Pak Tanggiri

47 3 0
                                    

Sila baca bab 28 dan 32 untuk lebih memahami babak seterusnya.

Seorang lelaki berumur hujung 50-an turun dari motosikal yang ditunggang oleh seorang anak muda bertubuh tegap.

" Pak Tanggiri pernah berjumpa kita lima tahun dahulu. Kamu ingat?" Pak Kesuma bersuara.

Mawar, Arjuna, Orkid hanya mengangguk. Ketika itu orang tua itu masih sihat dan tegap. Kini, berjalan pun perlu dipimpin.

"Maafkan aku ya. Disebabkan aku, rumahtangga kamu berdua retak." Lelaki tua itu berbicara perlahan. Sesekali dia terbatuk-batuk.

"Bukan salah Pakcik pun. Pakcik cuma nyatakan kebenaran."

"Tak.. memang aku salah. Mataku kabur dengan harta dulu. Tak fikir dosa pahala. Sekarang aku dapat kifarah. Aku dah insaf."

Semua yang ada di situ senyap tidak terkutik. Mereka masih memberi peluang kepada pakcik itu untuk memperbetulkn keadaan.

"Enam tahun lepas, aku telah diupah oleh Temenggung Manan untuk menghancurkan hubungan Anak Temenggung Ali iaitu kamu, Mawar."

Mata yang berkedut itu singgah di wajah anak sahabat lamanya itu. Sesekali terbayang wajah Temenggung Ali.

Maafkan aku, Ali. Aku janji aku akan tebus segala kesalahan aku sebelum aku mati.

Semua mata berpaling ke arah Mawae yang ayu dengan berkebaya dan berselendang biru muda.

"Kau... berkomplot apa dengan dia? Setahu aku dia seorang sahaja yang masih berkhidmat di istana. Kami bertiga memang sudah pencen. Mahu beri peluang kepada anak muda untuk bernaung bersama Sultan."

Darma mengangguk. Ya, Termasuk arwah temenggung Ali, ada 5 orang pembesar negara, merupakan tunggak pentadbiran negara. Yang sering menasihati ayahanda dalam semua aspek pentadbiran.

"Sultan tidak setuju sebenarnya kami berhenti lima tahun lalu. Puas kami memujuk baginda. Syukur selepas itu Andika Darma akhirnya mahu ditabalkan menjadi putera raja."

"Lalu pakcik jadikan sayalah sebagai alasan?" Darma tersengih.

Mereka yang ada tertawa kecil mendengar Darma menyampuk selamba.

"Ya Darma. Pakcik beri alasan, biarlah orang muda yang menggantikan kami. Anak muda lebih cergas dan otak lebib geliga dari kami yang sudah tua ini." Pak Kesuma tersenyum.

"Ohh begitu rupanya. Habis tu mengapa Temenggung Manan tidak mahu ikut pakcik semua? Bukankah kalian berlima rapat?" Darma menyoal.

"Kami pun tidak tahu mengapa. Anggap sahaja yang dia masih mahu berkhidmat untuk sultan. Tidak bagi kami. Kami semakin tidak berminat dengan harta keduniaan sejak tua ini. Hanya mahu luangkan masa bersama keluarga dan  fokus mendalami ilmu agama sahaja."

"Selepas itu kami mengikut haluan masing-masing. Pak Menanti kamu mengusahakan kebun dan berniaga. Pak Kesuma mengikut Jamal, anaknya ke Kuala Lumpur. Aku pula mendalami ilmu agama islam di indonesia dan kini menjadi Lebai di surau kampung sebelah." Pak Armada yang sedari tadi diam bersuara.

"Maaf, banyak pula cerita kami. Kembali pada kamu, Tanggiri. Apa yang kamu komplot sama Si Manan? Tak sangka dia ada niat tak baik dalam meneruskan khidmat." Pak Kesuma kembali menoleh ke arah lelaki berjanggut panjang itu.

Lelaki tua itu cuma merenung langit malam yang gelap pekat itu. Malam itu kelihatan banyak bintang berkelip indah.

🌹🌹🌹
Imbas kembali
Enam tahun lalu...

Temenggung Manan tersenyum sinis mengingatkan tiga orang sahabatnya yang telah meletak jawatan. Kini jawatan itu semua telah digantikan oleh beberapa anak muda yang lulus peperiksaan diraja khas untuk menjadi pembesar istana.

Kini dialah yang paling dipercayai oleh Sultan. Pembesar-pembesar muda yang baru dilantik itu semua bergerak mengikut telunjuknya. Kalau tidak, Sultan amat sayang pada Temenggung Ali. Mujur sudah dihapuskan lelaki itu.

Kini tiga lagi pembesar utama sudah berhenti. Lagilah senang untuk dia menjalankan rancangan yang telah dirancang sekian lama.

"Temenggung, lelaki yang temenggung cari sudah sampai."

Dia mengorak senyum.

"Panggil dia masuk."

Seorang lelaki berjanggut kemas muncul di muka pintu.

"Kau Tanggiri, sahabat lama Arwah Ali ya?"

"Ya saya. Kenapa?"

Pembesar istana itu tersenyum.

"Aku ada tugas untuk kamu. Arwah Ali ada seorang anak perempuan. Mawar namanya. Dia baru sahaja berkahwin. Aku nak kau porak perandakan mereka."

"Bercerai lagi bagus."

"T-tapi--"

"Usah takut. Kau ikut saja rancangan aku. Kalau kau berjaya, aku akan beri apa sahaja kau mahu. Wang? Motokar? Rumah? Tanah. Kau namakan sahaja."

"Baiklah, Temenggung. Bilang saja apa yang patut aku lakukan."

"Bagus. Orang seperti kau ni yang aku hendak. Hehehe."

Temenggung Manan ketawa puas hati. Padan muka kau, Ali. Kau, anak kau dan keturunan kau semua tak berhak bahagia.

Kau harus bayar apa yang kau lakukan pada anak aku! Giginya diketap geram.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now