Kisah rakyat jelata 1

44 2 0
                                    

"Apa kecoh-kecoh ni?"

Darma keluar dengan terpisat-pisat apabila terdengar kekecohan yang berlaku di luar. Sepuluh minit juga dia termenung tadi, mamai. Baru sedar yang dia di rumah pengawal Ghani.

"Tolonglah tuan! Ini sahaja saya ada! Nanti dapat duit hasil padi, saya janji saya bayar..."

"Ahhh! Kisah apa aku! Baik kau bagi sekarang sebelum aku bakar rumahmu ini!" Jerkah satu suara garau.

Empat orang lelaki berbadan besar dan bengis berlalu dengan kereta lembu setelah dapat apa mereka inginkan. Mujur ketika itu semua jiran tetangga sudah keluar membajak sawah padi. Jika tidak pasti kecoh.

"Oh, Itu pengutip cukai. Dalam kawasan ini cuma abang Khalid seorang sahaja yang belum lunaskan. Dia agak susah. Anak ramai, dan padinya juga tidak menjadi sejak belakangan ini. Dimakan burung."

"Maafkan saya, kamu tak apa-apa?"

Seorang lelaki berwajah muram berpaling. Dia hanya menghadiahkan senyuman hambar.

"Ya, saya tak apa-apa. Kejadian tadi setiap bulan saya akan hadapi. Semakin mahal ya cukai sekarang? Dari tiga ringgit jadi sepuluh ringgit." Keluhnya perlahan.

Darma terkejut. Siapa yang tetapkan cukai semahal itu? Bibirnya diketap perlahan.

"Abang! beras habis...Tengahari ni saya masak ubi dan kelapa parut saja ya?" Seorang wanita muncul di muka pintu rumah kecil itu. Dua anak kecil dalam lingkungan empat dan enam tahun bermain kejar-kejar di halaman.

"Baiklah Jah. Asal ada makanan untuk kita anak-beranak. Abang ke kebun dululah ya."

"Baik, bang. Hati-hati jalan."

Topi besar dicapai dan dia menapak perlahan menjinjit bakul besar. Seketika dia tersenyum ke arah lelaki asing itu.

"Sahabat Ghani ya? Tidak pernah nampak sebelum ini."

"Iya saya."

"Maaf ya, Saya mahu ke kebun jagung dulu. Mana tahu ada pokok yang berbuah boleh dijual ke pasar petang ini. Kalau tak, tak berasaplah dapur saya."

"Boleh saya ikut saudara ke kebun saudara?"

Khalid mengangguk dengan senyuman di bibir.

"Boleh. Marilah...."

❤️❤️❤️

"Khalid!"

Lelaki dalam linkungan 20-an termengah-mengah menghampiri mereka. Gayanya seperti marathon satu kampung.

"Ha, Jamal. Dari mana?"

Peluh di dahi dikesat dengan tuala goodmorning. Boleh tahan panas cuaca hari ni. Bakul yang sudah dipenuhi jagung dan tomato dikerling sekilas.

Alhamdulillah. Mujur ada juga pohon yang berbuah meski bukan musimnya. Tak sia-sia dia berbudi pada tanah selama ini.

Kalau hendak diharapkan pada tanaman padi, hanya dua kali setahun. Kadang-kadang hasil tak banyak, hanya makan anak beranak saja.

"Dari rumah. Ni aku bawak benih padi."

Jamal meletakkan karung berisi anak padi atas tanah. Benih yang terpilih akan direndam selama 3 hari 3 malam sebelum ditabur pada tapak semaian.

"Ada orang datang minta cukai pagi tadi?" Soal Jamal sambil menyalakan rokok daun.

"Hmm ada.." Jawab Khalid tenang.

"Melampaulah. Mengapa cukai naik mendadak? Bulan lepas baru tiga ringgit. Tiba-tiba naik hingga sepuluh ringgit. Mereka ingat kita ni cop duit? Duit pun jarang ada." Keluhnya perlahan.

"Jiran aku, Mak Munah, tak mampu bayar. Habis digeledah rumah orang tua itu. Sudahlah ibu tunggal, berapa sangatlah hasilnya menjahit. Kasihan betul. Aku tolong takat aku mampu saja. Aku pun kadang-kadang makan sehari sekali, Lid."

Agaknya begitulah nasib mereka sebagai pesawah dan petani. Hidup mereka sudahlah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Ditekan pula oleh orang kaya, pemungut cukai yang cekik darah.

"Apa sebenarnya terjadi?" Darma yang sekian lama menyepi memecah kesunyian.

"Eh, kau bawa kawan baru ya, Khalid?" Sengihnya menghulur salam perkenalan.

"Kawan Ghani."

"Ohhh... Aku Jamil. Anak jati kampung Kuala."

"Aku Darma dari kampung Rembulan."

"Oh, anak nelayan rupanya.."

Darma hanya sengih mengiyakan. Memang dia membesar di Kampung Rembulan. Penduduk di situ kebanyakan bekerja sebagai nelayan kerana perkampungan itu terletak di persisiran pantai.

Langit yang cerah direnung seketika. Suasana panas terik sudah bertukar redup. Sesekali terdengar bunyi sekawan burung berkicau dan berterbangan di langit.

"Entahlah Darma. Sejak belakangan ini nasib kami teraniaya. Sudahlah sesetengah  berhutang dengan tauke mesin padi dan tuan tanah,  cukai pintu pula naik harga."

"Takkan tak ada yang bersuara?"

"Sudah banyak kali kami buat demonstrasi aman di hadapan rumah orang kaya Kassim, yang merupakan pemilik kebanyakan sawah padi di sini. Tentang harga sewaan sepetak sawah yang terlampau mahal. Namun tiada respon dari tuan badan."

"Berapa tan kamu boleh dapat selalunya?"

" Sekitar lapan ratus kilogram untuk dua ekar sawah peninggalan ayah saya. Dan bukan semua dapat pada saya pun."

Darma tekun menulis sesuatu di buku kecilnya.

"Kalau musim kemarau, bagaimana kalian dapatkan bekalan air?"

"Kami terpaksa mendapatkan bekalan air di sungai berdekatan. Selalunya padi akan rosak atau padi tiada isi kerana sungai itu sudah tercemar."

"Sungai tercemar?"

"Ya, sejak ada kandang babi besar-besaran di sebelah sana. Habis sungai dipenuhi najis yang dilepaskan begitu sahaja."

Darma terpegun. Kandang babi?

"Takkan tiada rungutan lansung?"

Nafas berat dihela.

"Kami hanya orang miskin, Darma. Merungutlah sehingga tahun depan pun, tak ada sesiapa nak dengar. Sudahnya orang atas juga yang kaya raya. Kami yang  miskin ni, jadi makin papa kedana."

Pen disangkut pada baju kemejanya. Ada banyak soalan ingin disoal pada Orang kaya Kassim.

"Boleh kau tunjukkan rumah Orang Kaya di kampung ini?"

"Boleh. Nanti petang lepas aku selesai memindahkan anak padi, akan kutunjukkan ya."

Darma mengangguk. Dia juga turut bangun mengikuti mereka ke petak sawah.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now