Halaman 7: Jejaka idaman

175 18 2
                                    

"Lihat di sana! Itu Arjuna bukan? Tampannya dia!"

"Oh, Arjuna ku sayang!"

"Kakanda!"

Arjuna berjalan gagah tanpa menghiraukan bisikan-bisikan orang sekeliling.

Bayu yang berjalan beriringan tersengih-sengih memandang ke arah tersebut.

"Oi, mereka inginkan Arjuna, bukannya dirimu, Jamal!"

Bayu menepuk kasar bahu lelaki bertubuh kurus itu. Jamal memang pantang nampak dara pingitan.

Ulat bulu naik daunlah nanti!

"Sudahlah Jamal. Naik lenguh pipiku melihat kau tersenyum sahaja dari tadi" Ujar Budi mengusik.

"Manisnya senyuman Orkid sebentar tadi. Mahu terbang di awangan rasanya!"

Ya Tuhan, selamatkanlah sahabat aku ini.

Budi sekadar menjeling wajah sahabatnya itu. Tidak habis-habis dengan Orkid, pujaan hatinya itu!

"Lupakan sahaja dia, Jamal. Aku dengar dia sedang berkasih- kasihan sama Hakim, anak bangsawan kanan istana. Melepaslah kau!"

"Hei, apa benar kau katakan ini?"

Jamal serta merta menghentikan langkah. Manan yang tidak bersedia dengan perbuatan mendadak, terlanggar belakang lelaki itu.

"Mengapa kau berhenti?"

Wajah lelaki itu yang ceria bertukar rupa. Awan mendung kelabu mula menyelubungi dirinya.

"Apakah benar hal itu? Dia sedang berkasihan sama lelaki lain?"

Arjuna hanya menggeleng perlahan. Sedikit tercuit hati mendengar telatah mereka.

"Abaikan dia ini. Dia bercanda sahaja."

Lelaki bertubuh sasa itu memaut bahu Jamal. Sahabatnya itu benar-benar kelihatan terkejut.

"Aku tahu aku tidak sekacak mu Kasturi. Aku juga tidak segagah Jamal. Tidak layakkah aku mencintai?"

"Sudahlah. Katakan yang benar pada Bayu. Kasihan dia." Mata lelaki tampan itu menikam anak matanya.

Memberi isyarat kepadanya untuk membetulkan keadaan.

Bayu hanya tersengih mengaru kepala. Merasa bersalah kerana keterlaluan.

Selalunya semua gadis diayat. Mengapa kali ni dia kelihatan sedih?

"Lagipula kita sudah hampir tiba ke rumah Temenggung Ali. Jika Kita lewat, apa pula kata dia nanti?" Tambah Arjuna lagi.

"Bayu, aku mohon maaf. Aku agak keterlaluan sebentar tadi. Niatku hanya ingin mengusikmu sahaja. Tiada niat membuatmu dukacita."

"Bayu?"

Bayu menapak perlahan menuruti langkah Kasturi di hadapan.

Arjuna hanya mengangguk.

"Erm..baiklah. Aku maafkan."

Bayu menjeling Jamal yang tersengih dari tadi.

"Kita sudah hampir tiba. Mengapa agaknya temenggung Ali memanggil kita ke mari?"

Dua orang sahabatnya hanya mengangkat bahu. Mereka juga tertanya-tanya mengapa.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsaallam. Ah, kamu bertiga! Mari naik. Ada perkara mustahak aku ingin bicarakan." Ujar Temenggung Ali dengan ceria.

Pemuda bertiga itu berpandangan sebelum menanggalkan selipar, membasuh kaki di tempayan tepi tangga dan menapak naik ke atas rumah.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now