"Apa!?! Anakanda Andika hilang?
"
Tengku Kamariah bingkas bangun dan menyambar selendang merah di penyangkut. Wajah kedua dayangnya dipandang sekilas."Mari kita ke sana!"
"Baik tengku!"
Jantungnya seakan berhenti berdegup. Si kecil hilang? Bagaimana? Bukankah kawasan Istana Seloka dijaga rapi?
Wajah karina yang basah dengan air mata dipandang sayu. Tubuh adik bongsunya ditarik ke dalam pelukan.
"Sabar ya adinda. Kanda pasti Andika akan ditemukan. Pasti dia masih berada dalam istana."
Permaisuri Karina hanya tersedu sedan dalam pelukannya. Selendang yang terlucut dibetulkan. Rambut perang adiknya dielus lembut.
Pintu kamar yang terbuka dipandang sepi. Pengawal yang kelam kabut berlari melepasi pintu. Mungkin Sultan Pasha mengerah semua pengawal istana seramai 30 orang mencari anakanda yang masih kecil.
"Adinda baru mahu menyusukan Andika, kanda. Tahu-tahu dia sudah hilang di katil kecilnya itu."
"Ada sesiapa bersama adinda dalam bilik ketika itu?"
"Adinda dan tiga orang dayang sahaja."
"Mawar, panggil tiga orang dayang menghadap saya sekarang. Ada hal yang ingin saya tanyakan pada mereka."
Tegas suara Tengku Kamariah. Dia pasti antara mereka bertiga ada yang terlibat. Mustahil si kecil itu boleh berjalan sendiri. Mahu meniarap pun tidak reti lagi.
Dia menghela nafas berat. Dia berazam mahu menyiasat sendiri kes ini. Kebiasaan kes orang dalam seperti ini jarang dapat diselesaikan kerana ada campurtangan kotor.
Jadi dia perlu buat siasatan sendiri. Rahsia!
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Tiểu thuyết Lịch sửBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...