Sifat tawadduk Sultan

58 4 0
                                    

" Beta harap kunjungan beta tidak menganggu istirehat kalian." Sultan Almara Shah tersenyum mesra diiringi empat orang menterinya yang taat setia.

"Ampun tuanku. Tidaklah sesekali menganggu. Kebetulan kami baru sahaja pergi memukat ikan. Sedang molek tuanku datang ke mari." Arjuna dan Darma menunduk hormat.

"Bagaimana dengan pengajian kalian? Sekiranya ada sebarang masalah, jangan segan silu beritahu bendahara Haji Amran ya."

"Setakat ini semua berjalan dengan baik tuanku. Terima kasih atas layanan baik tuanku. Sesungguhnya kami tidak layak dilayan sebegini istimewa."

Sultan Almara mengurut janggut sambil ketawa besar. Dia amat suka dengan sikap dua pemuda ini. Pemuda yang sopan santun dan hormat orang tua.

"Usah bicara begitu anak muda. Beta dan kalian hanya manusia biasa. Tiada salahnya jika beta membalas jasa kalian yang telah membantu negeri beta."

"Ampun tuanku. Kami hanya mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata kami sahaja."

Sultan hanya tersenyum dan membetulkan duduknya.

"Beta mahu menjemput kalian ke istana esok pagi bertemu tetamu beta. Kelihatannya beliau memerlukan pertolongan kita."

"InshaAllah, tuanku." Serentak anak muda berdua itu menjawab.

Sultan tersenyum dan meminta diri untuk pulang ke istananya yang tidak jauh dari rumah tamu diraja itu.

"Aku tidak sangka yang...."

Darma mengangkat kening. Dia hanya tersenyum.

"Kau terkejut ya bagaimana tuanku sultan boleh muncul di sini?"

"Sepatutnya kita yang perlu menghadapnya di istananya."

Arjuna mengangguk. Riak terkejut yang terpancar di wajahnya tidak dapat disembunyikan lagi.

"Kau pernah dengar kisah Saidina Umar Al Khattab dengan seorang wanita fakir miskin?"

Mereka berdua duduk bersila menghadap sawah padi yang menguning. Rintik-rintik hujan masih turun menimpa bumi saat itu.

"Oh aku tahu. Wanita miskin yang memasak batu untuk mendiamkan anaknya yang menangis kelaparan bukan?"

Darma mengangguk laju. Dia menarik kemuncup yang melekat dihujung kaki seluarnya.

" Saidina Umar seorang pemimpin yang bekerja keras dan sangat mengambil berat tentang rakyatnya sehinggakan beliau sering keluar pada waktu malam untuk meninjau keadaan sebenar rakyat bersama Aslam, pembantunya."

Kelihatan dua ekor bangau sedang mencari ikan di dalam petak sawah. Beberapa ekor ikan kelihatan melompat-lompat dipermukaan lopak.

" Suatu hari, beliau melihat seorang wanita sedang memasak sesuatu di dalam periuk besar manakala beberapa orang anaknya sedang menangis kelaparan."

Arjuna hanya mendengar sambil merenung langit mendung. Darma kemudian menoleh ke arahnya sambil mengangkat kening.

Eh, aku pula yang kena sambung? Dia menggaru kepala. Sudahlah kisah itu diceritakan oleh ibunya ketika dia masih kecil. Dia hanya ingat samar-samar saja.

"Hurm..Kemudian Saidina Umar memutuskan untuk menunggu dan melihat. Namun setelah beberapa lama menunggu, dia berasa hairan kerana wanita itu masih lagi tidak memberikan anak-anaknya makan."

" Lalu beliau menghampiri wanita tersebut dan bertanya ' mengapa anak-anakmu menangis?'" Darma mencelah.

" 'Anak-anakku kelaparan tuan.' Lalu Saidina Umar bertanya ' Bukankah kamu sedang memasak? Mengapa tidak memberi mereka makan?'"

"Dalam periuk ini hanya berisi batu, tuan. Aku tidak mempunyai sebarang makanan untuk di makan. Untuk menenangkan anak-anak yang menangis kelaparan, aku sengaja memasak batu untuk melekakan mereka'"

"Saidina Umar amat terkejut dan kemudian bergegas ke baitulMal untuk mengambil makanan. Beliau sendiri yang mengangkat guni dan memasak untuk keluarga wanita miskin itu."

"Pembantunya, Aslam ingin menolong. Namun dihalang oleh khalifah kerana dia ingin membuat semuanya sendiri."

"Baginda Sultan amat mengagumi Saidina Umar kerana sikap prihatin dan ambil berat terhadap rakyat jelata. Oleh itu Sultan Almara juga sering memakai pakaian biasa dan melawat keadaan rakyat."

Arjuna mengangguk. Sultan Almara sangat merendah diri dan tawadduk. Jika keluar dari istana, hanya ada seorang pembantu menemaninya. Dia kurang gemar dikawal oleh sekumpulan besar pengawal istana.

Tidak hairanlah baginda boleh muncul di rumah tetamu istana atau mana-mana bahagian istana tanpa dikawal mana-mana pengawal.

Pelik tapi benar!

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now