Komplot 2

63 5 0
                                    

Tengku Kamariah mengetuk pintu kayu itu dengan kuat. Selendangnya diangkat untuk menutup sebahagian mukanya. Sambil itu matanya merenung langit malam itu.

Malam itu langit gelap tanpa bintang. Hanya ada bulan yang terang menerangi kawasan rumah kecil yang terletak di pinggir hutan itu.

"Mari masuk cepat." Seorang wanita separuh abad menggamit Tengku untuk masuk.

Bayi yang montel itu didukung dengan senyuman.

"Terima kasih, Manis. Kalau tak kerana kau, entah ke mana aku mahu letak si kecil ini."

Manis hanya tersenyum. Dia menyua botol susu kepada Tengku Kamariah.

"Tidak ada apalah, Kama. Aku pun hidup sebatang kara selepas kematian anak aku. Dengan kehadiran Andika, dapatlah mengubat kesunyianku ini."

Tengku Kamariah hanya tersenyum merenung mata bulat si kecil. Mulut kecil itu menghisap botol yang diberi ibunda saudaranya.

"Kau sudah beritahu Sultan dan permaisuri?"

"Sultan sudah. Permaisuri belum. Emosinya masih tidak stabil. Nanti setelah selesai hukuman, baru aku berniat memberitahu adindaku itu."

Manis hanya mengangguk. Dia menghidang ubi rebus bersama kelapa dan air teh panas.

"Eh, susah-susah saja, manis. Sudah lewat malam, tak perlu hidangkan apa-apa padaku."

"Eh tak apa. Lagipun kau susah payah berjalan kaki ke sini. Jaraknya bukan dekat dengan istana."

"Hmm iyalah. Terima kasih ya."

Mereka berdua terdiam sejenak melihat bayi kecil yang nyenyak tidur di atas tilam nipis. Di tepi dinding bersusun kemas  barangan dan pakaian bayi.

Meski mereka menyembunyikan putera kecil itu namun kebajikan bayi itu tetap terjaga. Semua lengkap di dalam rumah terpencil di pinggir hutan itu.

Tengku Kamariah juga mengupah beberapa hulubalang yang menyamar menjadi pemikat burung, penoreh getah dan pesawah untuk mengawasi rumah kecil itu.

InsyaAllah keselamatan putera kecil itu terjaga di rumah kecil itu.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now