22. Kisah hitam Diraja

132 12 0
                                    

" Juna pergi dahulu ya. Jaga dirimu baik-baik."

Dahi isterinya dicium sekilas. Cawan berisi kopi diletakkan di sisi Mawar.

Tubuh tegap itu kemudian berlalu dengan tergesa-gesa.

"Suamimu mahu ke mana?"

Mawar tersentak. Dia menampar lembut bahu Melati yang muncul secara tiba-tiba itu.

"Bila kau muncul Melati? Terkejut Mawar!"

Dia masih mengurut dada dek kerana terkejut. Sedangkan gadis bertocang satu di sisinya hanya tersengih.

"Aku dari rumah. Saja mahu tanya khabar pengantin baru." Usik gadis itu sambil mencicip kopi.

"Hesh kau ni. Sudah dua purnama kami bergelar suami isteri. Sudah basi." Mawar menayang gigi.

"Eh, kurang sopan pula aku ini. Halal ya kopi ini." Ulah Melati membuatkan Mawar tertawa kecil.

"Sudah licin, baru minta izin ya?"

Mereka berdua ketawa serentak.

"Bagaimana?"

Mawar menjongket kening. Bingung.

" Bagaimana apa?"

"Abang Arjunalah. Aku lihat bukan main lebar sengihanmu. Syukur Arjuna menjagamu dengan baik."

Mawar tersenyum.

"Syukur. Dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Cuma dia agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Katanya putera Sultan yang sekian lama hilang, sudah ditemui."

"Hah!?"

"Aku tidak mengetahui secara mendalam. Hanya tahu apa yang Juna beritahu. Rahsia diraja tidak boleh dirungkai sangat. Lagi-lagi Juna pekerja di istana. Protokol wajib diikuti."

Melati mengangguk. Wajahnya masih menunjukkan riak terkejut. Mesti khabar itu akan merebak ke seluruh kampung kelak.

Putera raja yang hilang selama 28 tahun sudah ditemui! Namun ada juga khabar angin mengatakan putera sudahpun mangkat kerana gering semasa bayi.

Entah mana yang benar.

" Aku sangka Putera sudah mangkat. Bukankah baginda gering ketika masih bayi?" Melati menyoal.

"Entahlah Melati. Aku pula sangka putera hilang diculik. Kata sahabat ayahku, angkara adik permaisuri yang hasad."

"Paduka Kasmun?"

"Ya. Paduka Kasmun menikah dengan Panglima Garang sudah lama, namun belum dikurniakan zuriat. Ketika Permaisuri Dayang hamil, tentulah Paduka Kasmun iri hati sama kekandanya."

" Maksud Mawar, Baginda putera diculik, bukan mangkat?"

Mawar mengangguk. Karipap pusing dikunyah perlahan. Masih terngiang lagi suara arwah ayahandanya ketika bercerita tentang kisah itu.

"Tepat ketika baginda berusia 8 bulan, baginda dikhabarkan hilang dari tempat tidurnya. Habis seluruh isi istana digeledah, namun baginda tidak dijumpai. Baginda permaisuri sudah bagai tidak siuman kerana kehilangan anakanda kesayangan."

"Semua dayang dan hulubalang yang bertugas pada ketika itu dibuang kerja serta merta. Mereka dituduh cuai dalam menjaga baginda putera."

Melati membulatkan mata. Wah, misteri sungguh. Sungguh tak sangka keluarga diraja ada menyimpan rahsia yang sebegitu misteri.

"Tapi mengapa dihebahkan bahawa baginda putera mangkat? Mengapa tidak beritahu saja rakyat jelata berita yang sebenarnya?"

Mawar tersenyum. Soalan yang serupa diajukan kepada ayahandanya tidak lama dahulu. Kini gilirannya pula menjawab kemusykilan itu.

"Baginda raja mahu peristiwa hitam itu dirahsiakan dari pengetahuan umum. Kalau tersebar luas, habislah integriti dan maruah diraja."

"Apa pendapat kau, jika ada orang diculik di tempat yang penuh dengan kawalan yang ketat?"

Melati merenung lambaian pohon kelapa yang ditiup angin pagi.

" Tempat itu tak selamatlah. Jika kawalan ketat, mustahil orang boleh hilang? Kalau berjaya masuk pun,  pasti orang jahat sudah ditangkap bukan?"

Mawar mengangguk berpuas hati dengan buah fikiran sahabatnya itu.

"Bijak juga sahabat aku ini ya!" Dia tersenyum senang.

Melati mencebik sambil membelai kucing Mawar yang menempel disisinya.

"Hei, aku spm pangkat satu tau! Cuma tak berpeluang sambung saja!"

Mereka serentak menghamburkan tawa.

"Ya tekaan kau itu benar. Demi menjaga imej istana, kisah hitam itu dirahsiakan dari umum. Hanya orang tertentu sahaja yang tau."

"Tapi aku musykil..."

"Apa dia?"

"Boleh pula ayahandamu beritahu kisah itu padamu, Mawar?"

Mawar tersenyum pahit sambil menjongket bahu.

"Itu adalah kisah terakhir darinya sebelum dia berangkat menemani sultan dan kembali dengan jasad kaku."

Melati merapatkan tubuhnya. Dia mengesan aura kesedihan bakal menimpa mereka.

"Kita sedekahkan Al Fatihah ya. Aku tahu kau kuat. Sekurangnya kau ada Arjuna untuk menjagamu."

Mawar menyeka air matanya seraya mengangguk perlahan..Tuhan menarik satu nikmat, dan Dia menggantikan dengan nikmat lain yang dia tidak pernah jangka.

Seorang lelaki yang penyayang dan melayannya dengan sangat baik. Patutlah ayahandanya dahulu, ada bertanyanya tentang pandangannya tentang Arjuna.

Mungkin.ayahanda sudah berkenan pada jejaka itu. Namun pada masa yang sama, dia tidak mahu memaksa puterinya.

Terima kasih ayahanda. Pilihan ayahanda sangat tepat. Mawar bahagia hidup dengan Arjuna. Ayahanda usah risau tentang Mawar ya. Rehatlah sepuasnya.

"Mawar?"

Dia menoleh dengan air mata bertakung.

"Mari ikut aku. Kita ke satu tempat."

"Hah? ke mana?"

Mawar mengambil dulang berisi cawan dan piring berisi sisa karipap untuk dibawa ke dapur.

"Bak sini." Melati mengambil dulang di tangannya.

"Biar aku kemas. Kau lekas bersiap."

"Eh, tapi.."

Melati tersenyum sambil menepuk lembut bahu sahabatnya itu dan melangkah ke dapur.

" Lima minit saja. Lambat aku tinggal ya!" Laung Melati dari dapur. Kedengaran keletang keletung cawan dibasuh di tempayan.

"Yalah. "  Mawar menolak daun pintu kayu dan masuk ke dalam.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now