Imbas kembali
30 tahun dahulu
Perkarangan istana 2, Istana Seloka"Kamu ambil bayi ini, beri saja kepada sesiapa yang memerlukan. Anak bawa sial!"
"Astagfirullah, Raja Kasturi! Tidak elok berkata begitu! Putera kecil ini adalah anugerah dalam istana ini!"
Dayang Hasmah itu memangku bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur itu. Mengapa bonda saudaramu begitu bencikan kamu, nak? Apa dosamu?
"Pergi bawa bayi ini berambus dari sini! Aku tak mahu tengok muka dia lagi di sini! Sebab dialah aku tak mampu mengandung lagi! Dasar bawa sial!"
"Ya Allah.. Jangan kata begitu, tuanku Kasturi! Ini anak saudaramu sendiri! Tergamak kamu membenci darah dagingmu sendiri?"
"Pergi! Kau sekali kupecat hari ini juga! Jangan datang ke sini lagi!" Herdik wanita berpakaian mewah itu.
Malam itu hanya ada mereka berdua sahaja. Lagipun kawasan belakang dapur istana selalunya sunyi pada waktu malam. Kecuali akan ada pegawal bertugas meronda setiap dua jam sekali.
Ini pun mujur tiada lagi kelibat pengawal bertugas.
Akhirnya dayang Hasmah menyelusup keluar dengan gendongan bayi lelaki yang nyenyak tidur. Dia melangkah pergi dengan linangan air mata.
"Jangan risau ya, Andika! Hamba akan menjaga tuan putera dengan menatang minyak yang penuh." Ujar Dayang Hasmah dalam hati.
Jahat sungguh Raja Kasturi. Sanggup dia buat begini kepada darah dagingnya sendiri.
Dia harus meneruskan perjalanan meredah belantara itu. Raja Kasturi mengupah dua hulubalang mengikutinya sehingga ke hujung kawasan istana.
Kalau dia berpatah balik, nescaya nyawanya akan ditamatkan kerana tidak mengikut arahan Raja Kasturi. Mahu atau tidak, dia perlu keluar jauh dari kawasan istana.
Dia nekad.
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...