Bermalam

37 2 0
                                    

"Waalaikumsalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Waalaikumsalam."

Siapa pula gerangan yang datang malam begini? Kucing kesayangan yang enak tidur diatas riba diletakkan perlahan ke bawah.

Daun pintu dibuka dan dia tergamam. Dia mengosok mata berulang kali untuk memastikan yang penglihatannya jelas.

Mimpi ke ni?

Ini bukan ke....

Seorang pemuda tegap berwajah tampan tersenyum manis dimuka pintu. Dia berpakaian biasa dengan uncang pakaian atas bahu.

"Maaf saya datang tanpa beritahu kamu. Saya ada kerja di sekitar sini. Boleh saya menginap satu malam di rumah kamu, Ghani?"

"K-kenapa.."

"Ap-apa yang.."

"Err boleh tuanku. S-silakan masuk ke rumah buruk hamba."

Lelaki tanpan itu mengangguk dan membuntuti langkah pemuda bernama Ghani yang terkejut beruk itu.

"Tuanku duduk dulu ya. Saya ke dapur buat air."

Namun ditegah tetamunya itu. Tak jadi dia ingin ke dapur.

"Eh, tak apa, Ghani. Saya baru saja makan malam di gerai berhampiran tadi."

"B-baiklah kalau begitu. Boleh saya tahu apa tujuan tuanku ke sini?"

Darma tersengih. Dia menepuk bahu Ghani yang masih kelihatan terkejut dengan kedatangannya.

"Tak usah panggil saya tuanku di sini. Saya sedang menyamar untuk menyiasat sesuatu. Panggil saya Darma sahaja. Anggap saya seperti sahabat kamu. Kita sebaya bukan?"

Ghani menggaru kepala. Otaknya masih belum proses apa yang berlaku.

"Ta-tapi.. rasanya tidak sopan pula. Saya kan pegawal tuanku."

"Haha jangan risau. Di sini bukan istana. Anggap saya seperti sahabat kamu ya. Jangan kekok begini. Susah saya nanti."

Dia hanya tersengih dan mengangguk.

"Kamu tinggal bersama siapa, Ghani?"

Rumah Ghani simple sahaja. Di ruang tamu ada kerusi dua biji, tv kecil, meja makan kecil dan di sudut sana ada ruang kecil tergantung kuali dan alatan memasak. Itu dapur barangkali.

"Saya tinggal dengan adik saya, Bunga. Kami dua beradik sahaja."

Darma mengangguk. Rumah kecil ini memberinya suasana yang mendamaikan. Mengingatkan dia pada Ibu angkatnya, Fatimah. Beginilah rumah dia membesar. Tidak mewah tapi penuh dengan kasih sayang.

"Maaf, tapi saya ada buat kopi panas."

Seorang gadis dalam lingkungan keluar dengan dua biji cawan dan sejug air kopi dan sepiring kek marjerin.

"Terima kasih. Bunga ya? Sekolah darjah berapa?" Darma tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Kelas satu menengah atas. Saya masuk dulu ya, nak ulangkaji."

"Baiklah."

Gadis di usia awal remaja itu mengingatkan Darma kepada seseorang. Seorang gadis comel dengan bunga diselit ditelinga. Senyuman menawan. Raut wajah yang cantik.

Lestari.

Kamu di mana?

❤️❤️❤️
Lima belas tahun lalu...

"Ibu...."

Seorang anak perempuan lari naik ke atas rumah sambil menangis. Si ibu yang sedang mengangkat bakul kain terpinga-pinga memandang anak perempuannya yang menyerbu dan memeluk betis.

"Mengapa Lestari? Abang mana?"

Air mata yang menitis diseka si ibu. Pipi gebu itu dicuit oleh si ibu. Geram!

"Abang tinggalkan adik...Kaki... kaki adik ada pacat. Lepas itu abang gelakkan dan lari bersama kawannya...Dia tak tolong pun adik...."

Lagi kuat tangisan si anak. Si ibu hanya menggeleng. Sudah agak. Darma kalau tak menyakat si adik, memang tak sah.

"Sudah. Jangan menangis. Ibu ada goreng cekodok pisang. Adik tentu suka kan? Jom kita mandi dulu. Badan adik kotor ni. Lepastu kita makan ya?"

Ibu membongkok dan menabur secubit garam ke kaki si kecil itu untuk membuat lintah tercabut dari kulit.

Lintah yang tergeletek di lantai disapu keluar rumah. Selepas itu barulah ibu menuju ke telaga untuk memandikan si anak.

"DARMAAA!!"

Langkah budak lelaki yang terjengket-jengket naik ke dalam rumah terhenti. Dia menoleh perlahan.

Alamak!

Ibu!

Habislah, mesti Lestari dah mengadu pasal lintah tu. Dia hanya tersengih tanpa rasa bersalah.

"Kamu usik adik kamu lagi!?"

"Hmm Darma..hanya main-main ibu. Tak sangka adik takut sampai lari balik rumah."

"Takkan kamu tak tahu adik kamu takut pacat?"

Dia menikus apabila ibunya mencerlung memandangnya. Matanya melekat pada rotan yang tergantung di dinding. Janganlah ibu capai rotan tu.

Kalau tak, habislah dia!

"Darma tak sengaja ibu. Darma minta maaf..."

"Pergi mandi sekarang!?! Dengan selut penuh kaki. Habis lantai! Bertuah punya anak! Haishh!"

Segera dia mencapai tuala lusuh yang tergantung dan tergopoh gapah menuju ke telaga.

Sempat dia menjelir lidah kepada adiknya yang sedang enak mengunyah jemput-jemput pisang.

Manja! Mengadu saja budak kecik ni!

"Ibu... abang jelir lidah...!"

"Darma!! Pergi mandi!!"

"Baik ibu!!"

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now