"Ambil anak ini. Kau buang di pinggir hutan sana. Biar dimakan harimau. Baru puas hati aku."
Dayang Amina tercengang sambil merenung bayi kecil dalam dukungannya.
Buang di pinggir hutan?Bayi sekecil ini?
"Tunggu apa lagi!? PERGI SEKARANG!?"
"B-baik tengku..."
Dayang Amina keluar dengan berhati-hati agar tidak mengejutkan dayang lain yang nyenyak tidur dalam bilik masing-masing.
Mujur bayi kecil itu nyenyak tidur. Janganlah terjaga, kalau tidak habislah dia. Pasti dihukum oleh Tengku nanti.
Dengan bantuan seorang pengawal, akhirnya dia berjaya melepasi pintu istana dengan aman.
"Ke mana arah tuju mu, Mina?"
Pengawal Halim berbisik sambil matanya meliar ke kiri dan kanan.
"Aku mahu ke pinggir hutan sana. Kau jangan ke mana-mana. Tunggu aku pulang ya."
Pengawal Halim hanya mengangguk. Mujur pada jam ini para pengawal bertukar giliran. Jadi keadaan istana agak lengang.
Dayang Amina berjalan dengan hati yang resah. Pelbagai soalan bermain dalam fikirannya. Suasana gelap malam itu hanya dibantu dengan cahaya bulan sahaja. Langkahnya diatur dengan hati-hati agar tidak tersadung.
Mengapa Tengku sanggup buat begini? Tidak sayangkah dia terhadap anakanda saudaranya ini? Wajah kemerahan anak kecil itu ditenung lama.
"Kamu buat apa di sini!?!"
Langkah Dayang Amina terhenti. Wajahnya pucat tidak berdarah. Jantungnya seakan terhenti.
Habislah dia!?
🔥🔥🔥
Suasana ruang bawah tanah yang kotor berdebu itu sangat menyiksa jiwa. Dengan bau hapak dan hancing menusuk hidung sesiapa sahaja yang turun ke sini.
"Pengawal Halim...."
"Dayang Amina..."Dua susuk itu terduduk di lantai, dengan kedua tangan diikat ke hadapan. Dihadapan mereka kini, seorang wanita berselendang biru berdiri dengan wajah serius.
Berkerut wajahnya.
"Betul hanya kamu berdua yang terlibat dalam rancangan menculik putera kecil Andika?"
"Y--ya. Tengku..."
"JANGAN BERANI BOHONGI AKU YA?! INGAT, HUKUMAN MATI MENUNGGU KAMU BERDUA!? JANGAN CUBA HENDAK LINDUNGI SESIAPA!?"
Terhenjut bahu mereka berdua dengan suara pekikan wanita itu. Baru kali ini mereka melihat wanita bangsawan itu marah benar.
Salah mereka juga!
"T-tiada tengku. H-hanya kami berdua sahaja." Dayang Amina menunduk menahan rasa takut.
"JANGAN TIPU!?"
"B-betul tengku. Kami hanya dua orang. Jika ramai, bimbang disyaki nanti."
"Hmm.. Siapa yang arahkan kamu berdua buat perkara terkutuk itu? Tahukah kamu, buat aniaya kepada keluarga kerabat, hukumannya mati!?"
"M-maafkan kami."
Wanita itu menggeleng. Hatinya dipagut kesal. Sanggup mereka bersubahat dalam perkara besar ini. Gila sungguh!
"Sudah ditangkap baru menyesal. Sudah terlambat!? Kamu, dayang. Apa kamu tidak punya anak? Hingga sanggup menculik bayi sultan yang tidak berdosa?"
"P-patik...S-saya..saya.."
"SAYA APA?!"
"Patik terpaksa, tengku. Patik perlukan wang untuk teruskan hidup. Su-suami patik telah lari bersama wanita lain.."
"Bukan alasan kamu untuk berbuat khianat seperti ini!?"
"M-maafkan kami, tengku!?"
Tiba-tiba datang seorang wanita menyerbu dan menarik selendang Dayang Amina yang terjelepuk di atas tanah berdebu itu.
"Tak guna!? Mana anakanda beta!? Sanggup kamu menculik bayi yang tidak berdosa!?"
Wanita itu terkejut dan memegang bahu Permaisuri yang sudah hilang kawalan.
"Pengawal, tolong pegang permaisuri dan bawa ke bilik baginda. Bagaimana boleh sampai ke sini!?"
Dua orang pengawal terkocoh-kocoh memegang permaisuri yang sudah meronta-ronta memukul Dayang yang bersalah itu.
"Kamu berdua akan dihukum mati!? Beta takkan lepaskan kamu!?"
Pekik permaisuri yang dibawa pergi oleh dua pengawal yang tegap.
"Baik kamu mengaku sekarang!? Kalau tidak, aku akan hukum kamu dengan hukuman mati. Tiada kompromi!?"
"K-kami takut, tengku." Dayang Amina menekur pandangan ke lantai yang berdebu. Sesekali dia terbatuk-batuk menahan perit.
"Kamu takut apa!?" Wanita bangsawan itu mencerlung tajam.
"Keluarga kami akan dibunuh jika kami bocorkan rahsia ini."
"Kamu jangan risau. Aku buat ini secara senyap. Tuanku masih tidak tahu. Aku akan jamin keselamatan keluarga kamu berdua."
Keadaan jeda seketika. Mungkin mencari kekuatan untuk berterus terang.
"I-ini semua atas arahan tengku..." Pengawal Halim meneguk air liur pahit. Debaran menguasai dadanya.
Wanita bertaraf bangsawan itu terkejut.
"Kamu tidak menipu?" Keningnya serta merta bertaut.
Kedua tahanan yang comot dengan tanah dan debu itu serentak mengangguk.
Rahangnya seakan mahu jatuh. Dia terduduk namun dipapah oleh pengawal berdekatan.
"Bawa mereka berdua ke dalam penjara! Esok aku akan kemari lagi!"
Wanita bangsawan itu memegang jubahnya agar tidak terkena debu di lantai penjara.
"Baik, tengku!"
"Awasi mereka dengan ketat!? Hanya aku yang boleh melawat mereka. Jangan beri akses kepada sesiapa!"
"Menurut perintah, tengku!"
Wanita bangsawan itu keluar dari situ dengan wajah serius diiringi oleh beberapa orang pengawal utamanya.
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...