Bab : 8

1.9K 173 0
                                    

🌷Sweet Farewell 🌷

Dua hari kemudian

Berita mengenai Joshua dan Alan di gantung kolej tersebar sehari selepas kes pergaduhan Hera bersama mereka. Seiring dengan berita itu, Alan dan Joshua kemudian memberitahu bahawa mereka berdua bakal berhenti terus dari kolej tersebut kerana di pindahkan ke tempat lain oleh parents mereka.

Hal tersebut telah buat banyak peminat dan penyokong kelab ragbi kolej bersedih mengenai berita itu. Tetapi tiada apa-apa yang mereka dapat lakukan mengenai hal tersebut memandangkan video pergaduhan di kelab tempoh hari turut disebarkan di facebook rasmi kolej. Jadi tiada siapa yang mahu cuba untuk pertahankan Joshua dan Alan kerana enggan terlibat dalam sebarang scandal dan isu.

Mungkin ini la maksud orang,

Sewaktu senang, kawan beribu,

Ketika susah, tiada siapa yang mahu mengaku.

Joshua dan Alan menerima nasib mereka tanpa berlawan sebab bukti sudah jelas tunjuk mereka yang bersalah sedangkan kenyataanya hanya mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku pada malam itu.

Dua beg bagasi tersedia di depan pintu asrama lelaki sewaktu kedua-dua itu diiring keluar dengan dekan dan dua orang pelajar lelaki lain. Joshua dan Alan dengan wajah sugul masing-masing tunduk memandang ke lantai saat berhadapan dengan dekan Deena.

"Kamu tahu...kamu tak perlu berhenti terus dari kolej ini...saya boleh saja kurangkan tempoh penggantungan kamu berdua.."aju Dekan Deena yang sebenarnya tidak mahu lakukan semua ini. Tapi kalau bukan kerana hendak letakkan sebagai contoh dan pengajaran buat pelajar lain, maka dia terpaksa kenakan tindakan kepada mereka berdua.

Alan hanya mendiamkan diri.

Joshua yang berdiri dengan tangan di dalam poket seluar pandang Dekan Deena dengan senyuman meleret mengejeknya. "Tak perlu...tanpa tunggu kami digantung sekalipun saya memang berniat mahu berhenti dari sini pun.."ujarnya sebelum berpaling dari situ tanpa mengerling ke Que yang sedang berdiri di situ dengan Dekan Deena. Dia capai pemegang bagasi di situ dan di dorong sama keluar dari lobi asrama.

Sebaik Joshua jalan melepasinya, Alan dekat situ kerling ke Que dengan renungan seakan mahu sampaikan sesuatu tetapi tidak terluah. Dia hanya pandang kesal ke Dekan Deena lalu berkata. "Terima kasih untuk semuanya.."ucap dia sebagai pamitan terakhir dan turut berpaling membelakangkan mereka semua di situ dengan kepala tertunduk ke bawah.

Que berdiri termangu di situ sambil menggapai tangan mahu mencapai Alan, tetapi rakan di sebelahnya ketika halang. Bersama muka kebingungan, Que pandang rakannya di sebelah dengan perasaan berbelah bahagi. Tetapi bila dia tengok rakannya menggeleng kepala tanda 'jangan' dia terpaksa akur dan tidak menghalang Alan dan Joshua pergi.

Alan dan Joshia yang telah berada di luar bangunan asrama di sambut oleh pemandu masing-masing. Dua kereta sudah tersedia di depan bangunan itu. Saat dua orang itu hendak masuk ke dalam kereta, ketika itu la, orang tersebut muncul. Berdiri di tepi kereta menghadap mereka berdua dengan reaksi selamba dan bersahaja.

Elok sahaja Joshua hendak buka pintu kereta, terus berhenti lepas nampak Hera di situ. Dia pandang Hera dengan kening berkerut tak suka. "Nak apa lagi ni?"tanya Joshua.

Alan pun begitu, dia awalnya nak masuk ke dalam lepas buka pintu, tapi dia tutup semula pintu kereta sebaik melihat Hera berdiri dekat dengan keretanya. "Suka la kau kan!"getusnya. "Kau sediakan apa?Pom-pom untuk hantar kita orang pergi dari sini?Macam tu?"marahnya.

Alan dan Joshua marahkan Hera sebab mereka masih fikir yang Hera telah buka mulut pada Dekan Deena mengenai kejadian di kelab tempoh hari dan mereka syak Hera la yang menyebarkan video pergaduhan mereka itu di facebook kolej. Sebab itu la mereka begitu bencikan dia.

Hera menghampiri mereka lalu berdiri di tepi kereta Alan. Tangannya berseluk pada hoodie yang dipakai. "Good luck.."ucapnya setelah itu. "Hidup kau lebih baik dekat luar sana dari sini"dia pandang dua wajah itu dengan renungan redup.

Hera sikit pun tak terasa dengan layanan yang diberikan oleh Alan dan Joshua. Malah dia faham apa perasaan dua orang ini sedang rasakan waktu itu. Sebab dia sendiri pernah lalui situasi yang sama. Situasi dimana waktu senang dulu orang agungkan, kawan berkepit kiri kanan. Dan sekarang bila dalam masalah, dipandang tidak, inikan lagi di akui sebagai kawan.

Alan berdengus mengejek semasa mendengarnya.

"Ha'ah...lebih baik sebab tak ada perempuan gangster macam kau ni!"ujar Alan dengan benci.

Hujung bibir Hera terjungkit. Dia tersenyum sinis sewaktu tunduk memandang seketika ke kakinya sebelum kembali memandang Alan dan Joshua. "Kau pasti ke aku yang buat hidup kau orang susah macam ni?"tanya dia dengan kepala terlentok sedikit. "Kalau difikirkan balik, siapa aku...eh tak bukan..siapa kau dalam hidup aku?Apa yang aku dapat sekalipun aku laporkan kejadian tu dekat dekan..?Setahu aku...tak ada function pun..."ujarnya.

Joshua dan Alan terdiam buat seketika. Mereka pandang tidak faham pada Hera. Sesuatu menyentak benak mereka berdua ketika itu.

Memandangkan dia sudah selesai dengan mereka, Hera berpaling mahu pergi dari kawasan itu, tetapi di saat dia mahu melangkah pergi dari situ, dia terpandang akan Dekan Deena sedang berdiri di depan pintu masuk asrama lelaki tidak jauh dari mereka ketika itu.

Dekan Deena dan Hera bertentang mata dengan renungan tidak dapat ditafsirkan. Tetapi sekejap sahaja, selepas itu Hera melangkah pergi dari situ kemudiannya. Meninggalkan Alan dan Joshua di belakang dengan langkah yakin bersahajanya.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now