Halaman 9: Pemergian

161 18 1
                                    

"Betul kamu hendak pergi? Kamu sudah fikir masak-masak?"

Lelaki itu mengangguk laju. Sepertinya dia amat nekad akan tindakannya itu.

"Kamu tak mahu beritahu dia? Atau berjumpa buat kali terakhir mungkin?"

Lelaki itu menggeleng pula. Bungkusan di bahu dikemaskan. Pandangan orang di situ terarah padanya.

Dia tersenyum dan melihat sekeliling. Dia dapat melihat bumbung rumahnya dari situ. Rumah yang menyimpan banyak kenangan manis.

Juga kenangan pahit.

"Tolong tengokkan dia ya, Mawar, Orkid."

Matanya redup memandang gadis berdua yang duduk di pelantar rumah.

"InshaAllah, abang. Usah risau."
Suara halus itu menjawab sopan.

"Terima kasih semua atas bantuan kalian. Hanya Tuhan dapat membalasnya. Hamba pergi dahulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Semua yang berada di situ menjawab salam serentak. Masing-masing masih terkejut dengan kejadian itu.

Lelaki itu menapak perlahan dari situ dengan longlai. Sudah tiada apa untuknya di kampung itu. Biarlah dia pergi mengembara untuk mengubat hati yang luka.

Hati yang disiat-siat tanpa belas kasihan. Hanya secebis iman punca dia bertahan kini.

Dia menarik nafas perlahan. Lorong bertanah merah ditenung seketika. Hidup perlu diteruskan.

Kereta kuda berhenti mendadak dihadapannya. Debu bertebangan di udara.

"Assalamualaikum. Maaf ya hamba terlambat. Singgah di pekan sebentar menghantar hasil tani bonda hamba."

Dia mendongak. Waris kelihatan tersenyum padanya. Lelaki itu kelihatan santai dengan baju pagoda lusuh dan seluar senteng.

"Tidak mengapa, kakandaku. Terima kasih juga sudi tumpangkan hamba."

Dia mengelus kuda itu perlahan. Kuda mengeluh perlahan membalas sapaanya.

Berahim tersengih lebar. Kuda juga mengerti dan membalas sapaannya. Kau mengerti ya, Jambo?

"Hahaha. Jambo memang jinak."

Wira tersengih geli hati melihat riak wajah lelaki itu. Terkejut agaknya ya?

Dia menepuk mesra kuda berwarna coklat itu. Jambo mengeselkan kepalanya ke bahu tuannya.

"Mari kita bertolak. Hari sudah beransur petang."

Berahim mengangguk mengiakan kata sahabat lamanya itu.

"Untung kau, Wira. Jambo seperti sangat menyayangimu."

Lelaki kulit hitam manis itu menarik perlahan tali untuk memberi isyarat agar Jambo mula bergerak perlahan.

"Ah, kau lagi bertuah kurasa. Punya teman hidup boleh temani kau sehidup semati. Sedangkan aku hanya punya kuda sebagai teman."

"Heh, kuda lagi setia dari manusia. Carikan aku kuda seekor, Wira!"

Wira tergelak kecil. Sesekali penduduk kampung menyapa apabila berpapasan dengan mereka.

Haih, betapa perlahannya mereka berdua bergerak!

"Hei, apa yang lucu? Aku berkata benar. Carikan aku seekor! Aku mahu yang putih."

"Haha. Baik. Maaf aku cuma terpempan. Nanti aku carikan seekor."

Jambo bergerak sangat perlahan. Rasanya orang berlari boleh melintasi mereka dengan mudah.

Bagus juga mereka bergerak perlahan begini. Bolehlah dia menghirup udara segar.

Angin menderu perlahan menampar wajahnya. Kehijauan di kiri dan kanan memberi sedikit ketenangan.

"Him...him!"

Dia membuka mata. Dahinya sedikit berkerut pabila ketenangannya diragut.

"Mengapa Wira?" Ada apa pula ni? Mengacau sahajalah!

"Kau dengar tu?"

Berahim memasang telinga dengan peka. Apa pula yang didengar lelaki ini?

Tidak mungkin ada hantu di siang hari begini?

"Hantu?" Dia meneka wajah selamba. Sepertinya ada orang menangis.

"Tu..." Wira seperti menunjuk satu arah. Dia kelihatan tergamam.

Berahim tegak. Dia menoleh perlahan ke arah belakang. Dadanya sedikit berdebar.

Ada pontianak menumpangkah? Siang-siang begini?

"Abang..."

Riak wajahnya berubah. Bagaimana dia boleh mengikuti mereka ke sini?

"Wira! Cepat, lajukan kenderaan!"

Wira memandangnya tercengang.

"Cepat!"

Lelaki itu segera menarik tali dua kali dan mereka bergerak lebih laju dari biasa.

"Mengapa kita lari? Patutnya tuan hamba..."

"Ah, nanti hamba cerita lebih lanjut. Kita perlu pergi jauh dari sini."

Wira hanya diam menurut meski persoalan demi persoalan muncul di benaknya kini.

Berahim ada masalahkah?

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now