" Juna, di sana ada gerai. Mari kita singgah sebentar. Perutku sudah berbunyi dari tadi."
"Aku juga sudah lapar. Boleh juga kita melepaskan lelah sebentar."
Gerai itu sedikit lengang mungkin kerana waktu sudah lewat. Masing-masing mahu melepaskan lelah di rumah masing-masing setelah bekerja di sawah pagi.
"Nasi goreng dua, Teh ais dua."
"Baik bang. Sebentar ya." Pelayan itu berlalu setelah mengambil pesanan.
BAM!!?!
Tiba-tiba meja dihadapan mereka terbalik dihentam sesuatu. Berselerak pinggan dan cawan di lantai. Sisa makanan tumpah di sana sini.
Pelanggan yang masih ada lari bertempiaran keluar dari gerai. Ada juga yang terkaku di tempatnya termasuk mereka berdua.
"Dasar pengkhianat! Aku bunuh kau!" Seorang lelaki berbadan gempal dan berwajah bengis berteriak kuat.
Anak muda yang berambut kerinting dan bertubuh kurus bingkas bangun dan menyapu darah di dahinya.
"Aku bukan pengkhianat! Aku tak mahu bersubahat dengan orang jahat seperti kau!" Lelaki kurus itu bersuara lantang.
Darma kagum dengan keberanian anak muda itu. Meski lawannya lebih besar darinya, namun tiada lansung rasa gentar yang ditunjukkan pada wajahnya.
Hebat sungguh budak ini!
"Aah! Dasar pembelot! Kau memang patut diajar! Ke sini kau!"
Mereka berdua bergelut di atas tanah. Tiada siapa mahu masuk campur. Gusar nanti bakal memburukkan keadaan.
"Psst, Aku rasa baik kau.."
Arjuna membulatkan mata apabila susuk tubuh lelaki itu hilang dari sisinya. Mana pula dia pergi?
" Sudah! Jangan bergaduh lagi!"
Namun tegahan itu sama sekali tidak memberi kesan kepada dua orang lelaki yang sedang bergasak atas tanah.
"Aku kata sudah!?!"
Jeritan Darma bergema mengejutkan orang sekeliling. Dua orang lelaki itu juga berhenti bergasak.
Dua-dua kotor dengan debu tanah dan juga lelehan darah.
"Kau siapa,hah? Jangan masuk campur urusan kami! "
"Kamu berdua tak malukah bergaduh di khalayak? Di sini tempat untuk menjamu selera! Bukan tempat bergasak!"
"Aah, diam kau! Rani, Ali , Fakir! Kau bertiga uruskan si penyibuk ini! Dia tidak kenal agaknya aku siapa?!" Si gempal menempik lagi. Si kurus itu masih terhenyak lemah di tanah.
Samseng kampung rupanya. Heh.
Arjuna mencebik. Tak padan dengan darah di muka, bongkak tak tentu hala.
Baru dia berura mahu membantu Darma, lelaki itu menegah keras." Kau tolong anak muda itu. Biar aku yang uruskan mereka." Arjuna hanya mengangguk mendengar bicara Darma yang sibuk mengelak dari serangan ketiga-tiga samseng itu.
"Kau tak apa-apa?"
Dipapah lelaki bertubuh kurus itu dan didudukan di atas kerusi. Kain perca terikat dipinggang dikoyak. Kemudian dia mengikat pergelangan tangan anak muda yang terkulai.
"T..terima kasih. Uhukk..uhukk."
Batuknya mengeluarkan darah. Segelas air dihulur. Dia minum air putih itu sambil menahan sebak dan rasa terharu. Kebiasaanya orang sekeliling hanya memerhati bukan menolongnya.
Tapi lelaki asing ini..
Mereka..
" Namamu siapa?"
" Teja."
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...