Negeri Rembulan
Hari pertama"Salam. Saudara berdua dari Negeri Temasik?" Tegur seorang lelaki tampan berpakaian t-shirt hitam dan berseluar hitam.
"Oh ya, ya."
" Hamba Angkasa, salah seorang utusan ke istana Temasik tempoh hari."
Lelaki itu mempekenalkan diri.
"Pasar inikah yang tuan hamba beritahu kami? Tiada yang pelik rasanya. Semuanya terlihat normal." Darma meneliti keadaan Pasar Besar itu.
Gerai-gerai kecil tersusun rapi di tepi jalan dengan pelbagai jenis makanan yang memancing selera sesiapa sahaja. Sesekali aroma ikan bakar menusuk hidung.
Aih, sudahlah mereka hanya mengalas perut dengan roti kering selama 2 hari perjalanan. Perutnya berkeriut meminta diisi.
Krrrk~~
"Pasti tuan hamba berdua lapar bukan? Mari saya bawa tuan hamba berdua ke gerai terkenal di sini."
"Hehe.." Arjuna dan Darma tersengih malu mengatur langkah membuntuti lelaki itu.
"Selamat menjamu selera, encik."
Pemilik gerai kecil itu menghidangkan 4 ekor ikan bakar, kuah asam, nasi dua pinggan dan juga ulam-ulaman.
"Jemput makan tuan hamba."
Tanpa menoleh mereka berdua makan dengan cermat. Mereka agak kelaparan kerana hanya menjamah roti dan juga air kosong hari itu.
"Cuba kamu perhatikan pengunjung yang sedang bersesak itu." Pemuda itu menyalakan rokok daunnya sambil menunding jari ke arah orang ramai yang sibuk lalu lalang.
Wajah mereka statik sahaja. Semua berjalan ke hadapan dengan tergesa-gesa.
Tiada bunyi riuh rendah pengunjung pasar tersebut. Mulut masing-masing bagai terkunci. Hanya kaki mereka yang mengatur tujuan mereka.Darma yang bangun untuk mencuci tangan tersentak. Baru dia perasan. Pengunjung bagai mayat hidup. Orang ramai yang lalu lalang bagai tidak mengendahkan gerai makanan di tepi. Mereka berpusu-pusu pergi ke satu arah. Kebanyakan peniaga hanya duduk termenung.
Mungkin mengenang nasib mengapa pelanggan mereka berperangai aneh seperti itu.
"Mereka bagai dipukau." Arjuna membuat rumusan sendiri. Namun dipersetujui oleh Darma dan Angkasa.
"Ya, Para peniaga sudah habis ikhtiar. Pelbagai cara dibuat untuk menarik kembali pelanggan ke gerai masing-masing. Namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil. Hari demi hari pelanggan masih tiada." Terang angkasa panjang lebar.
Puntung rokok daun dicampak tanah dan dipijak. Kemudian dibuang ke dalam tong sampah. Dia ada mempelawa kedua tetamu itu untuk merokok, namun ditolak dengan baik.
"Ada apa-apa yang aneh berlaku sebelum ini?" Soal Darma menongkat dagu. Air sirap ais dalam gelas makin surut.
"Ada peniaga dari Tanah Siam datang meniaga makanan di sini. Sejak kedatangan mereka, semua orang tertumpu ke kedai makan ya sahaja. Kedai lain tidak ada pelanggan lansung."
Mereka berdua mengangguk.
"Kami sudah habis makan, sebentar ya." Arjuna bangun untuk membayar makanan.
"Eh, tidak mengapa. Hamba sudah bayarkan."
"Eh, buat susahkan tuan hamba sahaja."
Angkasa tersengih.
" Tidak mengapa. Lagipula hajat kamu ke sini untuk membantu kami di sini. Tiada salahnya jika hamba belanja."
"Terima kasih banyak ya. Moga kamu dilimpahkan rezeki."
" Amin. Oh ya, mari hamba bawa kalian ke gerai siam aneh itu."
Lelaki berdua itu mengangguk seraya bingkas bangun sebelum mengucapkan terima kasih pada peniaga gerai ikan bakar itu. Peniaga itu tersenyum melambai mereka sebelum kembali muram merenung langit.
Sedap sungguh makanan di kedai itu. Siapa saja yang tidak muram jika jualannya yang dahulu sangat laku, kini tiada pelanggan.
"Mana tau kita dapat selidik sesuatu dari gerai siam itu."
Kemudian mereka bertiga tenggelam dalam kerumunan orang ramai yang bergerak ke hadapan.
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...