44~ Tumpas

67 5 2
                                    

Lelaki botak bertubuh kekar itu digari dengan serta merta. Beberapa orang lelaki samseng juga turut ditahan. Rumah agam usang itu sudah dikepung pihak polis.

"Alhamdulillah, syukur. Ketua geng botak sudah diberkas." Teja tersenyum lebar.

Ketua kampung juga berada di situ menepuk mesra bahu Arjuna. Riaknya bangga dan terharu dengan penangkapan geng botak. Akhirnya penduduk negeri ini boleh hidup dengan aman damai.

"Kalau tak kerana idea gila, Darma. Tak berjaya kami, tok." Arjuna terjuih mulut menunjukkan Darma yang tersengih menggaru kepala.

" Terima kasih banyak pada kamu berdua kerana banyak membantu. Terutama dalam kes samseng ini." Lelaki beruban putih itu tersenyum.

" Tak ada hal, tok. Membantu itu kan amalan mulia."

Yang lain hanya mengangguk.

"Mengenai kebakaran rumah penduduk kampung tempoh hari, memang sah geng botak terlibat. Motifnya adalah membalas dendam."

Tok ketua hanya menggeleng mendengarnya. Dia begitu risau sekiranya kumpulan itu menganggu gugat keamanan kampungya. Kini ketua serta ahli kumpulan gangster itu sudah ditangkap.

Dia sudah boleh menarik nafas lega.

"Darma, Arjuna, kalian dijemput oleh Sultan negeri kami untuk masuk mengadap."

Lelaki berdua itu tersentak. Betulkah apa yang mereka dengar?

" Baginda sungguh terhutang budi dengan jasa kamu berdua menangkap kumpulan jahat tersebut. Oleh itu kamu berdua dijemput dengan berbesar hati oleh baginda ke istana."

Arjuna tersenyum penuh makna mendengarkan itu sementara Darma terpinga-pinga seorang diri. Mereka berhubung melalui isyarat mata.

Darma mengeluh perlahan. Lelaki seorang ini bijak juga orangnya. Setiap apa yang dilakukan pasti mempunyai muslihat disebaliknya.

' Susah sungguh ada sahabat cerdik pandai seperti ini'. Dia mengeluh sebelum mengukir sengihan lebar.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now