Beberapa hari yang lalu..
Imbas kembali...
"Boleh Mawar bertanya?"
Lelaki itu menguntum senyum. Dia menghirup sedikit air coklat panas. Suasana petang di tepi sawah itu nyaman sekali. Sesekali angin lembut berpuput lembut menamoar wajah.
"Boleh. Seratus soalan pun boleh untuk Mawar. Apa dia?"
Dia merenung kuih ketayap dan lepat pisang di pinggan. Dua biji cawan berasap nipis terletak cantik di tepi piring. Hatinya berbolak balik. Hendak bertanya atau tak?
Ayam berkejaran sesama sendiri ditenung lama. Hah, gasaklah, tanya sajalah. Bukannya Arjuna makan orang.
Terang lagi bersuluh lelaki itu sedang makan kuih. Setakat ini tiada lagi tanda yang lelaki itu berubah selera menjadi kanibal kan?
"Mengapa Mawar seorang sahaja yang memanggil Arjuna dengan nama Arjuna? Bukan Kasturi seperti kebanyakan orang?"
Ya, semua orang di kampung itu memanggil lelaki itu dengan nama Kasturi. Hanya Mawar seorang diharuskan memanggilnya Arjuna.
Pelik bukan?
Lelaki itu ketawa kecil. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang terjuntai di dahi.
"Mawar ada buat kelakarkah?" Gadis itu hairan. Eh, lelaki ini kan. Hempuk baru tahu!
"Ampunkan patik, tuanku. Terasa geli hati pula dengan soalan tuanku tadi."
Jawapan lelaki itu ternyata tidak memuaskan hati Mawar. Dia merengus geram.
Dia lantas tunduk mengutip batu kecil dan melontarkan kepada lelaki itu.
"Wow..wow..Ini tidak adil tuan puteri. Patik diserang sedangkan patik tiada perisai."
"Padan muka tuan hamba" Gadis itu hanya menjelirkan lidah. Kemudian dia bangun dan menyarung selipar.
"Eh, Mawar mahu ke mana?"
Lelaki itu bertanya. Takkan sudah mahu pulang? Aduh, Arjuna. Itulah, mengusik lagi kan. Padan muka!
"Eh, jangan!" Suara lelaki itu sedikit tinggi.
Mana tidaknya, gadis itu ingin mengangkat batu sederhana besar tidak jauh dari situ.
"Kesiankanlah patik. Kalau hancur muka kacak patik ini bagaimana? Membujang sampai tualah gamaknya!"
Mawar mengerutkan dahi. Apalah lelaki ini merepek?
"Apa Arjuna merepek? Mawar cuma hendak membasuh tangan di sini. Lagipun manalah Mawar larat angkat batu ini."
Gadis itu menyimpul senyum. Dia menunjukkan bekas tempayan kecil di tepi batu besar itu.
Dia masih waras. Takkan nak baling batu ni pulak. Dalam marahnya, ada terselit juga sayang pada lelaki itu.
"Manalah tahu. Kan Arjuna endahkan soalan Mawar tadi." Lelaki itu tersengih.
"Hah, cepatlah jawab."
Lelaki itu mengalihkan pandangannya kepada sawah terbentang luas itu. Satu ketenangan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Lagi-lagi apabila berkelah bersama pujaan hati.
"Cuba Mawar melihat burung-burung pipit itu."
Sekumpulan burung pipit yang terbang menghampiri padi tidak jauh dari mereka. Seketika mereka mengeluarkan bunyi nyaring dan bersahutan.
Gadis itu turut merenung sekumpulan burung pipit itu.
"Cantik." Gumam lelaki itu perlahan.
Mawar menoleh. "Apa yang cantik?"
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...