"Ibu, kita nak ke mana?"
"Kita kena selamatkan diri, nak."
"Tapi abang dengan kakak.."
"Kita kena selamatkan diri, sayang. Nanti kita jumpa mereka dekat syurga ya?"
Anak kecil itu hanya mengangguk. Kaki kecilnya hanya mengikut langkah ibunya tampa banyak soal. Sesekali dia mendongak melihat si adik yang nyenyak tidur atas dukungan ibunya.
🌼🌼🌼
"Darma, kau tak pernah cerita tentang ini.."
Arjuna merenung daun nipah yang terjuntai di atas bumbung. Dia menarik selimut nipis untuk berselubung. Sejuk betul suasana apabila malam tiba.
"Aku dah lupakan tragedi hitam tu. Sebetulnya bila Nek Mah buka cerita, baru aku teringat."Ringkas Darma menjawab.
Arjuna hanya mengangguk. Kalau dia mahu trauma rasanya. Tak pun jadi tidak siuman. Kuat betul sahabatnya itu.
Bayangkan semua adik beradik dibunuh dan hanya dia dan yang bongsu terselamat. Patutlah memori pemuda itu memilih untuk memadam semua tentang tragedi itu.
Sekurang-kurangnya hidup boleh diteruskan tanpa dibayangi masa silam.
"Sebab itulah aku berusaha mencari siapa dalang disebalik semua ini. Untuk menuntut bela kematian adik-beradikku."
Suasana jeda. Hanya terdengar bunyi cengkerik menghiasi suasana pada malam itu.
"Eh kau dengar tak?"
Darma menjungkit kening.
"Aku dengar seperti ada bunyi perempuan menangis."
"Hish kau ni. Merepek apa tengah malam buta seperti ni." Marah Darma sambil menepuk bantalnya.
"Betul. Cuba kau dengar betul-betul."
Huuuuu~~~
Huuu~~~~
Darma terus bangkit dari tilam. Dia mencapai parang di tepi dinding.
"Eh kau mahu ke mana?" Bisik Arjuna.
"Aku mahu periksa suara apakah itu."
"Hesh tak usahlah. Itu semua mainan syaitan. Sengaja mahu menakutkan kita malam-malam begini." Arjuna sudah kembali baring.
" Kalau manusia? Biar aku periksa dulu. Kau tidurlah, Juna."
Belum sempat dia membalas, lelaki bertubuh tegap itu sudah hilang dari pandangan. Dia terkebil-kebil sendiri.
Patutkah aku turut serta? Tapi matanya sudah berat. Malas rasanya mahu menapak keluar dari bilik itu.
Mengantuk.
"Arjuna!!!"
Baru sahaja dia lelap, namanya dilaung kuat. Tersentak dia terbangun dari tilam nipis.
"Arjuna!! Keluar cepat!"
Itu seperti suara Darma. Apa yang telah terjadi? Dia masih terpinga-pinga menyarung kemeja dan melangkah keluar.
"Mawar?"
Matanya yang kabur terus menjadi cerah serta merta. Apa dia buat disini?
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...