahabatnya itu.
Jelita pula membantu Mawar membawa beg kain berisi barangan peribadi Mawar.
"Eh, biar Mawar bawa. Menyusahkan Jelita sahaja!" Tegah wanita itu perlahan.
Gadis beralis tebal itu berpaling dan tersenyum.
"Tak mengapa. Mari, Jelita tunjukkan sekitar rumah ini."
"Itu bilik Manis dan Seri. Sebelah itu adalah bilik tetamu. Dan ini adalah bahagian dapur."
Mereka tiba di sebuah ruang luas yang lengkap dengan peralatan dapur.
"Wah. Luasnya!"
Jelita hanya tersenyum.
" Kitakan pembantu bahagian dapur. Sebarang menu baru atau percubaan memasak, selalunya akan dilakukan di sini sebelum dibenarkan menggunakan dapur istana. Sebab itu dapur kita lebih luas dan lengkap dari rumah dayang-dayang lain."
Mawar mengangguk. Oh begitu.
"Jemput duduk Mawar. Ada nasi lemak dan kuih muih tu. Seri buatkan air ya."
"Eh, tak usah. Mawar masih kenyang."
"Air buatan seri sedap sungguh. Hingga pengawal tergilakan air tangannya." Bisik Jelita.
"Hei, aku dengar ya, Jelita. Ah, usah dengarkan katanya. Bukan boleh dipercaya!"
Mawar hanya tersengih. Dia suka melihat keakraban sahabat ini. Rindu pula pada sahabatnya di kampung.
"Berapa jumlah rumah dayang yang ada di sini?" Soal Mawar sambil melabuhkan duduk di meja makan.
" Semuanya ada 101 buah rumah." Manis menjawab sopan.
" Banyaknya!" Melopong mulut Mawar.
"Lihat itu." Jendela ditolak luas. Dari situ dia boleh lihat deretan rumah tersusun rapi. Gunung ganang sebagai latar belakang, menambahkan lagi keindahan suasana penempatan pekerja istana.
"Apa nama penempatan ini?"
" Rumah Ahli Istana."
"Oh. Semua yang tinggal di sini adalah pekerja istana?"
"Ya. tepat sekali. Oh ya, Mawar asal dari mana ya?" Jelita mengigit kuih bingka perlahan.
"Kampung Cahaya Bulan."
Mata mereka bertiga membulat.
"Itu bukan perkampungan pembesar istanakah?"
Mawar tersengih.
"Ya. Aku adalah anak kepada arwah temenggung Ali."
"Wah. mesti seronokkan tinggal di sana. Khabarnya rumah di sana semuanya besar-besar."
"Tidaklah, Seri. Sama sahaja seperti perkampungan lain di sini. Tiada yang istimewa. Kamu bertiga pula berasal dari mana?"
" Oh begitu. Aku dari kampung Hulu Beris. Seri berasal dari daerah Funan, Kampung Cahaya Bersinar dan Manis pula dari Kampung Hulu Tenggara."
Mawar mengangguk perlahan. Rupanya mereka berasal dari perkampungan jauh dari sini.
"Jemput makan. Jangan malu-malu. Mulai hari ini, rumah ini sudah menjadi rumah Mawar juga." Manis bersuara. Gadia itu lebih banyak diam. Dia leka mengait baju.
Dia berterima kasih sebelum membuka bungkusan daun pisang yang terhidang di hadapannya. Baunya sungguh harum menyeluruhi selutuh ruang dapur.
"Jemput makan. Jelita yang buat. Sedap tahu!"
"Kau sindir aku ya?" Jelita membulatkan mata.
Seri meletakkan teko dan beberapa biji cawan ke atas meja.
"Aku memuji, Jelita. Salahkah?" Dia menayang barisan giginya yang putih.
"Sedapnya!" Mawar terjerit kecil. Inilah kali pertama dia merasa nasi lemak sesedap itu. Seperti...
Seperti nasi lemak buatan arwah ibunya!
"Betul kan kataku?" Seri menjongket keningnya melihat Mawar makan dengan berselera.
"Biasa sahaja, Mawar. Resepi hasil turun temurun nenek moyangku. Itu yang istimewa."
"Makanlah. Sebentar lagi, kami akan bawa Mawar berjalan ya."
Mawar hanya mengangguk. Dicapai air putih di sisi dan meneguk perlahan. Hatinya sedikit lega. Siapa sangka dia sudah mendapat kawan baru?
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...