Niat jahat

47 2 0
                                    

Temenggung Manan merengus marah. Dia menghenyakkan tubuhnya di atas kerusi majapahit dengan perasaan sebal.

"Bodoh! Gagal lagi rancangan aku!"

Seorang lelaki muda berdiri tegak dihadapannya menekur lantai karpet merah itu. Tidak berani dia mahu bertentang mata dengan lelaki separuh abad itu. Mahu kena sembur nanti.

"Kau pasti kau letak benda yang aku suruh?"

"Ya, Tengku. Betul, saya tak tipu. Sumpah!"

Terketar ketar anak muda itu menjawab. Seram apabila mendengar lelaki sebaya ayahnya mengamuk seperti naga kelaparan.

"Bangsat!! Kau boleh balik dahulu. Bila aku perlukan kau, kau harus segera kemari! Nah upahmu!!"

Dua uncang duit emas dihulur oleh seorang pengawal berkumis tebal yang sedari tadi setia di sisi Tengku Manan.

"T..terima kasih tengku! Saya berundur pulang dahulu."

"Hmm.."

Tengku Manan hanya menghantar langkah anak muda itu dengan ekor mata. Kepalanya berat memikirkan cara lain untuk pastikan rancangannya berjalan lancar.

"Halim!!"

"Ya, tengku!"

Pengawal bermisai tadi menunduk hormat.

"Kau ambilkan aku kertas, berus dan dakwat. Aku nak menulis surat kepada seseorang. Harapnya rancanganku kali ini berjaya."

Bibir tebal itu mengukir sengihan penuh dendam dan kejahatan.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now