Putera Tuah, Bakawali &Baiduri

62 3 0
                                    

" Andika?"
"Tuah?"

Manakala Puteri Bakawali dan Arjuna hanya tersenyum melihat reaksi dua lelaki tegap itu.

"Allahuakbar, sudah lama kita tidak bersua. Kau sihat?" Putera Negeri Gerhana memeluk erat Putera Negeri Cahaya Bulan itu.

"Alhamdulillah sihat. Makin kacak ya sahabat aku ini. Ada petua apa-apakah?"
Seloroh Darma Andika sambil disambut tawa si putera.

"Ah kau, Andika. Kau pun apa kurangnya. Makin berotot kulihat. Sudah ada puteri yang bertakhta dihati?"

Seluruh ruang bilik diselangi dengan gelak ketawa.

" Apa tujuanmu ke sini, wahai tuan putera Tuah Al Tamim?"

Putera tuah yang segak dengan pakaian serba berwarna merah mencebik. Andika masih suka mengusik seperti dahulu.

"Aku ingin meminta pertolonganmu wahai Putera Darma Andika."

"Shhht.. perlahankan sedikit suaramu itu. Aku sedang menyamar sebagai rakyat biasa. Hanya sahabatku, Arjuna tahu tentang hal ini."

Putera Tuah hanya mengangguk sambil matanya meliar ke kiri dan kanan. Bimbang perbualan mereka didengari orang lain.

"Sudahlah berbisik, tuanku berdua. Kita kini berada dalam bilik tetamu istana Temasek. Bukan calang orang berada di sekitar istana." Arjuna selamba memotong perbualan kedua putera raja itu.

Huh, dua-dua masuk air rupanya! Tidak padan dengan gelaran putera raja ya.

Puteri Bakawali yang anggun dengan baju gown separa kembang hanya tersenyum ayu.

" Apa hajat kau kemari Tuah? Bakawali?"

Mendengar sahaja pertanyaan serius itu, wajah Puteri Bakawali berubah muram. Mengapa pula ini? Puteri ada masalahkah?

"Hey kawan. Kau mahu ajak Bakawali nikah lari ya?"

Darma menggaru kepala. Setahunya Tuah bercinta dengan adinda puteri Bakawali, iaitu puteri Baiduri.

Sudah berpisahkah pasangan sejoli itu?

Putera Tuah berkerut dahu sebelum menyiku perut sahabat lamanya itu. Eh dia ni. Ke situ pula!

"Hesy kau ni kan. Bakawali ini bakal kakanda iparku. Sekali aku sekeh, hilang terus kepalamu nanti." Tuah merenung tajam Darma yang tersengih nakal.

Wajah Tuah yang serius itu menjadi ketawa lebar. Dia memang tidak boleh serius dengan lelaki ini.

"Wah, kau sama Baiduri mahu menikah? Tahniah! Aku tumpang gembira!" Sengihan ikhlas Darma menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi.

Puteri Bakawali yang terpandang, menjadi terkesima. Ternyata putera Darma Andika punyai wajah yang kacak. Sehinggakan sengihan nakalnya yang membentuk lesung pipit membuatkan dia tersipu.

Pasti ramai perempuan gilakan dia ini. Paling tidak pun kaki perempuan. Astaghfirullah, Tidak baik menuduh.

Tidak semua lelaki kacak, begitu perangainya. Bakawali berdialog dalam hati. Mungkin Andika ini lelaki yang baik, seperti eloknya rupa parasnya.

Dia terganam apabila matanya bersabung dengan mata tajam Andika. Kemudian lelaki itu mengenyit mata.

Tersipu-sipu Puteri Bakawali dibuatnya. Terus dia bangun menapak ke taman bunga berhampiran.

Haish.. sempat lagi kenyit mata ya, Darma.

Comel betul tuan puteri! Darma tersengih sendiri.

"Aku khuatir mungkin majlis perkahwinan kami bakal dibatalkan."

"Eh, mengapa?" Darma kembali fokus kepada Tuah.

"Dia sudah jatuh cinta dengan lelaki biasa dan memutuskan untuk berpisah denganku."

Darma tersentak. Bayangan Puteri Baiduri terbayang di tubir mata. Wajah gadis manis yang suka tersenyum itu, boleh melembutkan hati sesiapa sahaja.

Orangnya juga lemah lembut dan sopan. Beliau seorang yang ramah dan mesra kepada semua. Tidak kira kerabat diraja atau rakyat jelata. Penglibatannya dalam program bersama rakyat membuatkan dia disayangi semua.

"Sejak dia mengenali lelaki itu, sifatnya serta merta berubah. Dia menjadi pemarah dan panas baran. Dayangnya yang selama ini setia, sudah beberapa kali bertukar ganti kerana sikap bengisnya."

"Apa benar? Hesy, setahu aku dia takkan buat begitu padamu. Ada yang anehkah tentang Baiduri atau lelaki itu?"

"Tunangku itu juga sering mengelak untuk berjumpa aku. Jika kami berjumpa pun, dia akan sering gelisah dan muram. Tidak seceria dahulu."

"Kerana itulah aku bergegas ke sini untuk meminta pandangan saudaraku, Temenggung Farhad. Dan dia mengesyorkan aku untuk bertemu kau di sini hari ini."

"Begini ceritanya.."

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now