Suasana dapur istana pada lewat petang itu riuh dengan beberapa tukang masak yang menyediakan hidangan untuk santapan keluarga diraja satu jam dari sekarang. Mereka dibantu oleh dayang dapur istana yang berkeliaran.
"Mawar, berikan padaku periuk di sebelahmu itu."
"Terima kasih." Embun lincah memasang api dan memasukkan bawang yang telah ditumbuk lumat.
Bau harum menyeluruhi ruang dapur yang luas itu.
Dia menyeka peluh di dahi.
Masih ada yang belum disiapkan. Pencuci mulut!
"Mawar sudah siap! Biar Mawar sahaja buat pencuci mulut ya! Berbaki satu jam sahaja lagi. Onde-onde, seri muka dan cendol bolehkah?"
Embun mengangguk dan berterima kasih. Serbuk kari dituang cermat sebelum dikacau perlahan. Dia menjeling ikan di dalam bakul rotan.
Ikan belum digoreng! Masa makin suntuk. Raja Pasha merupakan seorang yang tepati masa. Pantang jika waktu makan terlewat atau terawal dari waktu sepatutnya.
Mujur Mawar mahu membantu! Sayang kau Mawar!
"Boleh juga. Dengar kata Putera Darma yang kacak gemar akan kuih itu. Manalah tau selepas dia merasa air tanganmu, ada yang bakal jatuh hati."
Jelita yang sedang lincah menghias hidangan yang telah siap dalam pinggan tembaga mengusik.
"Haissh, Jelita. Ke situ pula kamu ya. Lihat laukmu itu, buruk rupa hiasanmu aku tidak bertanggungjawab."
Mawar menjeling teman serumahnya itu sambil tersenyum. Faham benar akan ulah gadis itu. Gemar mengusik!
Hatta Makcik Gayah, tukang sapu istana, selalu disakatnya. Habis keluar segala latahannya yang menggelikan hati.
Itulah salah satu bentuk hiburan mereka. Menjadi tukang masak istana bukan perkara mudah kerana citarasa keluarga diraja sangat berbeza.
Setiap orang ahli keluarga diraja mempunyai tukang masak yang tersendiri. Istana Dirgahayu mempunyai 6 ruang dapur, 30 tukang masak dengan pelbagai kepakaran masakan seluruh negeri, Dayang dapur pula ada 50 orang yang ditugaskan menyediakan Meja makan istana dan pergerakan keluar masuk makanan.
"Aduh, Mawar boleh ganti aku?"
Mawar menoleh. Manis menekan perutnya sambil berkerut menahan kesakitan.
"Kau tak apa-apa?" Soalnya bimbang.
" Perutku memulas. Boleh ganti aku hidang makanan kepada Putera Darma? Dulangnya aku letak di sana ya."
"Boleh saja. Pergilah ke kamar mandi. Terlepas di sini, susah pula nanti."
"Terima kasih, Mawar! Aku ke kamar mandi dahulu ya!"
Gadis bertocang itu bergegas menolak pintu. Mawar, Jelita dan Embun hanya tersengih melihat gelagat lucu itu.
"Ada-ada sahajalah dia ini."
🌟🌟🌟🌟🌟
"Terima kasih."
"Sama-sama, Tuanku."
"Nanti!"
Dia menoleh dengan perasaan gementar. Mengapa pula ni?
"Ya tuanku?" Roman muka dimaniskan tatkala debaran dalam hati menggila. Mana taknya, jarang Putera Darma berbasa- basi dengan dayang, tukang masak. Selalunya melalui ketua masak istana sahaja.
Dayang dan tukang masak istana tidak dibenarkan melakukam sebarang interaksi dengan mana-mana keluarga diraja kecuali hal mustahak.
"Aku tidak pernah melihatmu. Kau baru di sini ya?"
Mata Putera itu menikam anak matanya dalam. Mawar terkulat-kulat tatkala dayang yang lain melintasinya setelah meletakkan hidangan di atas meja panjang yang memuatkan 30 orang tetamu.
Dan dia masih di situ kerana ditegur Putera itu. Mujur keluarga diraja yang lain masih belum muncul. Entah mengapa putera itu awal pula hari ini.
"Y..ya, baru sebulan patik bekerja di sini. K..kenapa tuanku? A...da yang tidak kena? Maafkan patik. P...patik hanya gantikan sahabat patik. Patik bekerja di dapu sebenarnya."
Putera itu hanya tersenyum kacak melihat kegugupan gadis cantik itu.
"Jangan takut. Kau tidak membuat apa-apa kesalahan. Cuma aku seperti pernah melihat kau sahaja. "
"Hah? M..mungkin tuanku tersalah. Pelanduk dua serupa?"
Putera Darma mengangguk dan menoleh apabila pintu agam bilik santap dibuka oleh pengawal.
"Ah, mungkin juga. Mungkin aku salah orang. Namamu siapa?"
"M... Mawar, tuanku. Patik beredar dahulu ya."
"Baiklah. Hati-hati ya, Mawar."
Mawar segera beredar melalui pintu belakang kamar santapan diraja itu. Dadanya berdetak hebat.
Seperti dia membuat kesalahan besar gamaknya. Sedangkan tuanku putera cuma berbasa-basi dengannya.
Dia melabuhkan duduk di kerusi berhampiran taman istana.
"Mawar, kau tidak apa-apa? Mengapa wajahmu pucat?" Tegur Manis yang kebetulan berada di situ menunggu kelibat mawar.
Tubuh Manis dipeluk kejap. Tangannya mengigil teruk. Lututnya menjadi lembik serta-merta.
"P...putera Darma...D..dia.."
"Apa yang dia lakukan?" Manis membulatkan mata. Putera kacak itu ada buat sesuatu pada sahabatnyakah?
"Dia...dia hanya mahu berbasi-basa. Hanya bertanya jika aku dayang baru kerana dia tidak pernah melihatku sebelum ini. Anehnya.. Aku..Aku rasa seperti pernah melihatnya. Tapi..tapi aku tidak ingat."
"Shhh kau tenang ya...Mari kita pulang. Ketua Dayang memberi kita pelepasan awal hari ini. Dayang istana akan ambil alih tugas kita malam ini."
Manis memapah sahabatnya yang lemah menyusuri bunga-bungaan istana yang indah. Beberapa ekor burung dan rama-rama mengitari suasana dengan gembira.
Doanya agar Mawar tidak apa-apa. Hatinya dijentik hairan. Jarang sungguh Putera Darma menyapa pekerja istana. Jika ada, mungkin agak mustahak. Bukan untuk berbasa-basi.
"Raja Pasha ada ketika iti?" Soalnya perlahan.
"Tiada. Hanya Putera seorang yang tiba awal. Semua kerabat diraja belum tiba."
Manis menghela nafas lega. Mujurlah. Raja Pasha amat tegas dalam hal ini. Tiada seorang pun pekerja istana dibolehkan berinteraksi dengan kerabat diraja tanpa ada hal mustahak.
Kalau ditangkap, hukum pancunglah jawabnya!
Ngeri sungguh!
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...