Halaman 16 : Perasaan

129 17 0
                                    

"Satu...."

Sekumpulan pemuda berpakaian serba hitam mendepa penumbuk ke arah hadapan.

"Dua..."

Mereka memusing tubuh berpaling ke belakang. Masing-masing kelihatan fokus meski wajah dibasahi keringat.

"Mawar!"

Gadis berselendang merah itu tersentak. Habis berkecamuk lamunannya yang panjang.

"Opocot nenek kau!" Latahnya perlahan sambil menepuk kepala gerangan di sebelah.

Mawar menjeling Melati yang terkekek ketawa. Manakala Orkid pula kebingungan. Mengapa dia pula yang kena hempuk?

Bukan salah dia.

"Maaf Orkid. Hish, kamu ni Melati."

Suara lembut itu mendengus. Satu cubitan hinggap di lengan sahabatnya. Kalau tidak mengusik sehari, bukan Melatilah namanya!

"Leka aku tengok kamu merenung mereka berlatih. Merenung jejaka pujaan kan?" Kening Melati terjongket sebelah.

"Mana ada!" Laju Mawar memarahi sahabatnya itu. Merepek!

"Wuu..Mengaku sahajalah. Dari matamu, aku dapat lihat sinaran cinta, Mawar."

Papp!

Gadis berambut ekor kuda itu mengaduh perlahan. Namun sengihannya tetap melebar. Masih tidak puas mengusik si Mawar.

"Sudah kebiasaan kita untuk melihat mereka berlatih setiap malam bukan?" Mawar menjawab lembut.

"Iya. Tapi malam ini kulihat kau berlainan sedikit. Itu, Arjuna yang mengetuai silat malam ini bukan? Matamu tidak lepas dari merenungnya bukan?"

"Melati! Mana ada!" Mawar sudah menarik muka masam. Ini tidak adil.

Orkid juga tidak berkelip merenung sekumpulan anak murid ayahnya berlatih. Tapi tak kena usik pula.

Tak adil!

Orkid menggeleng. Melati sudah bosan agaknya. Itulah dia mencari modal mengusik. Ada sahaja telatah gadis itu.

"Mawar? Ada apa yang tidak kena?" Suara garau menyapa pendengaran. Mata lelaki tampan itu melekat pada wajahnya.

Suara garau itu membuatkan mukanya pucat tidak berdarah. Bagaimana dia boleh ada di sini? Bukan sepatutnya dia mengetuai silat di padang sana?

"Orkid, rasanya Mak Gayah memanggil kita. Marilah kita beransur." Melati bersuara dan menarik tangan Orkid tergopoh gapah.

Mawar mengangkat muka. Eh, mereka hendak ke mana? Takkan dia ditinggalkan berdua bersama lelaki itu?

Matilah dia!

Keadaan hingar-bingar kedengaran. Beberapa orang anak muda kelihatan berehat di pondok kayu berdekatan.

"Mawar?"

Suara garau itu memanggilnya lagi. Dia menoleh melihat lelaki itu. Namun sekilas sahaja.

Matanya dilarikan ke arah sekumpulan anak kecil bermain batu seremban tidak jauh dari situ.

"Er, ya?" Suaranya perlahan namun cepat ditangkap pemuda itu sebelum menguntum senyum menayangkan gigi putih bersihnya.

Dada Mawar berdebar kencang. Wajahnya bertukar merah. Aduh, mengapa pula dia merasa seperti tak senang duduk?

"Mawar kelihatan muram sebentar tadi. Ada apa tidak kenakah?"

"Eh, saya tak apa-apa. Melati cuma nakal mengusik tadi."

Jawapan gadis itu sedikit sebanyak melegakan hati lelaki itu. Senyuman diukirkan.

Sudah-sudahlah tu tersenyum wahai Arjuna! Jantung dia sudah seperti acara lari berganti dah ni!

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now