"Apek, bagi telur sepuluh biji, beras dua kilo, kicap sebotol, kopi sepeket,biskut tawar sepeket."
"Baik.. Sekejap haa." Apek cina yang hanya bersinglet bergegas bangun dengan plastik di tangannya.
"Lu talak kilija halini?"
"Tak, apek. Saya cuti sehari dua. Ada hal sikit." Arjuna tersenyum ramah sambil bersandar melihat Ah Seng mengisi beras ke dalam plastik.
"Ohh.. Mau peligi itu jala ikan kah? Saya mau kilim itu ikan keli. Bini saya manyak suka itu ikan."
"Ikan keli? Eh boleh sangat Ah Seng. Nanti saya tangkap untuk Ah Seng sekali ya."
"Telima kasih. Lu manyak baik. Ini balang lu. Semua lapan linggit setengah."
Not kertas dan beg plastik bertukar tangan.
"Terima kasih apek. Eh, tak ada apalah. Kitakan sudah lama kenal maa. Tolong menolong itu amalan mulia. Saya bagi free saja nanti itu ikan keli, dengan syarat apek bagi saya kahwin sama Pei Jing ha?"
Ah Seng hanya mengamburkan gelak sambil menggaru ketiaknya yang gatal.
"Lu manyak lucu punya olang. Itu anak saya balu habis daljah enam wo. Lambat lu mau tunggu."
"Saya setia orangnya, Ah Seng!"
Berdekah lagi suara apek tua itu. Dia hanya mengangguk sambil mencapai surat khabar cina di sisinya.
"Suka hati lu lah, Luna. Asal lu layan anak gua dengan baik. Gua okay saja."
"Wah, betul ni? Kalau macam tu saya balik dulu ya."
Arjuna tersenyum. Dia selalu bergurau santai setiap kali berkunjung ke kedai runcit itu. Saja, sekadar berbasi basa kta orang.
Tak adalah dicop sebagai orang sombong pula kan!
Baru sahaja dia mahu beredar, muncul seorang gadis berbaju lusuh, seluar singkat masuk perlahan ke dalam kedai. Langkahnya dimatikan.
Itu macam Anum.
"Ha, Anum. Apa kabar? Ibu kamu sihat?" Apek itu bertanya ramah.
Gadis kecil itu hanya tersengih dengan wajah comot dan badan berbau peluh kerana baru balik dari menebas rumput sebentar tadi.
"Ibu macam itulah uncle. Saya datang mau beli ubat ibu saya."
Ah Seng mengangguk dan menjongkok untuk mengambil ubat yang tersusun di bawah meja buruknya itu.
Ada ubat demam, ubat batuk dan ubat tahan sakit tersusun rapi di dalam bekas bawah meja itu.
"Hali ini saya bagi saja. Simpan itu luit kamu ha. Buat beli makan."
"Eh uncle, tak boleh macam tu. Mahal ubat ni. Saya kena bayar. Nanti ibu saya marah." lembut sahaja suara Anum yang sedang berkerut itu.
"Tidak apa. Uncle tau kamu olang susah. Simpan saja luit ini. Uncle ikhlas."
"Err.." Anum masih teragak-agak di depan Ah Seng.
Kalau ibu marah bagaimana? Ibu selalu pesan, jangan sesekali minta belas kasihan orang. Walau hidup miskin dan melarat, kita ada maruah diri.
Hidup perlu usaha bukannya minta belas kasihan orang. Tegas ibunya selalu.
"Haiyaa, ibu kamu tarak marah punya. Sudah, pelgi balik. Hali sulah petang. Nanti ibu kamu lisau."
"Ermm.. terima kasih uncle." Perlahan nada itu yang sedikit terharu. Wajah Anum yang lembut itu nampak matang dari usianya.
Tapak tangannya agak kasar dibandingkan dengan anak-anak seusia dengannya kerana kuat bekerja. Pantang sahaja ada jika ada penduduk kampung minta tolong sapu laman, cabut rumput, lipat baju. Dia akan terlebih dahulu menawarkan diri.
Sesekali dia terserempak dengan rakan sekolah melayunya dulu, Kalisah dan Hamidah. Anak gadis itu kelihatan riang mengalas beg plastik menyelusuri semak di tepi jalan bertanah merah itu.
"Eh Anum!"
"Iya.. ya.. Baru balik sekolah?"
" Iya. Seronok tadi. Lepas saja cikgu Rahmah mengajar, dia beri kita coklat."
Kalisah menayang sepeket kecil coklat kepunyaanya. Anum hanya menelan air liur.
Coklat?
Teringat ketika dia berada di darjah tiga dahulu, Cikgu Rahmah ada memberi murinya seorang satu coklat. Masih teringat bagaimana berlemak dan sedapnya coklat yang masuk dalam mulutnya.
Makanan paling mahal yang pernah dinikmati seumur hidupnya!
"Hish, tak baiklah kau tayang macam tu. Kesian Anum." Hamidah yang bercekak pinggang berkerut disisi rakan sekelasnya itu.
"Eh, suka hati akulah. Coklat aku!" Kalisah menjawab bongkak.
"Sudahlah. Kami pergi dahulu ya, Anum. Nanti mak aku tercari-cari jika aku belum pulang." Hamidah tersenyum manis.
"Baik. Selamat tinggal, Hamidah, Kalisah."
Anum terlebih dahulu mengorak langkah longlai menyelusuri tanah merah itu. Jalan yang tidak sekata sesekali berlecak itu direnung dalam.
Alangkah seronoknya jika dia masih bergelar pelajar seperti mereka berdua. Dia rindu akan bau buku lama, bau kapur tulis, bagaimana habis berdebu kelas jika ketua kelas mereka, Jamal nakal menepuk pemadam papan hitam dengan kuat.
Tubir matanya basah. Apa salah dan dosanya? Kenapa dia yang perlu bersusah payah bekerja pada usia muda begini?
🌸🌸🌸
"Waaa..."
Air mata Kalisah mengalir di pipinya apabila coklat yang baru sahaja mahu dimakan, jatuh ke atas tanah becak.Hamidah yang memerhati hanya menggeleng. Sungguh dia tak gemar dengan perangai rakannya ini.
Sombong. Terlalu meninggi diri.
"Mungkin balasan kerana kamu menunjuk coklat pada Anum tadi. Kesian dia, tahu!"
Hamidah bersuara perlahan sebelum melangkah membelok ke kiri, jalan yang sudah berturap batu bata.
Sekurangnya tidaknya bertanah merah seperti laluan kanan tadi.
Hukuman tuhan kadangkala sekejap sahaja bukan? Hamidah menguntum senyum.
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...