"Nenek! Buat apa tu?"
"Astargfirullah!"
Nek Mah yang leka mengutip kacang panjang di kebun kecilnya mencekak pinggang.
Gadis itu tersengih memeluk mesra pinggang neneknya.
"Bertuah punya cucu! Nasib Nek tak jalan terus saja tadi!"
Nek Mah hanya menggeleng melihat Orkid tersengih seperti kerang busuk.
"Cili ni pun nak petik juga? Nak tolong!"
"Ha boleh. Sangat dialukan. Tu, jangan lupa sawi, terung, tomato sekali. Bakul kat sana."
"Baik nek! Jom Mawar, kita tolong nenek!"
"Hehe okay."Mawar keluar menyarung seliparnya.
Mawar turut mencapai bakul untuk mula mengutip tomato yang masak ranum itu.
"Gemuk-gemuk ya tomato nenek!" Bercahaya mata hazel gadis itu melihat tomato yang besar-besar.
"Syukur Mawar. Itulah hasil kita berbudi pada tanah." Senyum Nek Mah yang sudah melabuhkan duduk.
Lenguh.
"Kau boleh tolong aku tak, Orkid?" Dia menoleh kepada cucunya yang ligat mengutip terung.
"Boleh sangat nendaku tersayang."
"Seman cuti harini dan esok. Boleh tolong jual semua ni di pekan?"
"Kami boleh tolong!" Suara garau menyampuk. Kelihatan dua orang lelaki tegap datang membawa tong besar berisi air.
Orkid tersengih. Patutlah tak nampak kelibat dua jejaka itu. Rupanya pergi mengambil air bersih di perigi.
"Alhamdulillah." Nek Mah tersenyum. Wajah kedua pemuda itu ditatap lama.
"Wah, semua mengutip sayuran ya?"
Arjuna duduk melepaskan lelah di anjung rumah kecil itu."Bakawali mana? Tidur lagikah?"
Bunyi tapak kaki kedengaran dari dalam. Keluar seorang gadis cantik tinggi lampai menatang dulang.
"Hei cantik sikit ya. Saya masak untuk sarapanlah! Mari makan semua!". Bakawali menjeling wajah tampan itu.
"Aku memang kacak! Kesian kau baru perasan." Darma membalas dengan selamba.
Mawar dan Orkid hanya ketawa kecil melihatnya.
"Kakak, orang tua-tua kata kalau gaduh di pagi hari, berjodoh nanti!"
"Hesy janganlah!" Serentak Bakawali dan Darma berpandangan dan membalas.
Semua yang ada menghamburkan tawa.
Nampaknya macam ada bau bunga-bunga cinta saja."Wah! kakak masak mee goreng basah!"
Orkid menjerit kegembiraan. Dia mencedok mee ke dalam pinggan semua orang.
"Hesy budak ni. Kamu tu anak dara. Tak elok menjerit begitu." Nasihat Bakawali menuang air teh panas ke dalam cawan.
"Hehe. Dah lama adik tak rasa mee kakak tau!"
Bakawali hanya mencebik.
"Iyalah tu!"
Nek Mah hanya menggeleng.
"Maaflah, Darma, Arjuna. Mereka berdua ni memang begini. Kalau jarang jumpa, rindu. Dah jumpa berperang mulut pula."
Kedua jejaka itu hanya tersenyum. Masing-masing khusyuk menikmati sarapan pagi.
"Terima kasih ya, Nek Mah kerana tumpangkan kami. Kami akan teruskan perjalanan petang ini, InshaAllah." Darma membuka mulut memecah kesunyian.
YOU ARE READING
Hikayat Mawar Berduri
Historical FictionBerlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepergian suami tercinta tanpa sebarang sebab. Arjuna Sakti, seorang lelaki tampan yang selalu tersenyum...