Negeri Alamanda 2

52 2 0
                                    

Flashback 2
Puteri Baiduri & Puteri Bakawali

Puteri Bakawali tersenyum melihat bahan masakan dihadapannya itu. Tangannya sedang lincah memotong ayam.

Dihadapannya terdapat hirisan bawang, hirisan cili dan juga bahan-bahan lain. Hari itu dia mengarahkan supaya semua tukang masak menyediakan bahan sahaja.

Biar dia yang memasak hari ini. Mujur Raja dan Permaisuri perkenankan hasrat puteri kesayangan mereka itu. Mereka amat arif tentang kesukaan puteri mereka yang satu itu.

Memasak!

Ayam dibasuh bersih dan dilumur dengan garam kunyit. Bahan tumisan pula dicampak ke dalam kuali sebelah. Harum semerbak menyelubungi dapur istana.

"Tuan puteri!"

Dia menoleh ke arah suara itu. Wajah ketua tukang masak kelihatan cemas nampaknya. Wanita separuh abad itu termengah-mengah seketika.

"Puteri Baiduri mengamuk di dalam biliknya. Dayang Hanim bilang, habis dibaling semua barang dalam biliknya."

Bakawali tersentak. Adindanya buat onar lagi? Dia menggeleng perlahan.

"Buat hal lagi dia ini, haih." Rungutnya perlahan. Apron dicabut perlahan. Dipandang sekilas kuali yang sedang menggelegak atas dapur.

"Baik Tuan puteri pergi segera. Biar Mak Temah yang sambung masak bagi pihak Tuan Puteri."

Lincah ketua masak istana itu mengambil alih. Puteri Bakawali mengeluh. Dia baru hendak melepaskan stress dengan hobinya itu. Namun terbantut nampaknya.

" Baik Mak Temah. Ingat resepi saya bukan?"

"Jangan risau tuan puteri. Mak Temah ingat resepi rahsia Tuan puteri. Tuan Puteri pergi ya pujuk. Hanya tuan puteri yang mampu memujuk amukan Puteri Baiduri."

"Hmm baiklah. Saya pergi dahulu ya.

🫥🫥🫥

"Ya tuhan. Apa yang sudah berlaku?"

Puteri Bakawali terkesima melihat keadaan bilik adindanya yang tunggang langgang itu.

Kerusi terbalik, bantal tergolek di lantai, barang solekan botol minyak wangi terhempas ke lantai. Seperti dilanda garuda gamaknya.

"Adinda!?!"

Puteri Baiduri bangun dan menerpa memeluk kekandanya dengan erat. Keadaanya sangat tidak terurus. Rambut kusut masai, mata sembap teruk.

Ya tuhan. Ini adindaku atau kuntilanak?

"Apa yang sudah jadi ini?"

Adindanya tidak menjawab sebaliknya dia menangis teresak-esak dalam pelukannya. Apa lagi drama hari ini ya?

"Tadi...."

"Apa yang telah terjadi pada adinda?Lekas ceritakan."

"Tadi adinda telah ke bandar Flora untuk bertemu dengan Ariff. Namun dia tidak muncul-muncul. Lama adinda menunggu. Sakit kaki adinda!"

Tangisan gadis itu semakin kuat.

Ya Allah.. Apa sebenarnya terjadi kepada adindanya ini? Sejak berkenalan dengan lelaki itu, adindanya menjadi aneh.

Baiduri yang anggun, lemah lembut dan mesra sudah bertukar 360 darjah. Hatta ayahanda dan ibunda pun sudah puas berubatkan adindanya itu.

Duit sudah habis banyak, pelbagai benua dan negeri mereka pergi untuk mengubati penyakit aneh Baiduri itu. Namun masih tiada perubahan.

"Sudah..sudah.. jangan menangis." Pujuknya lagi. Rambut adindanya disikat perlahan. Kemudian diikat kemas.

Muka adindanya ditepuk perlahan. Dicapai bedak muka dan gincu. Disapu ala kadar untuk menaikkan seri gadis itu.

Bakawali tersenyum melihat wajah adiknya kembali kemas dan segar. Cuma reaksi wajahnya saja yang sugul dan sedih.

"Sudah tu adinda. Mari kita makan. Tadi kekanda ada masak ayam masak merah. Kegemaran adinda bukan?"

"Adinda tidak mahu."

"Jangan begitu. Jika adinda sakit, bagaimana mahu bertemu Ariff esok?"

Mendengarkan nama itu, wajah Baiduri tersenyum gembira.

"Mahu! Adinda mahu berjumpa sama dia!"

"Ha kalau nak jumpa, mari makan. Nanti kita pergi sama-sama ya." Pujuknya perlahan.

"Kanda janji ya!"

"Janji."

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now