Bab : 92

1.7K 146 2
                                    

🌷Trauma Interkom🌷

Mereka dekat meja makan tu pandang silih ganti akan dua orang yang sedang duduk sisi samping masing-masing silih ganti. Sejak jumpa tadi sampai la mereka dapatkan makanan, pasangan depan mereka ini tidak habis-habis bertekak. Alasannya tidak la serius mana, Kayden hanya bergurau dengan menyakat Hera mengenai soalan bocor untuk kuiz sejarah yang Hera ambil. Hera yang percaya pun baca la apa yang Kayden beritahu. Sekali tu tak ada satu pun yang keluar.

Nah!Dari situ la Hera naik angin.

Baru seminggu get back....tapi dua orang ini bergaduh seperti hari esok tiada sepanjang masa!

Slap!

Slap!

"Auw!Sakit la!"

SLAP!

"Stop it!"

"Kau yang mulakan!"

"Kan aku cakap tak bergurau..aku tak tahu pulak kau percayakan aku!"

SLAP!

"Tak guna tahu tak kau ni!"

"Seriously?Kau nak bertekak dengan aku sebab ni je?"

"Habis tu kau buat perangai menjengkelkan tu kenapa!"

"Siapa menjengkelkan hah?Aku ajak bergurau dengan kau sikit pun tak boleh ke?"

"Ini bukan bergurau namanya!Ini cari pasal la sengal!"

"Hei!Kau orang sudah la!"

"Kayden...kau mintak maaf je la dekat Hera tu.."

"Asal aku pulak!Aku tak buat salah...dia yang melebih."

"Apa!Memang nak kenakan!Sini!!"

Hera sudah cengkam rambut Kayden mahu mengerjakan lelaki itu.

Tetapi Kayden lebih cepat mengelak. Dia bangun dari situ mahu larikan diri.

"Jangan nak lari lelaki tak guna!"Hera ikut bangun dan mengejar Kayden.

Arion dan Kyle halang Hera dengan mencempung Bawah lengannya. Menarik gadis itu supaya tidak menyerang Kayden.

"Kau tahu tak aku berjaga malam semata nak baca buku...dan kau apa?Kenakan aku!"gelut Hera yang sudah mengangkat kaki mahu menyepak Kayden. '

Kayden tersengih nakal. Dia betulkan rambut dan pakaiannya yang sudah serabut dek dikerjakan Hera tadi. "Babe...kau patut terima kasih dekat aku okay...sebab aku tolong kau.."

Kembang kempis hidung Hera mendengarnya. "Terima kasih kepala otak kau!Dasar teman lelaki tak guna!Kau sengaja nak susahkan lagi hidup aku!"ngaumnya dengan berang sambil cuba sedaya upaya menarik tangan dari cengkaman Arion dan Kyle.

Riuh tempat makan mereka itu dengan suara bising Hera, yapi memandang mereka sudah terbiasa dengan suasana tersebut, sikit pun tidak memalingkan kepala apatah lagi terganggu dengan hal itu. Bagi mereka semua itu ibarat irama yang mengisi rutin harian mereka di akademi tersebut.

Que, Joshua dan Alan di meja tidak jauh dari kawasan lepak geng Kayden hanya perhatikan situasi itu Bersama sengih meleret mereka. Saling bertaruh akan siapa yang menang dalam pergelutan itu. Oleh kerana mereka masak dengan perangai Hera, mereka tidak susahkan diri untuk menghalang. Sebab itu namanya cari pasal!

"Kau tahu kau Nampak comel sangat bila marah."seloroh Kayden yang berani mencubit kedua-dua belah pipi Hera.

Hera yang sudah merinding jengkel itu gerakkan kepala mahu menggigit jari Kayden. "Jangan sentuh aku!"

Kayden beri isyarat kepada Kyle dan Arion supaya lepaskan Hera.

"Don't worry..lima markah je...aku tolong kau score kuiz untuk subjek yang lain.."pujuk Kayden.

Sebaik dirinya di lepaskan, Hera terus menerkam Kayden mahu memukul lelaki itu. Tetapi belum sempat tangannya hendak hinggap di badan itu, tiba-tiba suara muncul dari alat pembesar suara di cafeteria itu.

"Perhatian kepada Hera Xiana dari kelas 3-3 sila hadirkan diri ke pejabat dekan serta merta."maklum staf lelaki di dalam intercom itu.

Kaku terus Hera dengan kepalan penumbuknya di Udara bila mendengar makluman itu.

Sementara yang lain pandang terkejut ke siling cafeteria.

"Diminta pelajar bernama Hera Xiana hadirkan ke pejabat dekan dengan kadar segera.."ulang suara yang sama sekali lagi.

Kayden pandang ke Hera. "Kau timbulkan masalah lagi?"tanya dia kehairanan. Seingat dia sejak beberapa hari ni Hera banyak habiskan masa dengan dia dan rakan-rakannya. Tak ada pulak Hera ke mana-mana atau lakukan sesuatu yang tak patut.

"Mana ada.."nafi Hera yang begitu dumbfounded dengan situasi itu. Hilang terus perasaan marahnya ketika itu.

"Nak aku temankan kau?"tanya Kayden sambil pegang jari kelingking Hera sambil pandang sekeliling cafeteria dengan risau.

Hera termenung memandang ke satu arah. Cuab memikirkan sebab kenapa dirinya di panggil secara umum begini. Sudah la dia ada pengalaman tidak elok mengenai panggil melalui alat pembesar suara ni. Kali terakhir hal ini berlaku, dia kena tampar sampai bibirnya pecah!

"It's okay...aku pergi sendiri. Kau stay dengan dia orang dekat sini.."beritahu Hera sambil cengkam ibu jari Kayden tanpa sedar kerana cuak sendiri.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now