"Jadi makciklah yang selamatkan saya pada ketika itu?" Andika membetulkan duduk. Sesekali air kopi panas dihirup perlahan.
Wanita berselendang biru lembut itu hanya tersenyum. Manakala Arjuna membulatkan mata.
Mak cik? Bukan sepatutnya wanita separuh abad itu dipanggil tengku kah?
"Tenang saja, Tengku sendiri yang menyuruhku memanggilnya begitu. Lebih mesra katanya." Bisiknya di telinga lelaki bertubuh kurus itu.
Arjuna mencebik. Mahu cover konon. Padahal sudah tersasul.
"Ya, makcik telah mengikut dayang itu secara senyap-senyap sehingga ke pinggir hutan."
Arjuna dan Darma Andika memberi perhatian sepenuhnya dengan cerita wanita itu. Makin menarik nampaknya kisah silamnya itu.
"Kemudian?"
"Amboi, tak sabar ya? Kamu ingat ini cerita wayang kah?" Senyum Tengku Kamariah.
Pemuda berdua itu tersengih menayang gigi. Nampak sangat keterujaan mereka berdua.
"Makan dahulu. Makcik buatkan kamu lepat pisang, kariapap pusing dan onde-onde."
Mereka hanya mengangguk dan mengambil kuih sebiji seorang.
"Kemudian...."
❤️❤️❤️
Imbas kembali...
30 tahun lalu..
"AKU KATA DIAM!?"
Seorang wanita yang diikat tangan ke belakang tersedu menahan tangis. Wajahnya ditunduk perlahan menekur lantai penjara bawah tanah yang hapak dan berdebu itu.Dadanya berdetak laju. Air mata yang laju menuruni pipi diseka perlahan. Tuhuhnya terketar-ketar menahan perasaan takut ketika ini.
Tak sangka dia akan ditangkap.
Seorang lelaki yang turut diikat disampingnya hanya membisu dengan wajah yang penuh lebam-lebam.
Sekeliling penjara itu kelihatan suram kerana tiada tingkap dibina untuk mengurangkan risiko banduan lari dari tahanan istana.
"Semua boleh pergi dulu. Tinggalkan saya di sini."
Tiga orang hulubalang hanya mengangguk dan berlalu menuju ke laluan panjang yg berbau hamis itu.
Hanya ada pegawai penjara yang mengawal di kanan dan kiri dua tahanan tadi.
"Tak sangka kamu berdua sanggup melakukan perbuatan seperti ini."
"Kami meletakkan kepercayaan kepada kamu untuk menjaga istana, berani kamu berdua khianati ya?"
"Ma...maaf t..tengku. K..kami hanya mengikut arahan."
Wanita berpakaian mewah kuning emas itu mencerlung garang.
"Siapa yang memberi arahan sedemikian?"
"P..patik tidak boleh.."
BAM!?!
Debu-debu jatuh ke tanah apabila cemeti di pukul ke dinding. Habis terbatuk pengawal yang berjaga di sekitar.
"Katakan saja!?! Kamu tahu kan akibat dari perbuatan kamu ini?"
"T..tahu t..engku tapi..."
"TAPI APA!?!" Tengking wanita berdarah diraja itu lagi. Mana tidaknya, kalau dia tidak cakna, entah apakan jadi pada si kecil yang tidak bersalah itu.
"K..kami diancam tengku. Keluarga kami akan dibunuh jika kami membongkar segalanya." Pemuda yang berdiam tadi mula bersuara.
"Tengku, maaf menganggu. Tapi ada dua buah rumah hangus terbakar di kawasan penempatan pekerja istana."
"Lalu apa kaitannya dengan aku di sini?" Tengku Kamariah mendegus apabila mendengar khabar yang tiada mengena dengannya.
Yang dia tahu sekarang dia harus menguruskan dua pesalah ini.
"Dua rumah itu merupakan rumah mereka berdua...."
"Ya Allah!?!" Wanita yang terikat meraung sekuat hati apabila mendengar khabar itu.
Lelaki di sisinya pula hanya mengetap gigi menahan sedih dan geram.
"Bagaimana dengan keluarga kami?"
Soalnya dengan suara serak."Tiada nyawa dapat diselamatkan kerana api sangat marak. Hanya kedengaran suara meminta tolong dari dalam rumah."
"Maaf kami sudah cuba sedaya upaya namun gagal. Api sangat marak."
Merah padam wajah pemuda tersebut. Ibu, adik maafkan abang.
"Jadi, kamu mahu beritahu atau tidak? Sebab itulah kamu harus selidik dahulu apa niat seseorang sebelum kamu terima sebarang kerja."
"Lihat sekarang, bahkan aku pun tidak mampu melindungi keluarga kamu."
Tengku Kamariah mengeluh. Rasa amarah tadi terhakis sedikit.Terselit rasa simpati pada nasib dua pekerja istana itu.
"Baik kamu beritahu aku. Aku akan jamin keselamatan kamu berdua. Aku janji."
Dua tahanan itu hanya memandang antara satu sama lain sebelum kembali mendongak.
"Kami...."
🔥🔥🔥
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...